Selasa, 27 Oktober 2020

RESEPI: SPAGETTI GORENG SARDIN. SIMPLE SAJA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari-hari makan nasi bosan juga kan! Sekali sekala kita tukar-tukar selera, nak makan sesuatu yang lain. Kadangkala sesuatu yang lain itu ialah mi atau pasta, pizza, fast food dan sebagainya.

Kebiasaannya Cik TK suka cari idea dan ilham untuk memasak dalam instagram. Cik TK rasa instagrammer seperti AdikFoods dan Khairulaming sudah pasti tidak asing lagi dikalangan kalian yang suka tengok masakan-masakan ini kan? Untuk kali ini Cik TK dapat idea dari mereka berdua juga tapi Cik TK kurangkan kepedasannya. Menu ini memang sedap, enak dan lazat lagi-lagi untuk pencinta sardin seperti Cik TK! Jom kita sama-sama semak resepinya seperti di bawah ini!

Spagetti Goreng Sardin

Spagetti Goreng Sardin 


Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang merah - kisar
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • Sedikit ikan bilis - kisar
  • 3 batang cili merah - kisar
  • Cili padi (optional ikut selera kepedasan kalian) - kisar
  • Setengah biji bawang holland - potong dadu
  • Setengah kiub perisa ayam
  • Sayur pilihan kalian - Cik TK guna pakchoy dan shiitake. Ini saja yang ada dirumah waktu itu. Jadi gunakan apa saja yang ada.
  • Garam secukupnya
  • Spagetti - Cik TK guna angel hair 500gm
  • 1 tin besar sardin - asingkan ikan dan sosnya
bahan-bahan
Antara bahan-bahan yang diperlukan


bahan-bahan
Lagi bahan-bahan yang diperlukan

Cara-caranya:

  • Dalam sebuah periuk atau kuali yang bersesuaian saiznya, didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian rebus spagetti. Setelah spagetti lembut, angkat, tos dan ketepikan. Simpan 2 cawan air rebusan spagetti berkenaan untuk digunakan kemudian.


  • Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ikan sardin. Goreng sambil hancurkan ia hingga garing.
  • Kemudian masukkan bawang holland. Setelah layu masukkan pula bahan kisar dan sos sardin tadi. Juga kiub ayam tadi. Jika ia agak kering masukkan air rebusan spagetti tadi.
  • Masukkan pula sayur. Kacau hingga sayur masak. Perasakan dengan garam jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan spagetti yang telah direbus tadi. Gaul rata. Jika agak kering tambahkan sedikit air rebusan spagetti tadi. Jangan lupa sesuaikan rasanya. 
  • Sedia untuk dihidang!! Boleh juga letak daun sup sebagai hiasan.

Selamat mencuba!!!

memasak spagetti goreng sardin
Inilah rupanya sebelum dimasukkan spagetti ke dalamnya


20 ulasan:

  1. 1 st time tengok menu ni TK :) sedap ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap! Kami sekeluarga suka rasanya! Boleh juga adjust resepi ikut cara sendiri.

      Padam
  2. nampak sedap ni Cik TK, boleh try nanti! thank you sharing resepi

    BalasPadam
  3. Wahhh.. tak pernah terfikir pula spaghetti sardine. Boleh try la lepas ni...

    BalasPadam
  4. Nampak sedap ni...nanti boleh la buat...

    BalasPadam
  5. akak pun biasa jugak buat dengan sardin, makan panas-panas layan

    BalasPadam
  6. my sis selalu masak style yg ada kuah mkn dgn spaghetti...boleh cuba yg ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. style yang ada kuah mkn tu macam bolognese dan carbonara ke?

      Padam
  7. Confirm yummilicious.Lama tak buat pasta sardin.
    Hari ni pun makan pasta campur dengan Black ink Sotong sikit. Anak ingatkan kicap hehehe... Sebab pelik warna pasta kehitaman dari biasa katanya sedap. Maknya senyum ja mana ada kicap tu dakwat Sotong dengan tomato puree... Hahaha...nasib tanya lepas selamat dalam perut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh pertama kali cik tk dengar pasta masak dengan dakwat sotong! Sedap tak?

      Haha nasib tanya lepas makan...! =D

      Padam
  8. Sedapnya sardin. Saya biasa goreng mee hoon dengan sardin. Goreng spaghetti dengan sardin belum lagi. Nanti boleh cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh dengan mihun!! sedapnya!! Nanti cik tk cuba!!

      Padam
  9. Sangat rare ni spagetti goreng sardin. Macamanalah rasanya ni kan. kena cuba ni baru tahu sedap dia macam mana :)

    BalasPadam

Dipersilakan kepada semua untuk tinggalkan komen dan pendapat kalian di sini. Nak tinggalkan jejak di sini pun boleh! Nanti Cik TK blogwalking ke sana ya!

TAG / KATEGORI / LABEL

aneka mi dan pasta (11) Anime (10) asmr (1) ayam (5) bahasa Jepun (2) belajar (12) blogger (12) canva (1) cendawan (5) cinta (20) cover (4) eksperimentasi makanan (48) facebook (1) fakta menarik (49) flora/fauna (26) fotografi (7) GA (19) gitar (2) grafik (2) hadiah (3) hobi (17) ibubapa (2) ikan (4) ilmiah (12) info IT/tutorial (28) insomnia (3) instagram (1) Islamik (5) jalan-jalan (14) Jepun/Korea (47) jimat (1) kalimba (2) kesihatan (2) kraf (7) kreatif (13) Kucing (8) kudapan (14) kuih muih (3) lauk pauk (15) Lirik (18) Luahan (3) makan-makan (53) media sosial (2) melancong (5) membaca (5) mengait (4) merapu (31) mercu tanda / landmark (3) Minuman (2) muzik (21) perayaan (5) peringatan (2) personal (154) phobia (2) resepi (31) santapan rohani (3) sayur (1) Segmen (43) Shopee (2) shopping (4) snapseed (1) sotong (1) Takeru Sato (3) telur (5) template (5) throwback (4) tidur (3) tips dan panduan (2) travel (6) udang (2) ukulele (3) vokal (13) watermark (1) wayang (1) western (3) wishlist (3) youtube (18)