Advertisement

DAY 3: GAMBAR BILIK IDAMAN ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cabaran blog 15 hari

Apa khabar semua? Di hari cuti ini apa saja aktiviti kalian semua? Marilah kita habiskan masa dengan spend time dengan family atau rakan serumah, buat aktiviti yang best-best dirumah, isi masa lapang bersama hobi, layan movie dan sebagainya. Kepada yang bekerja, selamat bekerja Cik TK ucapkan. Happy working!

Hari ini Cik TK nak sambung challenge hari yang ke-3. Gambar bilik idaman. So, entri kali ini simple saja. Kita santai-santai sambil berkongsi gambar bilik idaman ya! Sekali sekala nak berangan macam ni, tak salah kan? Berangan tu free je. Hehe....  Tema yang Cik TK gemar adalah simple dan ada gelap-gelap sedikit. Maksud Cik TK nak ada something yang berwarna gelap, tak kira la dinding ke, perabotnya ke warna selimut ke... Macam contoh bilik Cik TK yang sekarang ni, dinding kuning, katil dan almari coklat gelap. Kontra gittew... Nice kan? Tapi segan la nak tunjuk gambar bilik sendiri. 😅 Tajuk pun pasal gambar bilik idaman, so, jom kita teruskan berangan. 

Bercakap mengenai warna dinding tadi, berangan la nak cat warna gelap. Hitam atau purple gelap, atau emerald green gitu.. pada Cik TK nampak elegan dan nice. Dipadankan dengan perabot seperti katil, almari dan meja warna cerah. Meaning kontra. Atau sebaliknya, dinding yang berwarna cerah yang dipadankan dengan perabot warna gelap.

Cik TK ni berangan nak ada mini library sendiri dalam bilik, sekali dengan macam ada satu cozy area untuk membaca or lepak-lepak (eh macam lepak luar pula bunyinya). Kalau bukan cozy area macam ini, berangan nak jenis macam boleh menyorok dalam gua. Eh merepek apa ni? Maksudnya macam jenis boleh duduk bawah katil lepak-lepak. Then, sebelah katil pula nak letak meja/desk untuk buat kerja macam-macam. Lagi-lagi jenis yang rupa meja sudut atau bentuk L gitu sebab rasa macam best meja jenis ni. Jap, mungkin kalau terangkan macam ni tak nampak. So apa kata kita layan gambar-gambar dibawah...

Kontra macam ini maksudnya. Cuba tengok warna dinding tu hitam, kan cantik!! Jadi bila letak frame ke hiasan ke apa semua menyerlah!

Sumber gambar

Ni yang Cik TK kata macam gua tadi. Bawah katil ada ruang nak menyorok duduk lepak santai untuk membaca, sebab bawah ni penuh dengan buku. Konon-kononnya la macam tu. Hehe

Sumber gambar

Ini pula contoh meja sudut tadi. Tapi nak besar sikit. Lepas tu ni nak padan bersama dengan kerusi yang beroda, rasa lagi syok.

Sumber gambar

Ni pula konsep mini library bersama area yang santai nak duduk lepak. Buku ilmiah dan manga/komik semua nak letak sekali sana. Hehe

Sumber gambar

Ni pun salah satu contoh meja yang menarik. Panjang dan ada rak bertingkat-tingkat untuk letak segala barang berkenaan dan buku.

Sumber gambar


Cik TK rasa sampai  sini saja dulu. Jumpa lagi dalam entri cabaran akan datang! Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer link yang disertakan di bawah ya!



Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. suka tgk klu bilik yg ada mini library sendiri, i pun nak tapi bilik me too small :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuuu sama la.. mampu berangan je ni. Hahaha!

      Padam
  2. bilik tdo di umah ni sempit. cuma mampu muat katil, meja n almari je. cuma mampu lihat gambar je la. huhuhu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la abam kie.. kita sama-sama tengok gambar je la...

      Padam
  3. Zaman remaja dulu rajin deko2 bilik, suka tukar-tukar aksesori. Paling penting mesti ada radio.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah rajinnya kak amie. Mesti kreatif kan... Radio itu penting sebagai hiburan!

      Padam
  4. saya jenis suka susunan stacking. rasa nak bilik siling tinggi dan letak katil bertingkat tinggi yg bawah tu ada meja study atau space utk benda lain. jadi walaupun bilik kecil, ada banyak space utk isi banyak benda hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh ini best. So banyak ruang untuk letak macam2!!

      Padam
  5. Cantik yg paling atas tu..nmpak kematangan hehee :)
    xsabar nak baca lg..

    BalasPadam
  6. suka yg no 1.. sebab nmpk bilik luas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna salah satu benda yang memainkan peranan kan

      Padam
  7. wah, challenge nii menarik laa. nak join challenge ni laa lepas habis 10dayyouchallenge tuu :)
    bolehhhh tak? :)

    okayyy sy minat semua gambar niiii. kenaaa ngan jiwa gittuw ;)

    BalasPadam
  8. Masa zaman anak dara dulu, akak memang berangan nak mini library dalam bilik, tapi bila dah kawin nie, macam susah plak.. hihihi..

    BalasPadam
  9. Saya pun suka kalau dapat mini library sendiri. Bagi saya buku adalah hiasan paling simple tapi boleh cantikkan bilik dan melambangkan identiti kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe pasal identiti tu betul juga. Jenis buku yang kita baca melambangkan minat dan personaliti kita juga

      Padam
  10. Akak dah tua-tua ni, nak ada bilik tidur yang hanya ada katil utk tidur. Dulu-dulu teringin juga nak ada sudut mini library, sudut menonton atau main game... sekarang ni semua tu tak leh ada dalam bilik tidur. Kalau tidak mata tak mau pejam.

    Nway, akak suka dengan konsep bilik tidur idaman Cik TK. Yang penting selesa dan kena dengan style kita, kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha kira akan jadi godaan la ya kak kalau letak dalam bilik, tak jadi tidur dibuatnya kan?

      Hehe itu betul, tapi yang paling penting itu ialah ianya selesa.

      Padam
  11. idaman bilik tidur yang cantik2 tu... hihihi

    BalasPadam
  12. bila berangan, renung bilik tu tembus zap zap zap everything i want is there, and there and there. bila nak realisasikan.. Adoooo.. sempit sempit sempit. Kbai ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuuuu sama la bilik kita kecik je, dalam angan2 je boleh buat macam-macam

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!