Advertisement

SAJA-SAJA MENCUBA TEPUNG SERBAGUNA SAJIKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tepung serbaguna Sajiku

Untuk hari ini Cik TK nak kongsi sikit mengenai sesuatu yang Cik TK baru cuba. Kebiasaanya untuk masakan goreng tepung kita akan guna tepung serbaguna, terutama tepung bestari kan? Atau guna tepung lain yang kita campur-campur sendiri. Biasanya kalau tepung bestari dirumah habis, memang Cik TK main bantai-bantai je, pakai hentam guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung jagung. Kemudian tambah lada hitam dan serbuk cili garam. Kuantiti? Ikut instinct saja main campak-campak. Mama Cik TK pun dah faham perangai anak dia ni. Ikut suka hati kepala dia je.

Then satu hari mama Cik TK balik dari pasar bawa tepung serbaguna sajiku (sachet kecil) untuk dicuba. Actually, ianya produk keluaran Ajinomoto di Indonesia. Maka malam itu try sikit guna untuk tauhu goreng salut tepung. Cik TK buat simple je. Bancuh tepung tu dengan air (setakat mana yang diperlukan sahaja), tak cair sangat dan tak pekat sangat. Kemudian salutkan pada tauhu dan goreng. Hasilnya seperti di bawah. Sangat best rasanya, rangup dan sedap rasanya. Adik Cik TK yang jarang makan tauhu pun layan tauhu tetiba.

Hasilnya tauhu salut tepung ini.

Kemudian hari keesokannya cuba pula guna tempe. Kali ini cik TK letak serbuk cili sikit sebab saja nak rasa pedas-pedas sikit. Okay pedulikan bekas aiskrim tu eh. Bekas aiskrim ni selalu buat orang tertipu. Didalamnya sentiasa bukan aiskrim dan bekas aiskrim ni memang serbaguna. Nak perap ayam ikan pun semua dalam tu. Siapa setuju? 

Eh kenapa melencong pergi bekas aiskrim tadi? Okay balik ke tempe tadi. Hasilnya? Rangup dan sedap juga. Tapi lidah Cik TK ini lagi suka rasanya bila digunakan pada tauhu. Apapun, tak kira guna tauhu atau tempe, kedua-duanya hasilnya sedap apabila dimakan dengan nasi panas dan sambal. Haihhh nikmatnya rasa!

Ni masa main bancuh-bancuh ya! Saja tambah serbuk cili sikit

Ini pula tempe yang telah disalut-salut dan bakal digoreng

Tadaaa! Ini pula hasilnya setelah digoreng. Mungkin sebab efek cahaya nampak warnanya kurang best



Catat Ulasan

14 Ulasan

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!