![]() |
Ni masa baru sahaja tiba di Pulau Redang, semasa nak turun dari bot transit. Masa ini teruja melihat air laut biru cantik macam ni. |
Pakej dan itinerary
Kami berlima ambil pakej 3H2M di Redang Lagoon Chalet yang mana kami ambil 2 unit bilik, satu untuk lelaki (2 dewasa) dan satu lagi untuk kami yang perempuan (3 dewasa).
Untuk harga pula ianya berlainan mengikut
jenis bilik dan juga hari (bergantung pada weekday, weekend atau peak season). Harga yang kami dapat pada masa itu adalah RM280 per
kepala untuk bilik 3 dewasa dan RM300 per kepala untuk bilik 2 dewasa.
Pakej
- Bilik berhawa dingin
- Tiket pergi dan balik dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang
- Makan (Sarapan 2x, Makan tengahari 2x, Makan malam 1x dan BBQ 1x)
- 3 kali trip snorkeling
Pakej tidak termasuk:
- Tiket Taman Laut/Marine Park (warganegara RM5/dewasa dan RM2/kanak-kanak, manakala untuk bukan warganegara pula RM30/dewasa dan RM15/kanak-kanak) – bayar di Jeti Shahbandar sebelum naik feri ke Pulau Redang
- Sewa peralatan snorkeling: Life Jacket RM10 dan Snorkeling Mask RM10 - bayar di pulau nanti
Itinerary
Hari 1
0830 : Boarding feri di Jeti Shahbandar
0900 : Bertolak ke Pulau Redang
1200 : Check-in
1200 – 1400 : Makan tengahari
1430 – 1600 : Snorkeling (open sea)
1630 – 1730 : Minum petang
1900 – 2030 : Makan malam/BBQ
Hari 2
0700 – 0930 : Sarapan
0930 – 1100 : Snorkeling (Taman Laut) – Ketika ini tutup
kerana Covid19, maka ditukarkan ke lokasi lain
1200 – 1400 : Makan tengahari
1430 – 1600 : Snorkeling (open sea)
1630 – 1730 : Minum petang
1900 – 2030 : Makan malam/BBQ
Hari 3
0700 – 0930 : Sarapan
0930 – 1000 : Check-out
1030 : Boarding feri di Pulau Redang
1100 : Bertolak ke Jeti Shahbandar
Pengalaman bercuti di Pulau Redang
![]() |
Semasa menuju ke lokasi kaunter tiket jeti itu kami tersalah jalan dan terjumpa ini. Memang biasa dah walaupun guna google map atau waze Cik TK masih sesat. Haha!!! |
![]() |
Ini sewaktu baru turun dari bot transit (dari feri tukar ke bot ini di tengah laut) dan menunggu beg dan bagasi dikeluarkan. |
![]() |
Lepas sampai, kami makan dulu sebelum check-in. Ini hidangan yang telah termasuk sekali dalam pakej. Ada lauk ikan, daging, ayam, sayur dan kuah sup. |
![]() |
Perlahan-lahan saja Cik TK masuk air (yang tudung ungu tu). Orang lain siap ada yang terjun terus. |
![]() |
Masa ni dari jauh pun senang nak cari geng kami. Cari je warna kuning. Kami pakai snorkeling mask yang sama. |
![]() |
Belajar main kad terup. Oh ya, tanpa bertaruh ya! Jangan berjudi. Haram! |
Untuk hari kedua pula pagi itu mendung, tapi nasib baik masih okay untuk snorkeling. Oh ya. Lupa nak bagitahu, kalau sayang kulit jangan lupa pakai sunblock ya! Boleh tahan terik juga di sini. Lepas habis snorkeling pagi terus panas balik.
![]() |
Antara pemandangan alam semula jadi di sini |
Pada hari terakhir pula, boleh saja kalau nak mandi laut atau snorkeling lagi di hadapan chalet tapi kami lebih memilih untuk berehat dan waktu ini jugalah kami mula mengemas barang. Jam 10 pagi kami check-out dan menikmati pemandangan pantai sementara menanti waktu boarding feri.
![]() |
Setelah kami mendarat kembali di Jeti Shahbandar. Masa ini terus rasa macam 'Back to Reality'. |
![]() |
Lamanya tak makan nasi air. Dulu masa study di Kelantan selalu makan nasi air. Sedap! |
![]() |
Lama juga tak layan pemandangan macam ini. Ada tulisan jawi di mana-mana. |
34 Ulasan
abe kie yg dok dekat ni pun belum pi pulau2 di Ganu. Hajat tu nak ke pulau perhentian je dulu.
BalasPadammoga abam kie dapat ke sana!! bestnya perhentian!! perhentian pun masuk dalam checklist Cik TK ni.. tahun depan kot
Padamigt nak pegi november ni ,then baru teringat musim tengkujuh, heheh so, nak pegi next year sini :)
BalasPadamnovember tak sesuai... tengkujuh tu... sesuai start mac onwards nanti kalau tak silap
Padambestnya..dpt snorkeling..akk pun tak pernah masuk dlm laut..nasi air tu mcm bubur nasi ya..
BalasPadamsuatu hari ada kesempatan nohas try! best!!
PadamNasi air tu macam bubur atau nasi lembik macam tu, letak sup ayam atau daging. sedap tau! Selalu layan masa kat Kelantan dulu!
menariknya cik TK pengalaman ni :)
BalasPadamInshaa Allah jika xde aral nak ke sana juga tp tgk situasi covid dlu
tak sabar nak pergi heheee :)
Yes memang best!! Hehe jangan pergi hujung tahun atau awal tahun sangat tau.. musim monsoon tu shida. Baik survey dulu waktu bila best pergi
Padamteringin nak pegi. tp plan2 tak pernah menjadi.
BalasPadamInsyaAllah satu hari nanti menjadi!
Padamseronoknya Cik TK...Cuya senanya takut gak air,tapi kalau dalam bidang tourism kena pergi snorkelling ni...harung jela! XD
BalasPadamKita redah je!!
PadamBab makan paling best..Haaa
BalasPadamHehe terutama untuk kaki makan, itu saat yang ditunggu!
PadamRasanya belum pernah ke mana-mana pulau di Malaya kecuali Pulau Pinang. Selalu ikuti perkembangan pelancongan di pulau-pulau di sana. Cantik-cantik pemandangannya. Mudah-mudahan ada rezeki untuk bercuti di sana pula.
BalasPadamInsyaAllah moga ada rezeki untuk sampai sana
PadamSyukur Alhamdulillah dah rasa pengalaman snorkeling dengan pergi pulau. Lepas ni bolehlah pula jelajah ke Pulau pulau lain.
BalasPadamTahun depan jelajah pulau lain pula!
PadamWah terengganu , dah lama nak pegi tktau bila :( bestnya snorkelling . susah tak ? Klau for beginner
BalasPadamInsyaAllah satu hari nnt sophea.. Yang penting kena pasang life jacket tu betul2 dan tenang bila masuk air.
PadamNext time Cik TK cuba try pegi waktu musim candat sotong pulak.. memang best.. Tapi kena booking awal la kalu nak mencandat sebab jadual dia memang pack sangat-sangat.. akak jarang ke Pulau Redang tapi selalu ke Pulau Kapas jea, sebabnya boleh pegi balik hari.. hihihi
BalasPadamWahh candat sotong!! Mesti best kan..! Next try pulau kapas lak!!
PadamTempat mama pergi tahun Lepas.. makanan dia mmg sedap Kan.. rindu la Pulau redang
BalasPadamHehe best kan mama..
Padamaida dan adik plan nak gi dlm mac / april next year.
BalasPadamtapi, si covid ni semakin mengganas ni, ntah la jadik ke tak.
kami x pernah bwk anak2 holiday ke pulau pulau lagi.
naik bot. snorkeling. mesti best. itu yg dah plan utk next year.
moga tercapai la hasrat.
nice view kan. laut dan pantai sana cantik!
Hehe memang nice view kat sana!! Moga tercapai hasrat aida sekeluarga utk ke sana tahun depan. Moga masa tu covid ni dah berkurang... Cik tk pun planning nak ke pulau lain pula tahun depan. Moga tercapai la hasrat.
PadamSeriau dengar bila kena 'lepaskan' diri di kawasan open sea tu.Walaupun belum pernah snorkeling tapi saya teringin juga nak buat aktiviti ni. Ntah la tak tau bila hajat tercapai.
BalasPadamInsyaAllah satu hari nanti bila berpeluang, pergi je. Sesekali cuba benda baru kannn
PadamBestnya Terengganu..macam2 ada makanan sedap, pulau2 cantik sangat
BalasPadamTu la.. nanti bila keadaan covid ni dah reda Cik TK nak ke jelajah pulau lain pula..
PadamNice info, terima kasih
BalasPadamSama2 awak...
PadamBp lma perjlnan feri dr kuala terengganu ke pulau redang yer
BalasPadamTepatnya Cik TK pun kurang ingat. Tapi kalau tak silap sejam lebih juga la.
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!