Apa khabar semua? Pagi ini Cik TK akan sambung cabaran yang kedua, iaitu mengenai cara berfesyen. Tapi, sebelum itu Cik TK nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada mereka yang merayakannya. Waktu pandemik sekarang ini, sambutlah mengikut SOP ya!
Okay, kembali kepada tajuk. Fesyen? Cik TK ni tak tahu sangat pasal fesyen-fesyen ni. Tak reti sangat nak padankan warna (agak-agak matching warna bolehlah) atau buat style macam-macam tu. Pada Cik TK, cukup ianya sopan dan menutup aurat. Waktu kerja lagi senang tak perlu fikir. Sebab pakai uniform yang telah disediakan.
Bila keluar jalan-jalan, gaya Cik TK sangat simple. Biasa baju berwarna gelap dan bermotif plain. Kalau bercorak-corak pun, simple saja. Dan Cik TK pun tak banyak baju warna cerah. Biasanya untuk keluar, sama ada menggunakan blouse atau t-shirt. Lagi banyak guna t-shirt juga daripada blouse. Kalau tshirt, sudah pastinya akan ada sekali jaket atau sweater. Jangan tanya tak panas ke macam tu, sebabnya Cik TK ni suka pakai baju berlapis-lapis macam tu. Pelik kan?
Okay tadi pasal baju. Sekarang pasal seluar pula. Ini simple saja. Sama ada pakai seluar jeans atau slack. Skirt labuh ada, tapi jarang juga pakai. Sebab rasa lagi bebas nak bergerak bila guna seluar berbanding skirt, lagi-lagi kalau banyak berjalan sini sana. Baju kurung, jubah dan dress pula, dapat la tengok Cik TK pakai masa raya atau masa pergi kenduri.
Kalau bab tudung pula, biasanya lilit je plain shawl. Gaya biasa je, sebab malas nak buat belitan yang rumit-rumit ni. Sejak 2015, walaupun hari-hari layan shawl tapi tak reti juga pakai shawl yang jenis kain licin. Apa orang kata, satin ye? Bawal dulu-dulu sebelum kenal shawl memang pakai. Lepas tu, tahun lepas tiba-tiba terasa nak try pakai bawal balik. Dan pertama kali pakai bawal balik adalah semasa bercuti ke Melaka pada awal tahun 2020. Tapi masih jarang pakai juga. Dan berjinak pakai lagi masa dapat 2 tudung bawal sempena birthday (hadiah dari adik) dan juga hadiah tangkap nombor di blog kak Syaz.
Okay bab kasut pula. Ini agak menyedihkan. Sebab Cik TK jarang beli kasut. Sebab agak susah nak cari saiz. Kalau selipar, kasut sukan, jenis sneakers atau kasut sekolah senang la cari. Kalau nak kasut yang fancy (maksud Cik TK macam sandal, flat, heels dan wedges gituuu), susah sikit. Kalau pergi kedai kasut, kena tanya saiz extra large atau plus size ada tak? Biasa saiz 10 atau 11. Kena try, sebab cutting kadangkala tak sama. Beli online pula memang tak yakin langsung kalau bab kasut ni. Jadinya jarang la shopping kasut. Satu lagi kadang bila jumpa kedai yang ada extra large size, design pula tak banyak pilihan. Lepas tu, bila jumpa design yang berkenan, saiz habis. Sedih sis!
Cik TK rasa sampai sini saja dulu. Jumpa lagi dalam entri cabaran akan datang! Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer link yang disertakan di bawah ya!
28 Ulasan
cik TK ni sama masalah ngan anak dara ammi. dia baru berusia nak masuk 13 thun..tp sekarang ni dah pakai size 8. ammi bayangkan "pemanjangan" kaki dia bila usia 18 nanti camna. mau kene gi oversea borong kasut.
BalasPadamHehe ada certain2 kedai jual sampai saiz 12 ke 13 gitu. Kalau macam area KL dengarnya ada dekat sogo, tapi tak pernah pula Cik TK cari dekat sana. Kalau dekat Kajang ada satu kedai tu ada saiz besar2
PadamBetul tu rasa lebih bebas bergerak kalau pakai seluar. Sesekali ada juga pakai skrit labuh dan dress.
BalasPadamHehe kannn...
PadamSaya macam saya. Suka yang simple. Dah masuk 3 series ni malas nak berfesyen. Pakai apa adanya :)
BalasPadamKadang tu simple is the best!
PadamWah besar saiz kaki. Oh ok tahu cara Cik TK berfesyen macam mana.
BalasPadamHehe orang kaki besar susah cari saiz. Tapi orang yang kakinya terlebih kecil pun susah juga nak cari saiz.
Padamsamala kita. simple2 ja hehehe
BalasPadamHehe geng!!
Padamsaya gi jogging pakai skirt haha, asal boleh dan selesa
BalasPadamWahh rare ni! Betul, ini ikut keselesaan masing2...
Padamkalau ke kerja pakai uniform plg senang..tak perlu fikir esok nak pakai baju apa then tak perlu beli bju baru tiap kali hehe
BalasPadamHaha betul! Memang senang tak perlu fikir hari ni nak baju apa, esok baju apa, lusa lagi dan seterusnya..
PadamKalau Cuya..suka warna yang cerah2..kadang2 yang BOLD @ berani...
BalasPadampernah juga kawan cakap..Cuya ni berani betul pakai warna2 gitu..
walaupun bagi Cuya biasa,tapi org nmpk CUya mcm luar biasa..hahahha
kelako..
warna pastel pon CUya suka..tudung pun Cuya suka guna styling2 gitu..cewah..acah fashionista hahahha
Wahh okay la tu cuya, warna bold ni menyerlah. Warna pastel pun cantik!! Ok tu cuya, bergaya!
PadamKak shida pun simple2 je fesyen..kalau org tgk xmcm umur 34 hahahaa belasah ajer ^_^
BalasPadamHehe simple2 pun cantik je kak shida.
Padamkasut jarang beli jugak tp kalau ada yg berkenan mmg tunggu keluar desugn baru terus beli baru ada size.
BalasPadamFaham faham, beli masa awal2 release kannn
PadamAgain, we can be friend.. Senang kan bila pakai seluar, nak ke mana-mana pun tak membataskan pergerakan..
BalasPadamhaha betul tu!
PadamTahu lebih lagi tentang Cik TK hari ni. Kita geng seluar.
BalasPadamHahah akak ni jenis clumsy. Kalau pakai skirt ke kain ke, kebarangkalian utk tersembam tu amat tinggi 😅
Uii bahaya tu kak. Berhati-hati bila pakai skirt atau kain tau kak...
Padamzaman anak dara dulu2 selalu ikut trend fesyen.. bila dah 30an ni hahaha pakai jer mana ada... jadi pakaian tu patuh syariah...
BalasPadamBetul tu cik ash!
Padamrindu pulam diri ni nak berfesyen. Tunggu la anak-anak dah beso sikit Haha
BalasPadamFaham fahammmm
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!