Apa khabar semua? Hari ini Cik TK nak sambung cabaran hari yang ke-11. Hehe sikit lagi nak habis. Dalam entri sebelum ini Cik TK ada tulis mengenai genre siri tv/movie kegemaran. Kali ini Cik TK nak tukis mengenai genre buku pula.
Dulu, okay Cik TK sejarahnya dari zaman dulu-dulu la ye. Cik TK suka layan pelbagai genre manga (komik Jepun), terutama Meitantei Conan. Sejak zaman sekolah, kerjanya pinjam orang punya atau beli sendiri. Lagi, yang selalu Cik TK baca dulu, majalah Kreko (mengandungi manga dan infotainment Jepun), majalah Gempak (mengandungi komik dan pelbagai info) juga majalah PC. Haha tiba-tiba sesat majalah PC. Dalam ini mengandungi info-info gadget dan teknologi.
Pasal manga tadi, bila dah besar sikit dah pandai guna internet, maka bermulalah adegan membaca manga secara online pula. Masa zaman study la ni. Pada masa ini juga, entah macam mana Cik TK mula terjebak dengan novel. Tapi bukan novel cinta. Serius, Cik TK tak pernah dapat nak habiskan kalau novel cinta. Pernah dapat novel cinta, tak habis baca. Pinjam adik punya, pun tak boleh nak habis. Entah kenapa jadi mengantuk. Jadi novel apa yang Cik TK baca? Genre thriller. Genre seram. Kalau genre ini, excited Cik TK baca. Boleh habis baca satu buku itu.
Cik TK ingat lagi. Cik TK mulakan dengan karya Ramlee Awang Murshid (RAM). Ungu Karmila. Lepas tu, Cik TK layan karya RAM yang baru terbit masa tu, Fiksyen 302. Sejak itu ada lagi karya-karya RAM yang Cik TK layan. Rayyan Fantasi, Mikhail, Magis dan sebagainya. Selain karya RAM, Cik TK juga mula berjinak-jinak dengan karya terbitan Buku Fixi. Yang pertama sekali, Ngeri. Karya Gina Yap Lai Yoong. Lepas tu, terus terjebak tambah koleksi pelbagai tajuk dari Buku Fixi. Yang Cik TK perasan, kebanyakannya karya dari Syafiq Aizat. Ajaib, Awan, Kampus, Entiti dan Anomali.
Selain itu, genre lain yang Cik TK baca adalah motivasi. Eh? Jap, ini kira genre ke? Entahlah, tak apa mari kita teruskan. Kadang Cik TK suka juga layan buku-buku motivasi, self-enrichment gitu. Mengenal personaliti, kawal emosi dan sebagainya. Selain itu, buku mengenai info-info tertentu juga ada Cik TK layan. Kalau perhati buku-buku yang Cik TK ada ini, tiba-tiba jumpa cara main gitar, teknik fotografi malah info sains. Kira macam tajuk-tajuk random yang Cik TK rasa nak baca.
Cik TK rasa sampai sini saja dulu. Jumpa lagi dalam entri cabaran akan datang! Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer link yang disertakan di bawah ya!
20 Ulasan
Saya pun ada koleksi Detektif Conan. Tapi entahla tak feel baca online. Saya pun suka buku RAM. Novel cinta dulu suka la, tapi dah makin besar makin sedar yang semua itu dusta belaka. Haha. So dah malas nak baca
BalasPadamHaha cerita cinta ini realitinya langsung tak sama macam dalam novel atau drama kan
Padamteringat first baca buku novel dulu, Adam & Hawa.. kemudian Rindu Yang Pergi. time tu gigih laaa asal dapat duit raya, borong novel. sekarang nak let go daa semua novel2 huhu
BalasPadamOh sayangnya . Kenapa nak let go?
Padamdah hari ke 11 ni, tak lama lagi dah nak habis ni ! ehehehe cayookkk cayookkk cik TK :)
BalasPadamSikit lagiiii...
Padamwahhh ! suka seram ek cik TK? saya ni suka juga tapi penakot! hahaha
BalasPadamHaha sama!! Geng!! Sep sikit!
Padamsaya pun suka baca komik manga Conan dulu ^^ sekarang pun masih suka sampai tengok balik kartun Conan tu yang dah beratus episode hihihi :D
BalasPadamSebab Conan ni best!!! Gaya penyiasatannya, teknik jenayah dalam siri ini yang kadang macam out of the box, sangat menarik!
PadamSama la kita. Kalau genre thriller sekejap je. sanggup tak tidur nak cuba habiskan..
BalasPadamBetul! Nak terus sambung dan sambung dan sambung lagi kan sebab jalan ceritanya best!
PadamJarang baca novel thriller.
BalasPadamZaman dulu banyak baca novel remaja dan novel sejarah.
Sekarang susah nak khatam sebuah novel heheheee.
Hehe Cik TK pun kalau baca, masih habis.. tapi amik masa sikit. Tak macam dulu juga
PadamCuya dulu mula dengan novel,lepstu komik...sekarang menggila komik je...hahaha
BalasPadamsebab dah besar ni dh tk suka nak baca buku panjang2..tpi CUya nak baca gak la nnti..hehhe
Hehe sebab komik ni lagi senang nak baca kan cuya.
PadamAkak pun suka baca karya-karya RAM. Suka laras bahasa yang digunakan, jalan dan olahan cerita 😊
BalasPadamKannnnn
PadamSama lah mama pun suka buku RAM juga mmg best baca buku dia
BalasPadamKannnnnnn!!!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!