Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Untuk entri kali ini Cik TK nak bercerita benda-benda random saja. Dan kali ini termasuk berita buah hati artis favourite Cik TK sepanjang masa. Cik TK jarang mentioned pasal dia di sini. Kalau nak tahu, nama Cik TK itu berasal dari nama dia. Boleh baca sini >> About me. Siapa itu? Teruskan baca ya!
Alkisah random 1: Rurouni Kenshin
Takeru Sato. Seorang pelakon di Jepun yang sangat dikenali dengan watak Nogami Ryoutaro dalam Kamen Rider Den-O. Cik TK minat dia sejak dia mula debut pada tahun 2006 dalam drama Princess Princess D, hinggalah sekarang. Oh sudah 14 tahun juga ya?
Ok balik ke sub-tajuk kita. Tahu tak filem ini? Untuk yang tak pasti, filem live action ini diadaptasi dari manga dan anime Samurai X karya Nobuhiro Watsuki yang mana anime ini pernah ditayangkan di siaran televisyen semasa zaman awal 2000-an dulu kalau tak silap. Sudah ada 3 buah filem adaptasinya iaitu:
1. Rurouni Kenshin (2012)2. Rurouni Kenshin: Kyoto Inferno (2014)3. Rurouni Kenshin: The Legend Ends (2014)
Selepas itu sekuel ini ada sambungan, dua buah filem adaptasi lagi yang mana sepatutnya release bulan Julai dan Ogos yang lalu. Tetapi ditunda kepada April dan Jun 2021. Apapun, Cik TK tak sabar menunggu filem ini release dan harap ianya ditayangkan di Malaysia. Dua filem lagi itu ialah:
4. Rurouni Kenshin: The Final (jadual release 23 April 2021)5. Rurouni Kenshin: The Beginning (jadual release 4 Jun 2021)
Ini info yang baru keluar beberapa hari lepas |
Alkisah random 2: Keypad bluetooth
Ingat tak Cik TK pernah cerita pasal item ini dulu? Boleh refer balik di sini. Sangat berguna bila keyboard rosak atau malas nak taip pada skrin telefon yang kecil. Dan yang paling bagus, macam yang Cik TK guna di bawah ini.
Punyalah anak dara ni tak mahu buka lampu. Nak bergelap tapi nak menaip pada laptop dalam masa yang sama. Jadinya apa lagi? Gunakan keypad bluetooth ni. Bercahaya dan boleh menaip. Lampu pada keypad tu pun boleh tukar-tukar warna. Tapi Cik TK suka guna warna merah. Bila guna ni gayanya perasan macam main game pun ada. 😅
Salah satu cara Cik TK guna keypad bluetooth ini |
Alkisah random 3: Kiwi
Jadi ada apa dengan kiwi? Cik TK biasa makan kiwi yang dipotong-potong. Dan baru-baru ni tengok kawan makan kiwi dengan cara seperti di bawah. Maka balik rumah Cik TK pun makan dengan cara yang sama! Belah dua dan makan dengan sudu, macam makan puding! Sambil layan anime. Cik TK layan Higurashi sekarang. Slow sikit perkembangan anime marathoning kali ini.
Potong kiwi macam ini, belah dua. |
Makan macam makan puding cup tu. |
26 Ulasan
Sebut rurouni kenshin teringat kartun samurai x..lama xlayan cite kartun hehe
BalasPadamsamurai x ni ada dekat tv zaman Cik TK sekolah menengah dulu, kalau tak silap la.. fuhh lama dah tuu...
PadamKami pun tak sabar nak tunggu rurounin kenshin yang kena tunda tu.
BalasPadamSebab keadaan sekarang ni, banyak movie best kena tunda
PadamAda banyak filem Ruroini Kenshin rupanya. Saya peminat juga tapi tengok animasi. Tidak tahu di platform mana hendak tengok filem Kenshin.
BalasPadammungkin boleh try cari di telegram
Padamsato takeru ni mmg famous betul dekat japan, tapi i dont know why i am not into him at all ! hahahaha
BalasPadamSebab awak dah ada Tegoshi Yuya... hehehe (~ ̄▽ ̄)~
Padampelakon atau filem jepun yg akak pernah tengok cuma... great teacher onizuka je heheheh dengan ultraman heheheh
BalasPadammemang menarik keypad tuh, stylo
buah kiwi tu akak pun suka mkn dengan sudu tp kalau utk laki akak mkn kene potong... buang kulit dan potong baru dia makan
uiii GTO! Legend tu kak Dana!!
Padamhaha kann.. boleh main dalam gelap!
setiap orang cara makannya berbeza kan kak...
:) sedap nya kiwi,
BalasPadamnyummy!!!
Padamakk pun dulu makan kiwi kupas kulit..hehe..
BalasPadamCik TK pun sama. Tapi bukan Cik TK yang potong.. haha Cik TK tukang makan je 😅
PadamMakan kiwi belah dua. Terus makan. Hihi. Tak perlu kopek. Lebih mudah kaedah ni Cik TK.
BalasPadamBetul! Lagi senang macam ni! Lagi sambil layan tv ke kan.. tup tup bertambah-tambah!!
Padampenah jugak tngk kamen rider tapi x notice actor dia..
BalasPadamkiwi tu kadang2 makan cemtu tp most of the time saya potong. ikut mood..
janji macam mana pun soooodap hehe..
Hehe Takeru Sato ni salah seorang artis yang memang popular di Jepun. Hehe...
PadamHehe potong ikut suka je. Lagi bila untuk sendiri makan kan. Bantai je.. 😊
1. jaga mata ye cik TK.. x elok guna laptop dlm cahaya gelap camtu.. hehehe
BalasPadam2. sedapnya kiwi... kakmim pn x penah lg mkn kiwi mcm tu.. cm best je
3. anime.. no komen.. xtau perkembangan anime... ampunnn.. hahaha
1. Baik Kakmim!!! hehe...
Padam2. Aah best macam tu, lagi senang Kakmim
3. Hehe tiap orang preference lain2 Kakmim...
rajin layan anime ye. dulu aku rajin gak review anime. siap buat blog khas untuk review lagi. huhuhu... tp la ni tengok je, dah tak rajin nak review.
BalasPadamohooo faham faham..
PadamAkak peminat kamen rider jugak tapi napa leh x perasan dgn aktor nie yea..😅
BalasPadamNi dari Kamen Rider Den-O, tahun 2007 dulu.. hehe
PadamBagus makan kiwi tu. Sedap pun iye juga.
BalasPadamMakan buah banyak2 berkhasiat kak amie! 😉
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!