Jumaat, 11 Jun 2021

RESEPI: BENDI GORENG SALUT TEPUNG, SANGAT SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bendi. Korang suka makan bendi tak? Jenis masakan apa yang biasa korang buat dengan bendi ni? Cik TK jarang makan bendi, tapi bukanlah bermaksud Cik TK tak makan. Kalau ada lauk bendi atas meja makan tu Cik TK layan je. Tapi dalam banyak-banyak jenis lauk bendi, yang paling Cik TK selalu layan ialah bendi goreng salut tepung. Kalau korang perasan, ada beberapa kali Cik TK share lauk-lauk goreng tepung ni. Sebab itu antara style lauk favourite Cik TK. Korang boleh refer entri-entri lalu Cik TK di sini kalau korang berminat:


Inilah bendi goreng tepung tu. Cik TK buat jadi lauk, nak makan macam tu saja pun boleh.

Bendi goreng tepung ni antara menu yang paling mudah untuk dibuat. Dan tak semestinya juga untuk dijadikan lauk. Dibuat kudap goreng-goreng pun sedap! Bahan-bahannya simple dan cara membuatnya pun mudah. 

Bahan-bahan:

1. Bendi - potong memanjang, Cik TK potong 3 atau 4 bergantung saiznya. Kuantiti pula ikut suka nak banyak mana
2. Tepung serbaguna secukupnya
3. Air secukupnya
4. Minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya:

1. Bancuhkan tepung serbaguna dengan air. Bancuhannya tidaklah terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
2. Bendi yang telah dibersihkan dan dipotong, disalut dengan bancuhan tepung tadi.
3. Panaskan minyak dan goreng bendi bersalut bancuhan tepung tadi.
4. Setelah menjadi kuning keemasan, angkat dan toskan. Sedia dihidang.

Macam ini rupanya sebelum digoreng

24 ulasan:

  1. Tak pernah makan bendi hehehe. Bendi rasa apa Cik TK? Takut pahit >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe tak pahit. Kadang ada lendir sikit. Sedap gak rasanya.

      Padam
  2. Ni memang sedap nih, cheq cukup suka! 😎👍🏻

    BalasPadam
  3. Bendi kalau dimakan begitu saja pun sedap, apatah lagi dibuat goreng tepung, Mungkin bertambah sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh sedap eh makan macam tu saja? Tak pernah lagi Cik TK makan macam tu je. Boleh try nanti ni

      Padam
  4. Balasan
    1. Cik TK celup tepung je awak.. alhamdulillah sedap!

      Padam
  5. Kalau di masak, atau celur makan dengan sambal asam kak PC kerap buat. Tapi bendi celup tepung belum lagi. Boleh dicuba ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh try nanti ni... Cik TK pula yang tak pernah lagi cuba yang celur makan dengan sambal asam...

      Padam
  6. Nampak sedap tak pernah makan lg benda goreng

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la try nanti ni!

      Padam
    2. In shaa allah. Kena cari bendi yg muda baru best hehe

      Padam
  7. nampak macam ikan goreng pu ada!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe rupa ikan goreng tapi isi hijau.. hehe

      Padam
  8. Menarik! Nanti akak nak cuba jugalah. Sedap ni laga dengan sambal kicap cili api mamam dengan nasi.

    BalasPadam
  9. Selalu makan dalam asam pedas je, goreng belum cuba lagi

    BalasPadam
  10. Wahh.confirm sedappp ni 😋

    BalasPadam
  11. First time mama nampak... crunchy ye. Bagus Gak no boleh cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Crunchy luarnya ni mama. Boleh la cuba nanti...

      Padam
  12. menariknya bendi celup tepung grg..boleh cuba ni :)

    BalasPadam

Dipersilakan kepada semua untuk tinggalkan komen dan pendapat korang di sini. Nak tinggalkan jejak di sini pun boleh! Nanti Cik TK blogwalking ke sana ya!