Advertisement

MENCUBA KOREAN PANCAKE MIX

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Petang tadi Cik TK kebosanan. Kerja WFH dah settle. Dhia (anak buah Cik TK) pun tengah tidur. Tak tahu nak buat apa lagi. Nak layan drama dan movie macam tak ada mood pula. Lepas tu tiba-tiba terasa nak makan pula. Haha bila bosan je nak makan, nak mengunyah. Ternak lemak je kerjanya. Macam mana pula dengan korang?

Pergi dapur, nampak Noraini's Korean Pancake Mix ni. Hari tu beli masa pergi EcoShop. Oh ya, beberapa hari lepas Cik TK buat entri haul pula tiba-tiba. Pertama kali buat entri pasal shopping haul. 😅 Kalau nak baca boleh la ke entri EcoShop Haul ini. Okay sambung cerita tadi. Pergi dapur, jumpa korean pancake mix ni, baca instruction dan terus buat. Secara jujurnya, Cik TK tak tahu pun macam mana sebenarnya rasa korean pancake ni. Tapi tak apa, kita cuba saja.


Well, ini rupa packaging dia. Lupa nak snap picture instruction dia di belakang. Biasa la tu kan, kalau dah dekat dapur tu tak adanya nak pegang fon ni sangat lupa sebenarnya. Untuk isi dia terpulang masing-masing nak letak apa juga tapi Cik TK guna apa je yang Cik TK jumpa. Jadi ada Cik TK letak sikit kubis, sosej, bawang holland, cili merah dan telur. Lepas itu tambah air, bancuh dan masak.

Ni bahan-bahan yang dah bersedia nak digaul sebati dalam bancuhan tepungnya
Berkawan baiklah semua bahan di dalam ini ya
Setelah dimasak. Lupa nak snap pic semasa masaknya. Hmm.. tak tahulah betul ke tak Cik TK buat ni. Tapi tak apa. Yang penting sedap dan perut kenyang.
Tadaaa! Jadi macam ini Cik TK layan, guna mayonnaise sekali.

Actually kalau tanya pendapat Cik TK, kira okay jugalah rasanya. Tapi Cik TK rasa next time kalau buat Cik TK kena tukar atau banyakkan dan pelbagaikan lagi inti atau isi-isi dia tu supaya lagi kaya rasa dia. Sikit sangat rasanya Cik TK letak. Ada sesiapa antara korang yang dah try ke? Boleh share pengalaman korang pula dalam komen di bawah.


Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Saya suka lempeng Malaysia.. hihi, lempeng kelapa, lempeng bawang.

    BalasPadam
  2. Saya pernah buat. Tapi tak jadi. 😂😂😂

    BalasPadam
  3. tak pernah try...nmpk menjadi pankek korean..

    BalasPadam
  4. sedap dimakan pd waktu ptg sambil tgok tv... org korea ni makin maju dlm mengeksport makanan n budaya mrka ke serata dunia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul abam kie... Sesuai layan petang2 bersama teh hangat!

      Padam
  5. Tak pernah pulak akak merasanya dik... kalau tambah kucai pun muati sdp kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah la kucai!! Mesti sedap letak kucai kan kak dana... Macam buat cucur.

      Padam
  6. Ohhh pancake ni lah yang kakak saya nak buat sangat tapi tak buat buat hehehe. Nampak sedapppp!

    BalasPadam
  7. Tak tahu pulak brand norainis ada mcm ni. Nampak sedapppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK pun baru tahu juga. Ada pre-mix untuk menu lain juga. Boleh try explore nanti...

      Padam
  8. Macam-macam produk Noraini's ni kan... nanti kalau gi Eco boleh cari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nanti Cik TK nak cuba pre-mix kek Noraini's pula.

      Padam
  9. Xpernah nampak n xpernah beli. Kalau terjumpa boleh beli nii..heheh

    BalasPadam
  10. Mama X penah try lagi . Sedap kalau byk bahan ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK rasa macam tu la mama. Lebih banyak isi masukkan mesti lagi best rasa dia

      Padam
  11. Tak pernah cuba mana2 pancake,nampak menarik cik TK buat ni :)

    BalasPadam
  12. Macam teringin Kak Amie nak cuba! Nampak sedap sangat ni.

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!