Advertisement

DAY 9: GENRE SIRI TV/MOVIE KEGEMARAN ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cabaran blog 15 hari

Apa khabar semua? Pejam celik pejam celik dah separuh cabaran blog ini selesai. Harap boleh cepat habiskan. Di hari isnin yang ceria dan agak mendebarkan (berlaku sesuatu yang membuatkan kami semua rasa nervous) ini Cik TK nak sambung challenge hari yang ke-9 iaitu genre movie atau siri tv kegemaran Cik TK. Secara ringkas, genre ini bermaksud pengkaterorian jenis pelbagai bentuk seni dan komunikasi sama ada lisan, bercetak, visual dan sebagainya. Seperti contoh, untuk muzik ada genre pop, balada, rock dan sebagainya. Begitu juga dengan filem dan drama. Ada genre seram, thriller, percintaan, sejarah, kekeluargaan, fantasi, animasi, biografi, dokumentari dan sebagainya.

Balik ke tajuk asal. Genre movie/filem dan drama yang Cik TK gemar ialah thriller, penyiasatan, seram, fantasi (termasuk magis) dan aksi. Genre ini digunapakai untuk anime juga. Well, siapa kata anime ini kartun untuk budak-budak/kanak-kanak? Sila angkat tangan!!! Okay mehh Cik TK ketokkk sorang-sorang! Haha!! Anime ini sebenarnya ada genre dan rating umur juga. Maka tidak semua anime sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Ada sesetengah anime ini ada unsur thiller dan gore. Gore ini bermaksud ada unsur darah, yang boleh muncul akibat kekejaman dan pembunuhan. Ya, memang ada anime yang menunjukkan kekejaman. Ada juga yang bergenre dewasa yang juga tidak sesuai untuk kanak-kanak, malah untuk yang dewasa juga. Sila jaga mata dan hati anda semua. Jadi, janganlah asyik kata anime itu kartun budak-budak ya. 

Okay cukup pasal anime. Lari dari tajuk asal pula tiba-tiba. Pasal thriller, seram, penyiasatan, aksi dan fantasi. Contohnya seperti apa? Contohnya seperti Supernatural, Dexter, Merlin, W, dan Mr.Brain. Tak lupa filem seperti Harry Potter, Inuyashiki dan Ajin:Demi Human, antara kegemaran Cik TK. Selain itu Cik TK suka tonton drama seperti Code Blue, Voice dan Doctor Stranger yang bertemakan hospital. Dan bukan setakat hospital semata-mata, malah ada adegan bedah-bedah, forensik dan sebagainya. Romantik komedi pun layan juga sebenarnya, tapi tengok jenis. Kalau memang best, Cik TK layan je. Hehe.. Kalian pula? Apa genre dan movie/drama kegemaran kalian semua? 

Cik TK rasa sampai sini saja dulu. Jumpa lagi dalam entri cabaran akan datang! Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer link yang disertakan di bawah ya!


Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. Saya minat genre penyiasatan, romantik komedi dan cerita macam Merlin tu jugak. Heavy drama pun saya layan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Romantik komedi kadang kalau jalan cerita best Cik TK layan!

      Padam
  2. saya minta genre movie thriller.. dan juga yang berkaitan dengan time loop hehe

    BalasPadam
  3. Akak minat penyiasatan mcm csi, ncis... kalau drama omputeh or korea minat yg gitula, komedi dram pun layan... cuma palinng xpernah layan cerita hantu dan zombie. Takat hantu kg pisang dgn hantu k limah layanla

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe tema-tema penyiasatan ni best!! Selain kg pisang ngan hantu kak limah, KL zombi pun best kak dana.

      Padam
  4. Sama la. Naniey minat Crime Investigation, Mystery, Thriller
    Korea je x berapa. Tak tahu kenapa. Tak boleh nak tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe minat setiap orang lain2 naniey.. cerita korea banyak juga investigation, misteri dan thriller

      Padam
  5. Sama genre yang kita suka cuma fantasi tu saya kurang sikit :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe kalau fantasy Cik TK suka part magik2.. best kak.. hehe

      Padam
  6. Kak shida paling suka seram dan misteri..hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh kita boleh jadi geng kak shida!! Sep sikit kak!

      Padam
  7. kembali lagi menjenguk..wah! lebih kurang la genre kite sep sket

    BalasPadam
  8. rasanya semua suka kecuali cinta.. haha

    BalasPadam
  9. Suka tonton filem masak-masak seperti Finale Recipe, dan filem animasi tikus masak-masak ; Ratatouille.

    BalasPadam
  10. Mama Rasa taste Kita lebih kurang la kecuali part anime Tu mama X sekali layan sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe tak semua layan anime mamapp.. semua orang ada taste yang berlainan...

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!