Apa khabar semua? Beberapa hari aktiviti cabaran blog ini tertunda atas beberapa sebab yang Cik TK tak dapat nak elakkan. Baiklah! Mari kita sambung dengan cabaran hari ke-4, iaitu apa yang Cik TK buat sebelum tidur. Tapi sebelum itu, Cik TK nak tanya kalian semua juga. Apa yang kalian semua buat sebelum tidur?
Cik TK ni bukan jenis yang senang nak tidur. Maka, sebelum Cik TK tidur biasanya Cik TK akan mula membaca. Membaca apa? Baca je segala apa yang ada disebelah bantal Cik TK. Memang selalu ada letak buku-buku sebelah bantal. Ada majalah, novel, buku ilmiah. Dulu-dulu siap ada manga (komik Jepun). Tapi Cik TK dah lama tiada manga baru. So layan apa ada saja.
Tapi kdang-kadang tiada mood juga nak membaca buku fizikal. Maka buka fon baca ebook. Atau skrol twitter dan IG. Membaca apa yang ada. Selain itu, kadang Cik TK blogwalking tengah-tengah malam buta. Sebab tu mungkin kadang ada yang perasan, tiba-tiba ada blog yang Cik TK ziarah tu ada Cik TK tinggalkan jejak tengah-tengah malam.
Ada juga, Cik TK layan youtube sampai tertidur. Lagi mudah nak tidur bila dengar ASMR yang sesuai dengan mood Cik TK waktu itu. Tapi bukan ASMR Mukbang yang makan-makan tu ye. Sebab kalau mukbang ni bahaya, nanti tengah-tengah malam perut menyanyi minta makanan. 😅 Kalau nak tau lebih lanjut mengenai ASMR, Cik TK pernah tulis entri ringkas mengenai apa itu ASMR sebelum ini. Boleh refer di entri ini --> ASMR untuk para insomnia.
Cik TK rasa sampai sini saja dulu. Jumpa lagi dalam entri cabaran akan datang! Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer link yang disertakan di bawah ya!
32 Ulasan
Sis kalau sebelum tidur biasanya akan baca buku..
BalasPadamTime tu laa ada masa nak membaca.. siangnya dah ngadap laptop buat kerja..
Kadang sampai tertido pun tak perasan hehehe
Hehe.. kannnn.... membaca dan skrol fon sampai tertidur itu dah jadi biasa!
Padamlebih kurang je kita ek hehe
BalasPadamHehe boleh jadi geng!
Padamsy pun suka tengok youtube sebelum tido hehehe
BalasPadamKadang tu layan youtube sampai tertidur!
Padamsama la membaca walaupun satu helai je setaipa malam..wahh buat cabaran ke..semoga berjaya..aja aja fightin
BalasPadamHehe.. thanks AD!
Padamhahaa mcm kita... kita suka layan drama korea b4 tido...
BalasPadamHaha kalau Cik TK, tengok drama korea ni kadang lagi bahaya. Nanti next episod. Next lagi. Next lagi... Lagi2 kalau cerita tu best!
PadamMembaca, menonton memang macam ubat tido mujarab.
BalasPadamHehe kannnnn
Padammacam sy sebelom tido hadap phone kejappp baru tido :)
BalasPadamHehe kadang sampai tertidur kan..
Padamkite tengok netflix sampai tertido.. hehe
BalasPadamHuhu tak ada netflix.. tapi kan.. kalau Cik TK, kalau citer tu best kan terus nak tengok lagi sambungannya...
PadamASMR ni bahaya,tgk time bila pun rasa mata kuyu saja.. hahahaha tambah2 klu lepas makan perut tgh kenyang... for me la...
BalasPadamHaha ASMR ni kalau kena jenisnya memang selalu buat mengantuk kan, tak kira masa.
PadamAkak sebelum tidur layan Pinterest. Dah tengok gambar-gambar cantik, terus happy pejam mata :)
BalasPadamWah kat pinterest ni macam-macam benda menarik ada kan...
PadamHaii Cik, apabila saya sebelum tidur mustilah ke kamar kecil (tandas) dahulu untuk buang air kecil (kencing), kemudian berwudhu heheee
BalasPadamBagusnya ya mas. Tidur dalam keadaan berwudhuk, banyak kelebihannya mas.
PadamSama! Saya pun suka membaca. Kadang-kadang kalau buku tu best tetibe dah lewat. Haha. Dengar ASMR kat youtube tu pun selalu buat. Tapi make sure hp facing down. Blue light dari phone nanti buat kita susah ngantuk
BalasPadamHaha yep kalau best kisahnya, maka terus je baca.
PadamBetul. Dengar ASMR ni fon kena facing down. Kalau tak, tak berkesan juga.
skrg ni sblm tdo wak cuba hafaz surah al inshiqaq., aminn
BalasPadambagusnya wak! Amiinn
PadamAkak pun jenis yang lambat tidur.. selalunya akak akan blogwalking ataupun akak dengar lagu berbentuk study with me... Ada masa jugak akak akan dengar MP3 surah Al-Quran yang akak simpan dalam pendrive dan dipasangkan kan audio speaker..
BalasPadambagusnya kak, menenangkan mendengar surah dan lagu berbentuk study with me tu kak..
PadamAdalaa..2 3 yg sama hehee ^_^
BalasPadamHehe boleh jadi geng ni kak!
Padambila dah ngantuk sangat apa pun tak ndak. janji mata lena. Haha
BalasPadamHehe betul.. makanan sedap ke citerr best ke, semua tak hadap dah. tdo lagi best..
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!