Selasa, 24 November 2020

RESEPI: TAUHU GORENG TEPUNG

Asslaamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk seminggu lebih ini Cik TK WIO (work in office). Akhirnya ke tempat kerja setelah sebulan lebih tidak ke sana! Haha teruja pula! Mana tak nya, excited lama tak naik tren, lama tak jumpa kawan-kawan! Rindu, rindu! Haha tak ada kaitan dengan tajuk entri kali ini!

tauhu goreng tepung

Baiklah, cukup mukadimah! Malam tadi tak ada idea nak tambah masak lauk apa. Mama dah buat gulai ayam dan minta Cik TK tambah masak lauk lain. Lepas tu buka peti sejuk nampak banyak tauhu. Tauhu goreng tepung je lah paling senang! Selalu juga Cik TK buat tauhu goreng tepung ni. Untuk tempe pun selalu juga buat goreng tepung. Sedap jadi lauk atau makan macam itu saja!

tauhu goreng tepung
Ini tauhu goreng tepung yang Cik TK biasa buat. Untuk tempe pun Cik TK buat macam ini.

Bahan-bahannya mudah saja. Yang penting ada tauhu dan tepung bestari. Minyak pun jangan lupa, kita nak guna untuk menggoreng. Baik, biasanya Cik TK potong hiris tauhu macam gambar di atas ni saja. Paling simple. Tapi kemudian saja nak buat bentuk lain potong dadu gitu, maka jadilah seperti gambar di bawah ini. Bentuk ala-ala popcorn! Terus teringat resepi popcorn tauhu kak farah yang Cik TK baca beberapa minggu lalu!

Mula-mula potong je tauhu tu ikut bentuk yang dikehendaki, kemudian Cik TK rendam sekejap dengan air garam lepas tu toskan dan terus golekkan dekat tepung bestari. Cik TK pun tak pasti kenapa Cik TK rendam dengan air garam dulu. Habit dari dulu. Untuk tempe pun macam itu juga. Selepas itu goreng terus! Selepas jadi kuning keemasan macam tu boleh la angkat dan tos! Hidang dengan nasi boleh, makan macam itu pun boleh! Selamat mencuba!

Tauhu yang digolek-golek dengan tepung bestari

Maka jadilah bite-sized macam ini!


28 ulasan:

  1. sedap... akak pun biasa buat tahu gini, kalau tempe akak suka salut dengan air garam dan bawang putih tumbuk pastu goreng gitu je gaya orang kampung heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh dengan bawang putih tumbuk ye kak...? Boleh try nanti!

      Padam
  2. Idea menarik mungkin boleh menarik anak-anak ni makan tauhu jika di goreng dengan tepung buat popcorn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn.. Cik TK pun kadang kelentong adik2, campur tauhu dengan isi ayam potong dadu goreng tepung macam ni. Lepas tu nanti ada la tu yang terkena makan tauhu.. hahhaha

      Padam
  3. Balasan
    1. Best juga rasanya! Lagi bila makan dengan nasi dan sambal

      Padam
  4. atie tak gemar makan tauhu ni, tapi tgk gambar CIK TK, teringin pulak nak rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau potong kecil2 atau nipis2 kan atie, tauhu tu tak terasa sangat. Kira sesuai untuk orang yang tak makan tauhu

      Padam
  5. cicah sos keju, sedap nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernah cuba lagi.. tapi boleh bayangkan.. nice juga!

      Padam
  6. Sedapnya.. Asyik lupa nak beli tauhu je.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe bila2 beli barang dapur jangan lupa tauhu dalam list!

      Padam
  7. selalunya buat dengan tempe je.Tak pernah buat dengan tauhu..Nanti nak try la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh boleh silakan... Yang tempe tu serius sedap!

      Padam
  8. Tauhu mungkin saya kureng sikit tapi kalau tempe goreng macam ni memang ratah jela

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah! Cik TK pun.. tempe tu boleh ratah sajaa!

      Padam
  9. sedap.. garing2 makan dengan nasik. suka tahu goreng lagi2 kalo tngh makan coq udang hehe..

    BalasPadam
  10. Jadi kebiasaan rendam air garam.
    Rasanya Jena dari tepung goreng Bestari. Ramai guna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la. Sebab biasa tempe rendam dengan air garam sekejap kan, dengan tauhu pun Cik TK joinkan je sekali

      Padam
  11. mcm bestlah pulak.. cicah ngan sos bawang putih lagi mantul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uiii sos bawang putih! Tak pernah cuba lagi, menarik bunyinya!

      Padam
  12. tak pernah lagi buat gini..menarik utk dicuba! tq cik TK :)

    BalasPadam
  13. Yumm yumm sedapnya pulak tu cicah dgn sambal kicap pehhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah boleh try juga ni pakai sambal kicap!

      Padam
  14. Sedapnya tauhu goreng tepung. Boleh cuba ni nanti. Tq share resepi :)

    BalasPadam

Dipersilakan kepada semua untuk tinggalkan komen dan pendapat kalian di sini. Nak tinggalkan jejak di sini pun boleh! Nanti Cik TK blogwalking ke sana ya!