Isnin, 1 Mac 2021

SEKEJAPNYA SUDAH MASUK BULAN MAC!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pejam celik pejam celik sekejap saja sudah masuk bulan Mac. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Teringat dulu PKP yang pertama bermula pada bulan Mac. Tepatnya 18 Mac 2020. Setahun lebih sudah kita bergelumang dan bertarung dengan virus Covid19. Moga keadaan kita sedunia kembali pulih seperti sediakala. Jangan sesekali kita leka. Patuhi SOP, pakai pelitup muka dengan betul, jaga kebersihan dan jaga jarak sentiasa! Kita semua boleh lakukannya!


Banyak juga perubahan yang telah berlaku dalam setahun ini, antara Mac lepas dan Mac kali ini. Tapi, malas lah nak cerita semua satu-satu. Apa yang paling best sekali ialah Dhia. Siapa ni? Si budak perempuan comel ini anak buah Cik TK. Haha jangan tanya mana gambar dia. Mama dia tak kasi main upload gambar anak dia. Tapi sebelum ini Cik TK pernah upload sekali, tapi dari belakang saja. Ada di entri ini --> Random: Dhia, Casing Fon dan Birthday 

Dulu masa Mac 2020 dia masih dalam perut mama dia. Sekarang? Umur budak comel tu dah 7 bulan dah. Cepat betul rasanya dia membesar. Dah pandai merangkak (kena selalu pantau juga ni, sekejap secara magis sudah ada di sini dan di sana), dah nak tumbuh gigi juga dah tu. Dah mula makan bubur, biskut baby. Oh, time semua orang makan dia akan terliur dan iklan makanan dekat tv pun dia akan tekun menengoknya! Haha comel sangat. Rasanya besar nanti bakal jadi jenis yang tak memilih makanan. 

Okay sampai sini saja entri kali ini. Jumpa lagi entri akan datang!


20 ulasan:

  1. Memang sekejap! Happy March, Cik TK!

    BalasPadam
  2. cepat betul berlalu tahun ini... rasa baru lagi masuk januari 2021 tup tup dah masuk mac

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn kak dana...? Laju je masa berjalan...

      Padam
  3. Me too !! the best things happened is my niece hehe Si Anggun tu hehe ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe best kan ada budak kecik.. meriah rumah!!!

      Padam
  4. Helloo March , bestnya ada anak buah baru

    BalasPadam
  5. Sekejap je kan dah suku tahun. sekarang dah pun dah masuk suku bulan March. Seronoknya ada new family members :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa berjalan cepat kak fiza. Hehe best ada baby ni!!!

      Padam
  6. Ok Shia dah unit setahun ye mesti comel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la.. kejap je dah nak setahun. Cepat masa berlalu.

      Padam
  7. betul..dengan covid19 ni..cepat betul masa berlalu..huhuu

    BalasPadam

Dipersilakan kepada semua untuk tinggalkan komen dan pendapat kalian di sini. Nak tinggalkan jejak di sini pun boleh! Nanti Cik TK blogwalking ke sana ya!