Advertisement

DAY 6: GAMBAR PADA SKRIN TELEFON ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cabaran blog 15 hari

Hari ini Cik TK nak sambung lagi cabaran blog hari yang ke-6. Sangat simple yang mana kali ini, ianya adalah gambar pada skrin telefon. Untuk gambarnya boleh terus refer di bawah. Tapi jangan terkejut kalau dekat status bar itu menunjukkan 'Emergency calls only' atau logo tiada SIM. Sebenarnya ini skrin fon baru, yang mana Cik TK terpaksa beli untuk kerana fon lama sudah menunjukkan pelbagai tanda-tanda yang tidak begitu memberansangkan. Tapi fon lama Cik TK masih pakai, sayang sangat sebab sudah lebih dari 3 tahun Cik TK pakai. Sebab itu SIM tak pindahkan lagi.

Dekat fon baru inilah Cik TK lebih mudah untuk buat kerja. Aplikasi yang diperlukan untuk keperluan kini sudah dapat diakses, berbanding sebelum ini yang langsung tidak dapat dibuka atau selalu hang terus crash. Malah dapat update entri dari fon sekarang. Tak perlu lagi Cik TK tunggu slot meminjam laptop dari adik untuk buat kerja atau update entri. Moga rajin Cik TK update blog hari-hari lepas ini. Hehe... Ok jom layan gambar skrin fon ini.

Cik TK suka gambar ini. Nampak simple dan cute! So Cik TK jadikan gambar Lockscreen.

Ini pula Homescreen-nya. Mengenai siapa lelaki ini akan Cik TK ceritakan dalam entri cabaran akan datang. Biarlah sekarang menjadi misteri. Tapi siapa yang mengikuti blog Cik TK mesti tahu siapa ini kan? Hehe... Oh ya, maaf ada folder apps yang terpaksa Cik TK tutup ya.

Ini pula page kedua. Simple je. Cik TK memang suka letak apps ni mostly dalam folder. Sebab lagi senang nak cari.


Cik TK rasa sampai sini saja dulu. Jumpa lagi dalam entri cabaran akan datang! Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer link yang disertakan di bawah ya!

Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Simple yg lockscreen ... gambar bf tu pun aduh penuh 1 screen

    BalasPadam
  2. Samalah kita cik tk. Suka letak apps dalam folder. Cuma yg setting semua je selalunya tak. Senang nak cari

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. bila masuk folder ni sennag nak cari ikut kategori

      Padam
  3. selalu letak gmbr pemandangan je... :)
    or gambar tempat2 menarik dengan harapan satu hari akan sampai kat situ :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah! moga tercapai impiannya nak ke destinasi berkenaan. Cik TK nak letak jugalah!

      Padam
  4. sato takeru!!!!!!!!!!!!!! atie punya gambar yuya hahaha

    BalasPadam
  5. skrin kalau letak gambar sarat memang tak lawa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, simple itu yang terbaik. Tapi depend pada selera diri sendiri

      Padam
  6. Skrin telefon saya sentiasa berubah-ubah ikut mood :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK pula jarang tukar. Nanti lepas banyak2 bulan nanti baru tukar

      Padam
  7. cayalah! teruskan dengan cabaran ni..chaiyokkk ehem ehem gambar mamat tu kite tau!

    BalasPadam
  8. kite punya wallpaper tak pernah letak muka sendiri haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama!!! Sepp sikit! Segan la letak muka sendiri. huhuhu~

      Padam
  9. Kita letak gambar pemandangan saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe Cik TK letak pemandangan kadang2, bila terjumpa gambar yang macam "wow, nak letak ni!" Hehe~

      Padam
  10. Balasan
    1. Ohooo faham! Theme phone pun gambar cantik kan!

      Padam
  11. Wow wow ^_^ kak shida buh gambar tawen laaaa heheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh sweetnya!! Cik TK nak letak belum ada gambar tawen lagi.. '-_-

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!