Advertisement

DAY 8: HOBI ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cabaran blog 15 hari

Apa khabar semua? Hari ini Cik TK nak sambung challenge hari yang ke-8 iaitu mengenai hobi. Semua orang sudah pasti ada hobi, ada sesuatu yang suka atau gemar dilakukan ketika ada masa senggang. Tapi pada Cik TK, hobi ini bukan hanya untuk dilakukan hanya pada masa senggang. Ada antara kita yang jadikan hobi sebagai satu cara untuk jana pendapatan. Baik. Balik ke tujuan asal kita. Hobi Cik TK adalah seperti dibawah:


Layan anime/movie/drama

Cik TK gemar layan anime ni dari dulu lagi. Bermula sejak dibangku sekolah, layan apa saja yang ditayangkan di televisyen. Lama-lama bila celik IT sikit, mula layan di internet pula. Tapi jangan ingat Cik TK hanya layan animasi dari Jepun ya. Animasi tempatan (Boboiboy dan Ejen Ali favourite Cik TK) dan animasi barat (Danny Phantom kegemaran Cik TK) juga Cik TK layan.

Drama dan movie juga seronok untuk dilayan dimasa senggang. Layan je macam-macam genre tapi biasanya genre thriller dan horror. Part ni kelakar sikit. Kalau layan yang horror ni bukan main. Siap dalam hall pawagam pernah tengok berdua je, tak ada orang lain. Tengok macam tak ada perasaan. Padahal, penakut di dunia realiti. Orang cerita sikit kejadian realiti, alamak seram sejuk jadinya. Adoiii~ Cuma satu je. Tak kira anime atau drama Cik TK tak larat nak ikut cerita yang panjang berjela banyak episod ni. Mesti akan ada skip-skip punya. 


Suka drive dan dengar muzik

Cik TK suka drive. Lebih-lebih lagi kalau dapat drive dengan tenang pergi ke mana saja sambil dengar muzik dan menyanyi melalak dengan sumbangnya dalam kereta. Sebab pada Cik TK itu salah satu cara untuk release stress. Tapi sejak start pandemik ini, tempat yang biasa Cik TK drive ni adalah pasaraya dan kedai runcit, atau mana-mana tempat untuk settle urusan.. Spesis keluar bila perlu. Haihh~ Tak puas... Nantilah tunggu keadaan reda, boleh la pergi jalan-jalan jauh sikit. 

Teringat pula dulu masa zaman-zaman sekolah kan.. Zaman masa masih budak-budak la kan.. Ada nampak driver-driver yang berseorangan dalam kereta macam bercakap sorang-sorang. Lepas tu masa tu dok fikir kenapa dia bercakap sorang-sorang dalam kereta. Rasanya sekarang pula kalau orang lain yang pandang mesti akan tertanya juga kenapa Cik TK ‘bercakap sorang-sorang’ dalam kereta. 


Cik TK rasa sampai sini saja dulu. Jumpa lagi dalam entri cabaran akan datang! Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer link yang disertakan di bawah ya!


Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. atie suka drive juga , tapi tak suka cari parking klu nak stop mana2 hehehe , but recently i like bristwalking with music on.... rasa tenang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ni kalau bristwalking kat tasik syiok kan atie?

      Padam
    2. atie tadak tasik tapi ada empangan haha ok la tu kan

      Padam
  2. As suka juga layan movie tapi sekarang ni sibuk sampai tak ada masa nak tengok tv pun. Kalau bab drive, As tak suka... huhuhu... Drive pi kerja saja boleh layan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh drive bila terpaksa saja ye.. faham faham..

      Padam
  3. akak pun suka layan anime dan drama atau filem tapi tengok masa senggang la, selain tu menjahit manik dan memasak memang hobi akak heheheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah kak dana pun layan anime rupanya.. baru Cik TK tahu...

      Padam
  4. Driving la benda saya paling tak suka dalam dunia. Haha. Hobi suka layan movie and membaca. Kalau tak pkp suka karaoke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow benci driving tu bunyinya... Hehe

      Wahh karok!! Cik TK pun suka karok.. sep sikit, boleh geng kita ni!

      Padam
  5. jarang nak dengar muzik, kadang tak update dengan lagu latest. nowadays, hobi more to layan movie hehe

    BalasPadam
  6. Hobi kak shida..sebenarnya kak shida suka bersukan..lbh sng kate suka bpeluh ptg2 tp hobi ni jrg nk buat dah skg..xde geng ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alolooo eh ajak encek suami bersukan sekali.. sweet bersukan berdua...

      Padam
  7. Ohh patutlah suka layan anime dan bahasa jepun tu. Faham faham :)
    Driving saya tak suka, duduk sebelah suka :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...

      Cik TK pula susah duduk sebelah. Cepat mengantuk. Nak tengok fon pun tak boleh. Pening jadinya. Tapi bila drive boleh pula tengok fon (untuk waze)

      Padam
  8. drive kalau tak bukak musik rasa kosong cewahhh

    BalasPadam
  9. tak suka drive kalau jem panjang.. haha

    BalasPadam
  10. Suka duduk sebelah driver jew heheheee.... jadi mem besar!

    BalasPadam
  11. Cuya pun suka dengar muzikk....^^

    BalasPadam
  12. Mama juga la Tu yg melalak dlm meta dgn sore sumbang haba

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!