Advertisement

DAY 15: BUCKET LIST TRAVEL ANDA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cabaran blog 15 hari

Apa khabar semua? Beberapa hari Cik TK tak muncul. Agak busy sikit dengan tugasan hakiki dan sebagainya. Haihh~ tergendala jadinya entri cabaran blog kita yang sepatutnya dibuat setiap hari. Tanpa membuang banyak masa, kita teruskan dengan cabaran hari yang terakhir iaitu hari yang ke-15 iaitu bucket list travel. Bagi mereka yang kurang tahu, bucket list ialah sesuatu atau pengalaman apa yang hendak dicapai.

Lokasi yang ada dalam bucket list travel Cik TK, sudah tentu negara Jepun. Teringin nak ke sana. Tapi entah bila akan ke sana. Lagi dengan keadaan pandemik seperti sekarang ini. Kenapa nak ke Jepun? Kalau ada yang perasan kan, Cik TK ni memang suka layan anime, J-pop, suka dengan culture/budaya Jepun dan sebagainya. Maka oleh sebab itu lah Cik TK teringin nak ke sana dan merasai sendiri pengalaman melihat budaya dan tempat-tempat tradisional dan menarik yang ada di sana. 

Lagi dalam bucket list Cik TK, Cik TK nak jalan-jalan ke semua negeri dalam Malaysia. Terutama Sabah dan Sarawak yang Cik TK tak pernah jejak lagi. Dalam negara kita sendiri pun ada banyak keunikan dan keindahan yang kita semua boleh explore. Makanan yang pelbagai, pemandangan yang cantik, budaya yang menarik dan lokasi-lokasi yang bersejarah yang unik banyak untuk diteroka.

 Baiklah, Cik TK rasa sampai sini saja dulu. Jumpa lagi dalam entri cabaran akan datang! Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer link yang disertakan di bawah ya!

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Jepun pun salah satu bucket list travel saya! Tapi musim sekarang, memang susah dah nak pergi melancong unless covid ni betul betul terhapus :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Plan yang ini kena postpone lama sikit sampai keadaan ok baru leh g

      Padam
  2. Belum ada rasa hendak melancong luar negara. Apapun menggunakan jalan raya untuk melawat setiap negeri di USA.
    Harap tercapai hasrat TK untuk melancong nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks kak NA!!

      Wah guna jalanraya untuk setiap negeri di usa, mesti best kan! Bakal jadi pengalaman yang menarik. Moga ianya tercapai

      Padam
  3. Jepun mmg best..can't get enough...
    my bucket list negara Turki..sambung impian tek tercapai dek Covid..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Disebabkan covid ni memang plan satu dunia jadi lari. Apapun, moga keadaan ini cepat reda dan boleh la kita melancong kembali ke luar negara

      Padam
  4. For now, atie nak pergi Thailand , haha teringin sgt nak ke sana ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah bestnya.. moga tercapai ya atie. Orang kata hatyai dan bangkok best!

      Padam
  5. bucket list kita banyak ni hahah...
    salah satu nya Turkey la...
    n Aussie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga ianya tercapai satu hari nanti. Tapi sebelum tu, moga dunia ini bebas dari pandemik...

      Padam
  6. Naniey nak jalan dlm malaysia semua dulu terutama pulau2 dan tempat bersejarah..

    Kalau oversea nk pergi rome or china. Nak pergi china sebab nak tengok sendiri tempat jualan kristal2 n natural stone

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam malaysia pun banyak tempat yang menarik boleh kita teroka.

      Oh minat kristal dan natural stone ya...

      Padam
  7. su pun teringin nak ke jepun! semua sebab masa kecik-kecik suka tengok dt. conan

    BalasPadam
  8. Mama setuju. Byk keunikan di negara Kita sendiri. Mama xpenah sampai lagi sabah

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah satu hari nanti akan sampai tu mamapp...

      Cik TK pun tak pernah lagi sampai sabah dan sarawak.

      Padam
  9. Samalah kita, Cik TK. Akak pun pilih Jepun sebab fascinate dengan cara hidup dan budaya mereka. Then, banyak betul tempat menarik untuk kita pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn tapi entah bila boleh pergi. Moga keadaan pandemik ini cepat reda.

      Padam
  10. Japan memang best! Kalau pergi sekali mesti nak pergi lagi..hehe..semoga list wish awak tercapai :)

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!