Apa khabar semua? Hari ini Cik TK nak sambung challenge hari yang ke-5. Entri challenge sebelum ini adalah mengenai apa Cik TK buat sebelum tidur. Entri kali ini adalah sebaliknya, apa yang Cik TK buat ketika bangun dari tidur pula.
Secara ringkasnya, bangun pagi kebiasaannya jam adalah sebelum jam 7. 6.30 pagi ke macam tu, untuk solat Subuh. Selepas itu, kalau mengantuk sangat Cik TK sambung balik tidur sekejap. Sekejap je la.. Eh haha jap! Ini hanya boleh digunapakai waktu cuti saja! Waktu hari kerja memang tak dapat la kan sebab kalau hari bekerja (status WIO – Work in Office) memang sah lah terus bersiap pergi kerja (antara jam 7.30 – 8.00 pagi sudah keluar rumah. Tapi kalau bukan waktu pandemik ni sebelum jam 7 dah keluar). Tapi bukan selalu juga tidur balik selepas Subuh. Tak elok. Orang kata pintu rezeki dibuka di awal pagi.
Jadi apa yang biasa Cik TK buat lepas bangun tidur? Seperti biasa, check handphone. Kehidupan kita pada masa kini tak lari daripada handphone kan? Jadi pagi-pagi ini check Whatsapp, kalau rajin check email (personal). Lepas itu, ikut mood. Kadang tengok Youtube, kadang scroll IG /twitter, kadang blogwalking dan kadang update entri. Ini semua adalah waktu sebelum sarapan.
Lepas tu kira-kira nak jam 9, bersedia nak sarapan. Jangan tak sarapan tau! Sarapan untuk penting untuk tenaga sepanjang hari! Selepas sarapan depend pada keadaan semasa apa nak kena buat. Kadang pergi pasar/pasaraya beli barang dapur. Kadang basuh baju. Kadang jadi babysitter anak buah kesayanganku.. hehe... Oh ya! Kalau status semasa ialah WFH (Work from Home) maka kena ingatlah untuk check in waktu bekerja ikut time dan buat apa yang patut.
Cik TK rasa sampai sini saja dulu. Jumpa lagi dalam entri cabaran akan datang! Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer link yang disertakan di bawah ya!
22 Ulasan
sebelum tidur selalu tengok netflix dulu..hihihi
BalasPadamNi bahaya ni MY, dapat cerita yang best terus nak sambung je ni
Padamwajib kan check social media kan ! hahaha dah jadi kewajipan plak haha
BalasPadamhaha zaman sekarang ini ianya sukar untuk dipisahkan
PadamCelik mata ja, cheq offkan alarm kat smatpon, paihtu cheq kata Alhamdulillah 🤲🏻✨
BalasPadamAlhamdulillah, hari yang baru! Sentiasa semangat menjalani hari ya!
Padamnikmat nyaa time cuti kan.. dapat tidur balik.. kalau sy dah tak boleh tido balik tuu >.<
BalasPadamHehe tak selalu juga. Sebab selalu tidur lambat, kadang pagi tu mengantuk sangat. siap kadang sambung tidur jap dalam tren. 😅
PadamRutin bangun tidur, macam2 kerja boleh buat.
BalasPadambetul tu wak! banyak benda boleh buat.
PadamBangun tidur terus minum air hehe
BalasPadamrutin yang bagus ni, menyihatkan! Kita kena pastikan kita minum air yang cukup tiap hari
PadamTelefon dan kita takkan dapat dipisahkan🤭🤭🤭.. hihi
BalasPadamhihihi kannnn! Di masa ini telefon itu bukan lagi kehendak, tapi satu keperluan
Padambangun tidur mesti buang air dan minum air baru boleh buat kerja2 lain etc dr subuh. kadang kalau letih memang pengsan semula
BalasPadambetul! Setuju! Sarapan juga jangan lupa ya!
PadamSamalah kita...mesti check hp dulu.
BalasPadamHp itu sudah jadi satu keperluan zaman sekarang kan kak amie?
Padambuat light exercise..lps tu sambar hp...hehe..
BalasPadamWah bagusnya buat exercise!!!
Padamkalau mcm kak shida ni..bangun pagi pgg hp dlu sbb nk tgk jam..hahaa pastu mula buat keje rumah :)
BalasPadamUiii kerja rumah.. :) Cik TK buat kerja rumah lambat2 sikit... Hehe
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!