Selasa, 24 Ogos 2021

LIRIK: HASLINDA - SEHATI DAN SEJIWA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini, entah kenapa tiba-tiba teringat satu lagu ni, lirik dia dok terngiang-ngiang dalam kepala tapi tak ingat lagu apa. Maka terus taip lirik di Google, terus dapat tahu tajuk dan terus cari lagu ini dekat Youtube. Tajuknya 'Sehati dan Sejiwa' nyanyian Haslinda. Lagu ini dulu sebenarnya adalah lagu tema untuk drama di TV3 bertajuk 'Cinderella' lakonan Haliza Misbun dan Ahmad Idham yang ditayangkan pada tahun 1998. Haha kecil lagi Cik TK masa tu, tapi entah kenapa tiba-tiba teringat pada lagu ini dan tiba-tiba terasa nak layan drama ini juga. Oh ya, kalau nak layan drama ini boleh klik sini (di saluran Youtube TV3) 

Jadi balik pada tajuk asal, Cik TK saja la nak share lirik lagu ini dengan korang. Mana tahu ada yang mengimbau nostalgia ke nanti kan.... 



Sehati dan Sejiwa
Nyanyian: Haslinda


Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama

Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya

Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kerna mengecapi bahagia selagi hayat ada

Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama…

Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kerna mengecapi bahagia selagi hayat ada

Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama…

Sumber gambar: Screenshot dari lagu pembukaan drama Cinderella



10 ulasan:

  1. kalau 98 ammi dah sem 3 kat U... tak suka betul ammi dengar suara penyanyi ni dulu huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh kenapa tu... kalau dari segi lirik, ianya simple dan bermakna

      Padam
  2. ya Allah masa ni saya darjah 6, teringat dengar lagu ni sambil study untuk upsr hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo umur kita tak jauh beza kak syaz... hehe layaaannn

      Padam
  3. lagu lama sangat ni. Penyanyi pun menyepi terus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la kan kak, dah lama sangat dah lagu ni

      Padam
  4. Dulu akak memang tak lekang dari tengok drama nie.. maklumla masa tue muda remaja, hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohooo sampai sekarang pun boleh layan lagi tu kak shikin

      Padam
  5. Alaaa..dah lupa cmne video plak xleh play cik TK!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perasan pula tiba-tiba video tu kena removed di youtube

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!