Isnin, 14 Jun 2021

PERTAMA KALI LETAK TUNA DALAM MASAKAN MAKARONI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Sudah sarapan ke tu? Jangan lupa untuk sarapan tau! Sarapan itu berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada kita untuk memulakan hari, tidak kiralah pelajar atau yang telah bekerja, walaupun secara online dirumah. Malam tadi Cik TK pertama kali guna tuna sebagai salah satu bahan untuk masak makaroni. Cik TK guna tuna dalam minyak bunga matahari, yang dalam tin tu. 


Cik TK masak 'Macaroni Salted Egg', mengunakan resepi yang sama saja seperti yang Cik TK pernah kongsi sebelum ini, boleh rujuk semula di ENTRI INI. Cuma isinya Cik TK guna tuna, bebola ketam dan cendawan shiitake (Cik TK dan cendawan shiitake sukar untuk dipisahkan). Hasilnya jadilah seperti di bawah. 

Makaroni ini direbus bersama air dan garam. Pastikan periuk cukup besar dan kuantiti air cukup banyak untuk menampung tumbesaran makaroni berkenaan.
Makan masa juga rebus makaroni tu. Jadi sambil-sambil itu, tumis bawang holland bersama cili dan juga tuna. Nanti bila makaroni tu dah masak, angkat dan tos ya! Asingkan dulu.
Kali ini simple saja. Selain tuna, Cik TK masukkan sekali shiitake dan juga bebola ketam.
Untuk kali ini, Cik TK gunakan bancuhan susu tepung bersama serbuk salted egg untuk memberikan lebih rasa lemak. Biarkan masak lama sikit sehingga kuahnya menjadi pekat sedikit.
Gaulkan makaroni tadi bersama kuah salted egg secukupnya dan tadaaaa! Jom makan!
Boleh nampak tuna hancur-hancur di situ. Rasanya? Hehe kira ok la. Sedap juga di tekak kami letak tuna dalam makaroni kami kali ini. Next time boleh buat lagi!


20 ulasan:

  1. Meriahnya makaroni tuna salted egg tu. Nampak rich dan menggoda selera :)

    BalasPadam
  2. nampak sedap Cik TK. Boleh gabung ye salted egg dengan tuna. Rajin eksperimen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saja try.. kira ok juga lah rasanya pada tekak Cik TK ni. Tak tau lah kena ke tak pada tekak orang lain.

      Padam
  3. Saya tak pandai makan makaroni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba bila ada kesempatan nanti. Cuba jadikan makaroni goreng seperti masak mee goreng. Sedap tau!

      Padam
  4. Nampak menarikkk dannn sedapp! Next time boleh try ;)

    BalasPadam
  5. Sedap nampak. Letak tuna rasa akan lebih sedap ikut selera malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah kena juga la dengan tekak ni

      Padam
  6. Sesekli tukar bahan kan...kat rumah SA x jalan benda ni..SA sorang je yang suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke? Even dengan roti pun tak jalan ye?

      Padam
  7. Pehhu.mesti sedappp kan cik TK ☺️☺️

    BalasPadam
  8. Dapat bayangkan Rasa dia. Sedap ni

    BalasPadam

Dipersilakan kepada semua untuk tinggalkan komen dan pendapat korang di sini. Nak tinggalkan jejak di sini pun boleh! Nanti Cik TK blogwalking ke sana ya!