Apa khabar semua? Di hari Selasa yang indah ini harap semuanya sihat-sihat belaka. Baiklah straight to the point. Dengan ini Cik TK mulakan cabaran hari pertama. 5 fakta mengenai diri Cik TK.
Personaliti
Seorang yang agak pendiam. Bagi orang yang tak biasa dengan Cik TK mungkin nak dengar suara Cik TK ni susah sikit kot. Biasanya mula bercakap bila orang lain start dulu, kecuali ada something yang penting nak cakap atau terbuku diminda. Tapi kalau dah rapat sangat tu, memang tak berhenti bercakap juga sebenarnya!
So nak kata Cik TK ni introvert ke? Hmm.. Mungkin ya. Kadang berada ditempat yang ada ramai orang itu, contohnya seperti event atau majlis itu sangatlah memenatkan, lagi-lagi bila ramai yang tidak dikenali dilokasi kejadian itu. Tapi kerja kena jumpa ramai orang. Mostly yang tak kenal pula tu. Haha! Selain itu, tak reti nak luahkan apa yang terbuku di minda dan hati melalui kata-kata. Kadang rasa menulis itu lebih senang.
Suka meneroka
Cik TK juga suka meneroka dan mencuba semua benda. Pendek kata excited nak try semua benda. Sebab itu sesiapa yang mengenali Cik TK kan, mesti tiba-tiba je tengok Cik TK cuba mengait, cuba buat lirik, cuba main gitar dan cuba main ukulele yang mana kemudiannya semua kelaut walaupun seronok. Tak cukup masa nak buat macam-macam wehhh. huhu~ Kemudian cuba buat bullet journal (yang mana dah rupa macam junk journal, habis bertampal-tampal sini sana).
Pada Cik TK, at least try sekali. Kalau suka boleh buat lagi. Bahkan benda yang takut-takut pun nak juga cuba. Contohnya seperti snorkeling. Takut tapi seronok mencubanya! Satu lagi, masa drive. Cik TK jenis tak kisah kalau tersalah jalan atau tersesat sebab bagi Cik TK boleh explore jalan ini ke mana, jalan itu ke mana. Gittewww...! Semua ini adalah pengalaman. Kalau tak suka selepas mencuba, okay dah tak perlu buat lagi. Yang penting dah pernah cuba dan boleh berkongsi pengalaman!
Makan-makan
Rasanya semua yang follow Cik TK ni mesti perasan Cik TK ni suka up entri makan dan makanan. Hehe, memang Cik TK suka makan, tapi kena berjaga-jaga juga atau lebih tepat kawal diri sebabnya naik berat senang, tapi turunnya sangatlah susah. Cik TK jarang makan luar sebenarnya. Even masa kerja juga selalu bawa bekal. Makan luar bila tak bawa bekal atau masa lepak dengan rakan-rakan.
Dari segi makanan, Cik TK ni tak memilih sangat makanan. Asalkan ianya halal dan boleh dimakan, Cik TK makan saja. Memang ada saja yang Cik TK tak suka. Contoh kelapa parut yang ada pada kuih. Tak suka, tapi makan saja. Buah. Tak suka kunyah atau gigit buah tapi suka minum buah. Dikisar jadi jus maksudnya. Sayur. Kalau dekat luar kadang malas nak makan sayur sebab bila makan sayur rasa lagi cepat lapar balik. Tapi dekat rumah banyak makan sayur. Haha macam-macam perangai pelik Cik TK ni kan?
Hiburan
Dari segi hiburan pula, kalau muzik Cik TK tak kisah genre apa atau bahasa apa. Yang penting ia menusuk ke hati dan otak Cik TK. Tapi kalau nak cakap pasal genre, dulu Cik TK banyak layan rock dan rap. Contohnya dari group UVERworld dan Hilchryme yang berasal dari Jepun. Semakin beranjak dewasa ini makin tua, Cik TK start layan pop, ballad dan pelbagai genre lain. Contohnya dari Sekai no Owari, AKB48 (paling best generasi pertama mereka) dan One OK Rock yang juga dari negara matahari terbit.
Tapi jangan ingat Cik TK hanya layan lagu Jepun. Lagu dari negara kita sendiri dan negara seberang juga Cik TK layan, terutama dari Faizal Tahir, Agnez Mo, Judika dan banyak lagi. Lagu Inggeris pun layan. Banyak dari Demi Lovato dan juga Avril Lavigne. Bahkan lagu Korea seperti SS501 dan Blackpink pun layan je. Lagu Thailand dan Filipina juga ada layan, tapi zaman muda remaja dulu sebab banyak layan drama dekat tv.
Kalau filem/drama pula, yang penting ceritanya best. Maka Cik TK akan layan! Kebiasaannya bergenre action, thriller, seram, tema hospital dan komedi. Kalau romance, tengok jenis. Kalau jalan cerita menarik Cik TK memang layan. Bagi kategori animasi, walaupun Cik TK ini lebih kepada animasi Jepun, karya tempatan seperti Boboiboy dan Ejen Ali tetap dihati!
Semasa melakukan kerja
Masa tengah buat kerja kadang nak fokus tu kena on-kan bunyi-bunyi yang bertindak sebagai pemecah kesunyian dan sebagai pendorong untuk fokus. Sebagai contoh, muzik instrumental dan bunyi hujan macam itu. Selain itu podcast juga turut membantu untuk kekal fokus semasa melakukan kerja. Tapi adegan ini hanya dirumah sajalah. Kalau ditempat kerja, muzik itu bermain dalam otak sendiri dan buat jadi tak fokus. Haha!!
39 Ulasan
hai cik TK . saya pun jenis suka meneroka & suka makan-makan hehehe
BalasPadamYeay geng!!!
Padamyaaa.. jenis yg suka meneroka ni bagos , sbb org yg jenis meneroka ni rajin orangnyaaa.... so 100
BalasPadam5 cik TK ni mmg rajin :)
Hehe paling rajin salah jalan dan tersesat ke mana-mana.. haha
Padamwaaah saya pun suka makan-makan cik 😋
BalasPadamSemangat untuk challenge-nya!!
Makasih ya furisukabo!
PadamHai, Cik TK! Akak dapat lebih mengenali Cik TK hari ni :)
BalasPadamBagusnya rajin meneroka. Mana tau jumpa bakat terpendam or jumpa something yang boleh jadi hobi dan passion.
BalasPadamHehe kita try buat semua!
Padamsama la kita cik TK..pendiam tapi kalau dah kenal ngan orang, tetiba jadi peramah ya amattt. haha..
BalasPadamSampai susah nak berenti bercakap, betul tak kak?
PadamTerima kasih sudi kongsi tentang personaliti diri. Dapatlah kenal dengan lebih dekat. Yang kelima tu samalah. Hiburan sambil kerja, atau kerja sambil berhibur... hehehee.
BalasPadamHehe sambil-sambil kak. Jadi tak la bosan sangat
PadamWah hari ni dah mulakan cabaran Cik TK. All the best ok! Part makan tu kita sama. Memang suka makan. Sep sikit. Hihi.
BalasPadamSepp!!! Hehe.. thanks eza!
PadamAssalamualaikumm Wah... ada cabaran 15 hari berblog ek.. menarik idea ni... saya pun salah sorang yang lebih selesa menulis daripada bercakap hehhe. selamat berkenalan dan happy blogging cikTK. done follow #524.
BalasPadamWaalaikumsalam.. hehe kita sama la! Selamat berkenalan.. thanks sudi singgah dan follow!
PadamPart suka makan2 tu, wak pun sama.
BalasPadamSelamat menyahut cabaran 15 hari
Hehe sama la kita wakk! Thanks!!
PadamSama susah hendak luah. Itu sebab rasa seksa batin. Haha.
BalasPadamOk baru tahu suka buat perkara baru.
Huhuuu tak retiiii..
PadamHehe meneroka dan try2 buat je kak..
Saya pun pendiam macam Cik TK. Tapi bab makan saya memilih sikit sbb ada yang tak makan. hihi
BalasPadamSelamat menyahut cabaran 15 hari :)
Thanks kak fiza.. hehe.. kadang makanan tu ada yang alergik kan kak..
Padamammi pun mcm TK..geng lambat panas enjin. tp bila dah panas susah pulak nak mati enjin hahah
BalasPadamHaha sama!!!
Padamooo begini rupanya cik TK..faham :)
BalasPadamtapi kpe cik TK? kpe bkn nama mcm kak shida bt kiriman tu?
Eh alamak, kiriman apa ek kak shida..?
Padammkn2 tu boleh geng
BalasPadamYeay geng!!!
Padamcik TK, duluuu sy macam cik TK gak niii pendiam jugak, bilaa dah kawen macam da kurang, mungkin trhasut dgn laki kuttt sbb laki jenis kaki gelak n byk cakap kuttt :) makan makan ponnn sama.. tuyg nak turunkan berat badan susah >.<
BalasPadamuiii ni bermaksud orang sekeliling kita boleh mempengaruhi kita.
Padamhaha tu la kadang jeles dengan orang yang makan banyak tapi berat tak naik2
Padamkannn? jelesss sangat -.- nk jugak sebenarnyaaa xD
PadamHihi, akak ada geng lah.. Yes, betul kata awak, bila kita meneroka sesuatu perkara kita akan dapat pengalaman pada perkara tue, jika suka, boleh diulang, jika tak suka, hanya sekali tue kita rasai pengalaman..
BalasPadambetul tu kak, at least kita sudah try sekali, ada rasa pengalamannya
Padamada yang sama dengan cik ash gak tu... bab makan personaliti tu hahaha
BalasPadamHehe boleh geng ni Cik Ash
Padamkita serupa .. gitcheeeww rasanya.. Aien start baca cabaran cik TK ni baru perasan tak pernah follow Cik TK. sorry!
BalasPadamEh tak ada masalah awak.. thanks sudi follow ya!!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!