Rabu, 24 Februari 2021

DAY 10: TOP 5 LAGU KEGEMARAN ANDA (PELBAGAI BAHASA)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cabaran blog 15 hari

Apa khabar semua? Maaf semalam tak sempat pula nak sambung cabaran blog hari ke-10. Cik TK nak cari ilham untuk buat sesuatu sebenarnya sekarang ni, tapi otak ni blank je. Haha tak apa, kita ketepikan dahulu permasalahan ini. Mari kita sambung cabaran hari ke-10. Wah dah 10 hari dah.. sikit lagi nak habis!

Mengenai lagu, Cik TK dengar dalam pelbagai bahasa. Selain dari lagu yang disampaikan dalam bahasa kebangsaan kita iaitu lagu bahasa melayu, Cik TK juga layan lagu dari pelbagai bahasa lain dan disini Cik TK akan senaraikan Top 5 lagu kegemaran Cik TK dalam 5 bahasa yang berlainan. Kalau perasan, banyak lagu lama sebenarnya. Entah kenapa, Cik TK lagi prefer lagu lama. Lagu baru agak susah nak menusuk ke jiwa Cik TK ni.

Bahasa Melayu
  1. Sampai Syurga – Faizal Tahir        *ini lagunya yang pertama yang Cik TK gemar
  2. Ku Bersuara – Ernie Zakri        *suka sangat dengan persembahan lagu ni masa AJL sebelum ini
  3. Akan Bercinta – Janna Nick       *entah kenapa, lagu ni terus terngiang-ngiang lepas dengar untuk pertama kali. Lepas itu terus layan... 
  4. Jatuh – Bunkface       *sedih dengar lagu ni, tapi suka dengar
  5. Coba – Faizal Tahir       *rasa macam deep meaningnya dan boleh boleh rasa apa yang disampaikan dalam lagu ni

Bahasa Indonesia
  1. Sebuah Rasa – Agnez Monica        *kagum dengan nada vokalnya dalam lagu ni. Dengar  lagu ni selalu masa layan sinetron 'Orang Ketiga'
  2. Cinta Karna Cinta – Judika        *ni pun dengar dari sinetron yang tajuknya sama dengan tajuk lagu ini. Terus melekat dalam kepala
  3. Berhenti Berharap – Sheila on 7       *siapa tak kenal lagu ni kan? 
  4. Karena Kucinta Kau – Bunga Citra Lestari     *pertama kali dengar terus melekat dalam kepala tu
  5. Cinta Ini Membunuhku – D’Masiv       *mula kenal lagu ni masa Janna Nick cover lagu ni untuk Akustika HotFM

Bahasa Jepun
  1. Night Diver – Haruma Miura     *yang ini dia punya suka tu sampai dengar lagu ini berulang-ulang kali setiap kali play lagu ni. Macam dalam lirik dia, loop loop loop sepanjang masa
  2. Kimi no Suki na Uta – UVERworld    *lagu UVERworld ni banyak yang best! Sampai tak tau nak list-kan yang mana satu. Ini salah satu band yang memang Cik TK minat
  3. RPG – Sekai no Owari      *dari kumpulan ini, yang lain Cik TK rekemen SOS, Honoo to mori no Carnival dan Dragon Night. Juga band yang Cik TK minat
  4. 366 Nichi – HY        *sedih lagu ni
  5. Last Dance – One OK Rock        *selain itu Cik TK rekemen Heartache, Always Coming Back, The Way Back, C.h.a.o.s.m.y.t.h dan Wherever You Are. Band yang Cik TK minat juga!

Bahasa Korea
  1. The BADDEST – K/DA        *paling Cik TK suka, versi cover oleh Rainych
  2. Solo – Jennie         *lagu Blackpink pun layan, tapi lebih gemar yang ini
  3. Love Day – Jung Eun Ji (A Pink) dan Yang Yeo Sob (Beast)        *sepertimana tajuk, rasa bahagia dengar lagu ni. 
  4. Love Ya – SS501        *mula suka lagu ni bila tengok video music dia. Rasa macam apsal dalam video ni semua macam wow!!!
  5. Chu~♡ – F(x)         *persembahan diorang sungguh comel dan bertenaga! 

Bahasa Inggeris
  1. This is Me – Demi Lovato and Joe Jonas       *kenal lagu ni dari movie Camp Rock. Lepas tu terus terngiang-ngiang dalam kepala
  2. When You’re Gone – Avril Lavigne        *selalu layan dalam kereta ni
  3. Let It Go – Demi Lovato       *actually original dari Irdina Menzel ye? Tapi suka versi Demi lagi 
  4. Love Story – Taylor Swift         *Romeo and Juliet!!!
  5. A Thousand Miles – Vanessa Carlton       *Cik TK suka versi cover oleh One OK Rock  

Dah macam sesi memperkenalkan lagu-lagu pula kan? Cik TK rasa sampai sini saja dulu. Jumpa lagi dalam entri cabaran akan datang! Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer link yang disertakan di bawah ya!

22 ulasan:

  1. wah dah hari ke10...yes suka lagu ernie zakri :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sikit lagi nak habis.. hehe...

      Suara Ernie power tuuu.. lagu2 dia pun best!

      Padam
  2. japanese song yg listed tu , satu pun atie tak pernah dgr huhuhuh how i am only into Johhnys

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh try dengar atie. Banyak rock/slow rock/pop tu. Yang 366日 tu ballad. Sedih lagunya, lagu tema drama Akai Ito

      Padam
  3. Antara lagu-lagu ni ada juga yang kak PC suka.

    BalasPadam
  4. minat lagu japan yg ada dalam anime jak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try dengar j-pop juga. Banyak juga yang best..

      Padam
  5. Lagu Coba tu bagi saya lagu 'Friendzone'paling tepat ke jiwa. Let It Go saya suka versi Idina Menzel kalau karok. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Coba tu sangat deep, sampai Cik TK pun boleh bayangkan situasi ni

      Padam
  6. baru tahu janna nick ada lagi..

    BalasPadam
  7. Suka lagi jepun nyanyiab Aisah : Hanakage
    Zaman remaja dulu suka lagu-lagu Modern Talking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh Hanakage tu lagu lama betul tu kak amie!

      Cik TK baru google Modern Talking.. kumpulan lama tu, penyanyi lagu Brother Louie rupanya..

      Padam
  8. Mama suka Ku berauara Dan this is me. All time my favourite

    BalasPadam

Dipersilakan kepada semua untuk tinggalkan komen dan pendapat kalian di sini. Nak tinggalkan jejak di sini pun boleh! Nanti Cik TK blogwalking ke sana ya!