Advertisement

DAY 7: CELEBRITY CRUSH ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cabaran blog 15 hari

Merujuk kepada entri semalam, iaitu Cabaran Blog Hari ke-6, gambar jejaka yang memenuhi ruang segenap skrin telefon tersebut ialah Takeru Sato. Siapa dia? Dialah Celebrity Crush yang akan Cik TK ceritakan hari ini. Kalau nak tahu lebih lanjut, teruskan baca dibawah.


TAKERU SATO

Rasanya diblog ini sudah beberapa kali Cik TK ada sebut nama dia kan.. hehe kalau perasan la kan.. boleh rujuk sini --> About Me, Entri ini, IniEntri yang ini dan juga ini. Cuma Cik TK tak cerita banyak la pasal dia kan sebelum ni. Kali ini Cik TK akan ceritakan lebih lanjut mengenai celebrity crush Cik TK ini.


Nama: Takeru Sato (佐藤健)
Tarikh Lahir: 21 Mac 1989
Tempat Kelahiran: Saitama, Jepun
Ketinggian: 170cm
Kumpulan Darah: A

Takeru Sato ini menjadi artis yang mula dikenali di Jepun setelah kemunculannya dalam Kamen Rider Den-O pada tahun 2007. Siapa yang layan siri kamen rider sudah semestinya mengenali pemegang watak Nogami Ryoutarou ini. Tapi ini bukan lakonan pertamanya. Takeru Sato ini debut sebagai pelakon pada tahun 2006 dengan watak Toru Kouno dalam drama Princess Princess D dan sebagai Kentarou Ishihara dalam Shinigami no Ballad.

Cik TK sendiri pun mula meminatinya melalui Kamen Rider Den-O ini. Lakonan mantap yang dibawa olehnya dalam siri itu pada Cik TK agak mencabar. Kerana dalam siri itu dia berlakon bukan hanya sebagai Ryoutarou yang asli (yang mana wataknya clumsy), malah sebagai Ryoutarou yang 'dirasuki' oleh pelbagai imajin yang ada disekelilingnya yang mana semua imajin tersebut mempunyai personaliti yang berlainan. Dan yang lebih dahsyat, dia siap boleh breakdance lagi ketika 'dirasuki' Ryuutaros.

Nogami Ryoutarou bersama 4 imagin (dari kiri - Momotaros, Ryuutaros, Urataros dan Kintaros)
Sumber gambar

Selepas mengenalinya melalui Kamen Rider Den-O, Cik TK start mengikuti perkembangannya. Boleh dikatakan kebanyakan filem dan drama lakonannya telah Cik TK tonton dan tak bosan melihat wajahnya dan senyumannya yang memukau itu

Yang boleh Cik TK katakan di sini, Takeru Sato ini boleh menyelami dan membawa watak-watak yang dibawanya dengan baik sekali. Tidak kira watak orang biasa (seperti filem The 8 Year Engagement), watak komposer dan pemuzik (filem The Liar and His Lover dan Mr.Brain), watak pelajar (seperti drama Q10 dan Bloody Monday), watak polis (drama Bitter Blood), mangaka (filem Bakuman) dan sebagainya. Satu lagi yang Cik TK belum sebut. Watak aksi. Kalau nak tahu, aksinya pun dia lakonkan sendiri. Sebagai seorang Samurai (seperti filem Rurouni Kenshin dan Samurai Marathon), separuh manusia (filem Ajin:Demi-Human), watak cyborg (filem Inuyashiki) dan juga sebagai seorang Kamen Rider (siri Kamen Rider Den-O).

Ni The 8 Year Engagement. Salah satu filem yang Cik TK suka juga. Mengenai kasih sayang seorang lelaki terhadap tunangnya yang koma selama 8 tahun dan hilang ingatan mengenai lelaki tersebut apabila sedar. Cerita ini based on true story. Kalau nak tahu, Cik TK suka sangat watak Takeru Sato sebagai Hisashi dalam filem ini. (Sumber gambar)
The Liar and His Lover. Suka filem ni.
Wataknya sebagai Hiro Shishigami dalam Inuyashiki. Dalam filem ni dia macam jahat sikit.
Okay tak sikit, jahat banyak. Haha! (Sumber gambar)
Poster filem terbarunya filem ke-4 dan ke-5 Rurouni Kenshin: The Final dan Rurouni Kenshin: The Beginning yang dijadualkan akan ditayangkan pada 23/4/2021 dan 4/6/2021. Sumber gambar


Cik TK rasa sampai sini saja dulu. Jumpa lagi dalam entri cabaran akan datang! Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer link yang disertakan di bawah ya!

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Celebrity crush MY...Tom Cruise... sejak dulu sampai sekarang masih lagi..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohooo setia ni dengan Tom Cruise! Lakonan dia bagus kan!!

      Padam
  2. Padanlah akak rasa macam penah tengok si hensem nie berlakon siri² spt super sentai.. rupa²nya pelakon kamen rider..

    BalasPadam
  3. Takeru Sato nampak seksikan? Hensem.

    BalasPadam
  4. Crush kita pelakon korea "Jang Don Gung" hahaha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohooo ni yang berlakon dalam citer VIP dengan Lee Jong Suk tu kan? Hehe kalau Korea Cik Tk suka tengok lakonan Lee Jong Suk!

      Padam
  5. Balasan
    1. Aah wak, Cik TK suka layan citer dan lagu jepun. Sampai ke artis feveret pun jepun juga wak. Hehe

      Padam
  6. pelakon serba boleh ni..hensem jg..

    BalasPadam
  7. aa finally tau kenapa dia popular, dari kamen rider rupanyaaa!! thanks sbb put down sedikit info about him :) atie klu ada segment ni, mmg letak jer satu gmbr yuya,,, wont share too much bc im too possessive hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah dari Kamen Rider, then jadi lebih meletup kebabom bila berlakon dalam Rurouni Kenshin (Samurai X).

      Hehe Cik TK hanya letak info general je tu atie.. tak boleh letak lebih2, i'm possessive too.. hehehe

      Padam
  8. Comel dia ni. Muka mantain cam remaja. Celebrity crush saya banyak pemain bola. Haha

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!