Sabtu, 27 Februari 2021

DAY 13: APA ISI DALAM BEG ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cabaran blog 15 hari

Apa khabar semua? Yeay hujung minggu datang lagi! Apa plan kalian semua? Sekarang anak buah ada dekat rumah. Maka, plan hari ini main dengan dia puas-puas. Jadi sebelum pergi main dengan dia, Cik TK sambung dulu cabaran blog hari ke-13.

Ada apa dalam beg ini sama macam apa yang orang buat dekat Youtube tu. Taip je ‘what’s in my bag?’ gitu atau ‘what’s in my car?’ macam-macam akan keluar. So, untuk Cik TK ni sebenarnya biasanya kalau keluar sekejap-sekejap tu tak bawa beg. Biasanya bawa kalau nak keluar lama la. Tapi bergantung pada lokasi dan tujuan. Kalau pergi kerja bawa beg. Kalau pergi jalan-jalan kadang bawa kadang tak. 

Jadi kalau Cik TK bawa beg, apa yang ada di dalamnya? Kebetulan semalam keluar, bawa beg kecil. So ini adalah barang-barang yang Cik TK bawa semalam. Powerbank atau charger antara yang wajib kena ada. Lagi earphone. Pun kena ada. Kalau tak bosan tu duduk lama dalam tren. Cermin mata pula ikut keadaan. Kadang bawa, kadang tak. Tak suka pakai, tapi kadangkala perlu. Make up? Sejak pakai pelitup muka/mask ini, dah jarang pakai make up. Jadi jarang bawa barang make up kecuali macam lipbalm ke macam tu. Lagi dimusim pandemik ini, mask extra, hand sanitizer dan tisu tu sentiasa dalam beg. Buku nota kecil dan pen pun jangan lupa. Kadang perlu tulis sesuatu.

Ini isi dalam beg Cik TK semalam. Ada cermin mata, earphone, hand sanitizer, powerbank, tisu, mask extra, lipstick dan buku nota.
List tadi tu kalau beg kecil, seperti dalam gambar di atas. Beg merah dekat tepi tu sebenarnya sejenis sling bag kecil, jenis yang memang Cik TK suka pakai. Kalau bawa beg besar sikit (beg galas), lagi macam-macam ada. Dah macam poket doraemon kadang-kadang. Barang-barang tadi tu, siap tambah ada minyak cap kapak, plaster, buku nota besar sikit dari yang tadi (saiz A5), buku untuk dibaca (novel atau buku ilmiah yang mana kadangkala bawa saja tapi tak baca), wet tissue, beg make up (walaupun tak berapa nak make up dan banyak spesis lipstik saja di dalamnya),  telekung, tuala wanita dan beg plastik/woven sebagai persediaan kalau kena beli barang. Oh ya, satu lagi. Sentiasa ada sudu dan garpu juga dalam beg. Sebab Cik TK selalu bawak bekal masa kerja. Jadi bawa sekali.

Eh mesti ada yang tertanya-tanya mana purse dan handphone? Dua-dua item ini sentiasa dalam poket. Melainkan pakai baju kurung atau jubah yang biasanya tiada poket (yang mana ianya jarang dipakai), baru letak dalam beg. Baiklah, Cik TK rasa sampai sini saja dulu. Jumpa lagi dalam entri cabaran akan datang! Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer link yang disertakan di bawah ya!




26 ulasan:

  1. saya pun sama ^^ powerbank tu wajib kena bawa hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Kadang lupa cas fon, atau bukak apps yg makan bateri. Lajuuu je bateri bye bye pas tu

      Padam
  2. Benda wajib dalam beg (handbag): dompet & HP, lipstik &, tissue, tuala wanita.

    BalasPadam
  3. sama rasanya isi dalam beg kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe rata-rata kita semua bawa barang yang sama

      Padam
  4. Sama la kita. Benda-benda tu memang wajib bawa :)

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Heheee.. rata-rata kita semua bawa barang yang sama

      Padam
  6. Sy paling wajib bawak, botol air... Biarlah keluar kejap pun mmg kena stand by botol air.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minum air yang cukup untuk penting untuk kita semua

      Padam
  7. purse Cik Tk kecil saja ? boleh masuk dalam pocket ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah suka pakai yang kecil. Senang bawa ke mana-mana, sumbat je dalam poket, sebab kadang2 tak bawa beg

      Padam
  8. Benda yg penting dan wajib bawa. Power bank tu penting.
    Naniey skrg da x de handbag dah. Rindu nk bawak handbag. Sekarang barang anak letak dalam bagpack je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye la kan bila dah ada anak lagi banyak barang nak bawa. Adik Cik TK yang sudah ada anak pun bawa beg galas saja. Pampers apa semua letak sekali dalam tu

      Padam
  9. masa zaman iphone dulu wak selalu bawak powerbank., skrg ni pakai android x jadi masalah sbb selalu charge kat umah atau opis je dan bateri henfon android tahan lama compare dgn iphone., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh bateri iphone kurang tahan ek rupanya wak...

      Padam
  10. Lebih kurang sama. Cuma powerbank tak ada 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe kita semua ni bawa barang yang hampir serupa semua

      Padam
  11. Kira simple lah barang dlm beg tk kan

    BalasPadam
  12. Mmg brg yg perky aje cik tk legal dlm Hb. Kalau mama tenth korang terkejut haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe barang yang perlu memang penting untuk dibawa kannn

      Padam
  13. Sy isi tisu, bedak,gincu dan phone

    BalasPadam

Dipersilakan kepada semua untuk tinggalkan komen dan pendapat kalian di sini. Nak tinggalkan jejak di sini pun boleh! Nanti Cik TK blogwalking ke sana ya!