Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Setelah berakhirnya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), pada hari bermulanya PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) 10 Jun 2020 hari itu Cik TK mula masuk kerja semula setelah tiga bulan menjalani WFH (Work From Home). Kepada yang baru masuk bekerja semula, macam mana? Mesti rasa rindu dekat meja, dekat loker dan lain-lain.
Cik TK masuk saja lepas punchcard terus menuju ke loker dan berjumpa buah hati. Rindu, dia terbiar dalam loker ni dah tiga bulan. Eh, sebenarnya Cik TK bukan nak bercerita pasal Takeru Sato. Mari kita pergi ke tujuan asal entri ini.
Inilah dia Takeru Sato, selalu menemani ditempat kerja. |
Hari tu lepas pakai mask untuk masa yang lama kan, Cik TK balik rumah dan terberitahu sakit telinga pakai mask lama-lama semasa berborak dengan keluarga.
Keesokan harinya, tiba-tiba mama Cik TK kata "Nah mama buatkan ni...". Terharu dan senang hati rasanya... Hari keesokannya terus Cik TK rasmikan. Terus pakai tiap kali keluar sekarang. Senang nak pakai mask, tak susah lagi nak pakai mask bila pakai tudung dan tak sakit telinga dah.
16 Ulasan
Tahniah.. bertuahnya
BalasPadamHehe terharu...
Padamterbaek..
BalasPadamfollow sini. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com
terima kasih sudi singgah dan follow
PadamBertuahnya badan tak payah beli lagi dah.
BalasPadamKat office Mrs. A ada yang jual extention ni satu RM2.50
Hehehe syukur Alhamdulillah
PadamAlhamdulillah. Sayang mama dia ye...
BalasPadamSaya rasa sesak nafas apabila pakai mask.
pakai lama memang sesak sikit jadinya..
Padamsetakat ni shida guna jarum peniti je sangkt kat tudung :)
BalasPadamHaaa ramai juga yang buat macam tu... Senang kan..
Padamdone follow blog Cik TK :)
BalasPadamTerima kasih awak.. sudi follow <3
PadamBelum ada masa lagi nak buat...nak beli pun asik lupa...ikat getah aje la
BalasPadamBoleh sajaaa.. macam-macam cara orang pakai sekarang ni.. yang sangkut kat peniti pun ada, cucuk kat kiri kanan tudung
Padamwhile i have yuya's photo at work too hahaha
BalasPadamYeay atie!!! Kita geng!!!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!