Apa khabar semua? Pagi ini Cik TK bersiaran dari dalam tren ye. Ambik tu. Dalam MRT taip entri. Hari ni dah start ke tempat kerja balik. Excited dapat keluar walaupun hanya ulang alik antara rumah dan lokasi kerja saja. Baik, sambung cabaran hari ke-12. Menarik tajuk hari ini. Mengenai SUPERPOWER! Yeay!! Baik, diingatkan ini hanyalah angan-angan yang takkan berlaku dalam dunia realiti dan imaginasi ini dipengaruhi karya-karya fiksyen sama ada bertulis atau visual. Okay Cik TK nak senaraikan 3 saja. Oh rasa macam tamak juga ya nak banyak-banyak?
Teleportasi
Kenal watak-watak dari Boboiboy ini? Kiri Klamkabot dan kanan Ochobot. Sumber gambar di sini dan sini. |
Apa itu teleportasi? Teleportasi ini macam kuasa Klamkabot dan Ochobot dalam Boboiboy yang boleh berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain tanpa perlu melalui ruang fizikal di antaranya. Faham kan konsepnya?
Menarik kan? Tahu tak kenapa Cik TK berminat? Sebabnya, boleh pergi ke mana saja dengan sangat mudah. Senang nak travel juga kalau ada kuasa ini. Nak bercuti ke mana, teleport je. Tiba-tiba nanti dah ada dekat Jepun, lepas tu dekat Paris, lepas tu dekat Amsterdam. Haha luar negara saja ke? Tak, dalam negara juga. Teleport tiba-tiba dari Kuala Lumpur ke Sabah atau Sarawak, atau ke Cameron Highland, Langkawi, pulau-pulau... Haha berangan itu percuma kan...? Kalau buat portal macam Doctor Strange tu pun best kan? Hehehe... Banyak sangat layan movie ni...
Telekinesis
Ini Jean Grey dari X-Men. Versi animasi. Sumber gambar |
Bayangkan kuasa Jean dalam X-Men. Itulah dia. Kebolehan untuk mengawal atau memanipulasi objek-objek dipersekitarannya tanpa perlu menyentuh objek-objek berkenaan. Maksudnya menggunakan kuasa minda. Pada Cik TK, superpower yang ini menarik sebabnya, senang nak pindahkan barang. Senang nanti nak angkat almari ke apa semua kan.. ? Selain itu Cik TK bayangkan senangnya nak ambil barang ke apa bila malas nak bangun. Haha nampak pemalas disitu. Okay tak ada lah. Actually macam ini boleh buat banyak kerja sekaligus tau. Bayangkan masak sambil kemas rumah, pakai kuasa minda. Penyapu, mop gerak sendiri kemas rumah sementara kita sedang buat kerja lain.
Serap pengetahuan
Cik TK tak tahu apa term yang betul untuk yang ini. Menurut laman sesawang ini namanya Osmosis. Entah la. Boleh bayangkan superpower ini macam mana? Sentuh je buku, dah serap ilmu dan skill dari buku tu. Sentuh je apa-apa sumber maklumat, termasuklah dari movie ke, dari komputer, bahkan dari manusia sekalipun, terus dah tahu sebab dah serap semua. Best kan? Macam ini, senang belajar bahasa, belajar masak, martial arts, muzik dan sebagainya. Seronoknya macam tu.
Apapun, semua itu hanyalah angan-angan fantasi semata-mata. Baiklah, Cik TK rasa sampai sini saja dulu. Jumpa lagi dalam entri cabaran akan datang! Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer link yang disertakan di bawah ya!
20 Ulasan
saya pun nak juga ada kuasa serap pengetahuan :D hihihihi walaupun fantasi ja
BalasPadamHaha best kan kalau macam tu. Sentuh je dah ada dalam kepala. Sentuh je dah pandai buat.
PadamSerap pengetahuan tu nak jugalah.
BalasPadamBest kan yang tu PC...
PadamNak jugalah yang serap pengetahuan tu 😜
BalasPadamKannnnn... Tak yah study. Sentuh je semua ingat
PadamHebatnya! Naklah jadi sebahagian daripada penerima serap ilmu dan skill itu!
BalasPadamBest kan kak amie kalau boleh buat macam tu
Padamhahaha,...macam macam nak jadi rasanya
BalasPadamHehe kan MY...
PadamSeronok jugak kalau dapat teleport... Tayah buat surat nak rentas negeri/daerah hehe
BalasPadamHaha kannn thes.. know know arrive saja
Padamdasyat power cik TK....kalau Cuya nak kuasa magic ala2 ibu peri..mcm cite sleeping beauty.
BalasPadamboleh buat kek ,jahit baju..semua magic..hhhehe
Wah itu pun best cuya! Guna magic semua kerja siap!
PadamAkak nak teleport ngan serap pengetahuan 😊
BalasPadamHehe best kan dua-dua ni!
PadamKalau sophea nak invisible , boleh pergi mana mana tanpa org pandang
BalasPadamWah best juga ni! Bebas ke mana sahaja!
PadamBest kalau boleh teleport balik kampung
BalasPadamAda pintu doraemon pun best juga kan?
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!