Advertisement

DAY 14: KE MANA ANDA PERNAH MELANCONG?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cabaran blog 15 hari

Apa khabar semua? Pagi tadi sungguh kalut masa nak pergi kerja. Dengan lambat siap (sedangkan dah bangun awal), lepas waktu nak keluar sakit perut pula. *Mengeluh* Pergi toilet dulu... Lepas tu dah sampai stesen MRT, nak pasang earphone. Cari-cari tak jumpa. Tertinggal pula. Haih... Tak apa la, maka pasrah je la. Baiklah, cukup Cik TK bebel panjang-panjang. Kita teruskan dengan cabaran hari ke-14. Second last sudah kan?

Baiklah. Melancong ini merupakan sesuatu yang kita semua rindukan, bukan? Sejak berlakunya pandemik ini pasti semua stress plan jalan-jalan ke sini sana semua terpaksa ditunda atau dibatalkan. Moga keadaan selepas ini menjadi lebih baik, supaya kita semua boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti biasa termasuklah bergerak bebas ke mana-mana. Rindu nak jalan jauh...

Jadi kiranya entri kali ini lebih kepada entri throwback, tapi Cik TK tak akan terangkan panjang-panjang. Bukan tak nak share, tapi entri akan jadi sangat panjang dan kalian juga mesti akan rasa stress tengok Cik TK bebel banyak-banyak kan? Tanpa membuang banyak masa, Cik TK akan mulakan dengan luar negara dahulu, disusuli dengan dalam negara. 


Luar negara

Kalau ke luar negara ini, negara yang Cik TK pernah pergi ialah Singapura dan Indonesia. Cik TK mulakan dengan Singapura dulu ya! Tak lama Cik TK ke sana. Dua malam saja, masa itu Cik TK masih di zaman sekolah (berkurun sudah..) dan tujuannya bukan untuk bercuti pun sebenarnya. Cik TK ke sana ikut papa Cik TK untuk suatu urusan. Jadi alang-alang ada di sana, sempat juga la pergi jalan sekejap. Pergi tengok Merlion, jalan-jalan merata di sekitar sana, pergi Orchard Road. Tak ingat lagi nama-nama tempat yang pernah disinggahi, kerana sudah agak lama. Walaupun sekejap dan tak lah melancong sangat, at least dah pernah jejakkan kaki di Singapura.

Satu lagi ialah Indonesia. Pernah jejak Jakarta dan Bandung di Pulau Jawa. Cik TK pergi ke Jakarta dan Bandung ini juga dah lama dulu, juga semasa zaman muda remaja (sekolah) dulu. Tak berapa ingat juga lokasi-lokasi yang pernah dijejaki. Yang Cik TK ingat ada Taman Mini dan Gunung Tangkuban Perahu. Lokasi lain tak ingat pula.

Selain itu Cik TK juga ada pergi berjalan-jalan kawasan Padang, Riau dan Sumatera Barat di Kepulauan Sumatera, beberapa tahun lepas. Macam-macam lokasi juga pernah pergi contohnya kawasan pelancongan seperti Bukit Tinggi dan Istana Pagaruyung. Selain itu kami juga singgah pasar-pasar yang ada di sana. Kawasan pasar pun menarik sebab macam-macam yang kita boleh jumpa dan kita boleh tengok budaya di tempat lain macam mana. Selain itu, terdapat juga lokasi untuk menikmati alam semulajadi seperti pantai-pantai, Puncak Lawang, Ngarai Sianok, Lembah Harau dan sebagainya. Perjalanan yang mendebarkan di Kelok 9 dan Kelok 44 yang bermaksud jalannya mempunyai jumlah selekoh/corner tajam sejumlah namanya juga cukup menarik. Haha okay tak dapat nak cerita panjang-panjang.
Ini di kawasan Ngarai Sianok, lepak hirup udara pagi

Tak ingat pula nama pantai ni, tapi ianya di kawasan Pariaman.

Kawasan sawah padi di kawasan Bukit Tinggi

Ini pula pemandangan dari Puncak Lawang


Dalam negara

Dulu masa zaman study, di mana zaman-zaman itu adanya aktiviti fieldtrip dan sebagainya maka Cik TK dapat la peluang untuk jejak (at least, jejak) ke semua negeri-negeri yang ada di Semenanjung Malaysia ini walaupun bukan melancong. Bila dah habis study tu, masuk ke alam pekerjaan, jarang juga pergi berjalan-jalan sebab lebih suka berehat di rumah pada masa itu. Biasanya Cik TK suka ambil cuti masa adanya event-event tertentu seperti event anime, book fair dan sebagainya, selain daripada hal peribadi. Jadi pengalaman melancong ni masih belum banyak.

The most recent, maksud Cik TK tahun lalu, lokasi yang Cik TK pergi bercuti melancong jalan-jalan sakan ialah ke Melaka dan Terengganu. Melaka adalah sebuah tempat yang bersejarah, banyak lokasi yang boleh dikunjungi. Semasa Cik TK di sana, kami pergi ke pelbagai tempat seperti muzium-muzium, pantai-pantai, ke Pusat Konservasi Penyu, ke Malacca Sand Dunes dan sebagainya sambil bergastronomi di sana. Di Terengganu pula, kami ke Pulau Redang untuk bersnorkeling. Sebelum ini pernah Cik TK ceritakan pengalamannya di entri --> Percutian di Pulau Redang.

Jumpa penyu di Pusat Konservasi Penyu di Melaka
Ni masa kami menghala ke Sand Dunes, juga di Melaka.
Layan matahari terbenam di sana.

Yang ini pula semasa baru tiba di Pulau Redang. 

Haha tadi kata tak nak terangkan panjang-panjang, tapi hasilnya jadi panjang juga. Baiklah, Cik TK rasa sampai sini saja dulu. Jumpa lagi dalam entri cabaran akan datang! Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer link yang disertakan di bawah ya!



Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. OM pun suka travel, paling jauh p Beijing, paling penat p trip 3 negara asia tenggara. Tpi sejak covid ni passport pun dh bersawang. hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh bestnya OM dah g jauh...

      Hehe moga tak lama lagi dapat buang sawang-sawang tu ya OM

      Padam
  2. Wah banyak dah tempat Cik TK pergi ni 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. moga ada peluang untuk pergi lebih banyak dan lebih jauh

      Padam
  3. Rindu pula nak melancong. Berjalan-jalan macam sebelum COVID dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap keadaan cepat reda. Boleh la kita semua pergi jalan-jalan lagi.. rindu juga ni.. huhuhuuu

      Padam
  4. Zaman PC kecik-kecik kerap ulang alik ke Singapura. Pergi dengan arwah nenek sebab maklong kak PC hijrah ke sana untuk kerja tapi tak tukar warganegara. Puluh tahun dah tak pegi. Mesti dah banyak perubahan. Sekarang nak ke mana-mana pun risau lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh bestnya! Aah kan PC, dah lama juga tu, mesti banyak benda dah berubah

      Padam
  5. Waaaa details juga Cik Tk igt smua benda.. klu atie mmg tak igt apaaaa dah haha ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha tak la ingat detail sangat atie. Surface surface je... Ingat sesetengah lokasi

      Padam
  6. rindu nyaa anak g travel...!!
    rindu nak balik 'kampung'!!
    rindu nak naik kapal torobang hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama betul tak naik kapal terbang...huhuhuuu

      Padam
  7. tak pernah snorkelling..mesti best tengok under the sea..

    rindunya nak gi travel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhuuuu harap keadaan cepat pulih. Bolehlah kita semua buat aktiviti macam2 seperti biasa..

      Best snorkeling tu, penah g sekali je baru. Harap ada peluang pergi lagi

      Padam
  8. Musim pandemik ni, rindu rasa nak melancong bila baca entry Cik TK ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap keadaan ni cepat pulih, boleh la kita melancong tanpa risau

      Padam
  9. Seronoknya..merata2 dh cik TK pernah pegi kan :)
    moga dpt lagi peluang mcm ni kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amiinnn.. moga ada peluang nak pergi jalan2 lagiii

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!