Sabtu, 7 November 2020

RESEPI: MAC AND CHEESE. APABILA TIBA-TIBA TERINGIN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam tadi tiba-tiba terasa seperti nak makan mac and cheese. Maksudnya makaroni dan keju sebenarnya. Sesungguhnya kebelakangan ini macam banyak makan keju pula. Tak apalah, sekali sekala. 

Jadi Cik TK terus kedapur untuk mencari-cari bahan-bahannya ada atau tidak.  Makaroni dan keju sebagai bahan paling utama ada. Tapi mentega habis pula. Hurm.. Eh marjerin ada. Okay buat sajalah! Jom semak resepinya di bawah! Oh ya, resepi ini untuk 6 - 7 orang ya! Kalau nak buat kurang, kena adjust la sikit-sikit.

Resepi mac and cheese
Sesekali masak mac and cheese. Sekali masak untuk makan ramai-ramai!


Mac and cheese


Bahan-bahan:

  • 400g makaroni
  • 3 sudu besar mentega (mentega Cik TK habis, jadi guna marjerin)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 cawan susu segar (Cik TK pakai bancuhan susu tepung Everyday)
  • Serbuk keju secukupnya atau 4-5 keping keju cheddar
  • Serbuk lada hitam dan garam secukupnya

Cara-caranya:

  • Rebus makaroni dalam periuk berisi air dan garam sehingga lembut. Kemudian tos dan ketepikan.
  • Dalam kuali, cairkan mentega / marjerin, kemudian masukkan tepung. Kacau rata secara laju untuk elakkan tepung hangus dan kemudian masukkan susu.
  • Kacau  sambil perasakan dengan lada hitam dan garam.
  • Masukkan serbuk keju secukupnya atau kepingan keju dan kacau rata hingga tidak berketul.
  • Akhir sekali masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan gaul sekata.
  • Sedia dihidang!

Selamat mencuba!!!


Resepi mac and cheese
Rupa mac and cheese ketika dimasak


38 ulasan:

  1. uish nampak sedap juga macaroni cheese ni :) ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe apa lagi, cepat pergi buat.. Hehehe

      Padam
  2. simple dan sedap. Rugi pulak tak grab cheese semalam. kalau tak boleh buat. ^^

    BalasPadam
  3. "Sesekali ku rasa teringin..." (hehehe)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe uncle siap nyanyi.. Meh Cik TK sambung... "merasai mac and cheese iniiiii.."

      Padam
  4. Wah! Mac Cheese enak berkrim! Tak cukup sepinggan saya makan ni!

    BalasPadam
  5. Sedap ni sama la menu yang kita teringinnnnn 😉

    BalasPadam
  6. anak2 suka sangat ni, kejap je licin :D

    BalasPadam
  7. uish sedap ni tengok pula mlm mlm aigoo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uii jangan makan-makan sebelum tidur tau..!

      Padam
  8. Terlihat sangat menggiurkan sekali, terbayang harum keju makaroninya seperti nyampe sini :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apalagi jika merasanya.. bahkan lebih enak sekali... dicobain dehh bikinnya Gustyanita...

      Padam
  9. Wah, kebayang lezatnya paduan makaroni dan lelehan keju ...
    So yummy 😋

    BalasPadam
  10. Uwhh senang je resepi ni. Biasa beli yg Ready to cook aje. Hehe. Boleh cuba lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo yang ready to cook tu... lagi senang kan...

      Padam
  11. Balasan
    1. Haha boleh untuk dinner pula shima.. hehe

      Padam
  12. huaaa!! even makan cheese muak tapi ni nmpk sedap gila ni! kena buat ni

    BalasPadam
  13. it looks delicious!
    and the ingredients are simply :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya mba pipit.. mudah aja bikinnya. rasanya pun enak sekali!

      Padam
  14. Uwaaaah, nampak sedap macaroni dengan keju

    BalasPadam
  15. kalo pi kenny rogers ..ank suka sgt la menu ni..pernh juga buat kt umh tp guna sos prego tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh lagi senang pakai sos prego tu... Hehe biaaa budak2 memang suka menu ni

      Padam
  16. Sedap! creamy dan cheese melimpah banyaknyaa

    BalasPadam
  17. suka juga Mac & Cheese tapi saya takleh makan dalam kuantiti banyak
    cepat rasa muak. jadi cukup portion sikit kasi lepas teringin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faham faham.. yang penting lepas rasa teringin tu

      Padam
  18. Allah sedapnya! kembg kempis perut ni tgk mac n cheese cik TK ^_'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada kesempatan boleh la kak shida layan ni.. 😁

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!