Isnin, 15 Jun 2020

RESEPI: CENDAWAN ENOKI GORENG TEPUNG YANG MUDAH UNTUK DISEDIAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Hari ini Cik TK nak kongsikan resepi enoki goreng tepung. Cendawan enoki yang rangup ini sememangnya enak apabila disajikan sebagai hidangan goreng tepung, sama ada dimakan begitu sahaja atau bersama sos. Malah Cik TK juga juga jadikannya sebagai salah satu hidangan lauk untuk makan bersama nasi. Sungguh enak.

enoki goreng tepung sedap


Cara-cara untuk membuatnya mudah sahaja.


Bahan-bahan:
  • 1 paket cendawan enoki
  • 2 butir telur - dikacau
  • Tepung serbaguna secukupnya (Cik TK guna tepung bestari, biasa atau pedas terpulang pada kalian)

Cara-cara:
  • Potong bahagian bawah cendawan enoki
  • Basuh cendawan enoki dan toskan airnya
  • Leraikan dan celup dalam telur yang telah dikacau
  • Salutkan dengan tepung serbaguna
  • Goreng dalam minyak yang panas sehingga perang keemasan
  • Sedia dihidang!! Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama sos. 


Selamat mencuba!!!


8 ulasan:

  1. Kudapan yang sedap!

    Saya pun suka guna tepung bestari, mudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul betul.. tepung bestari tu sesuai untuk masak apa saja... senang nak guna

      Padam
  2. memang sedap cendawan enoki goreng gini... laju je abis hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan memang sedap. laju je habis semua makan

      Padam
  3. Nanti PH must try! Selalunya masak dalam soup or sayur goreng aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila sila... selamat mencuba..! sedap ni

      Padam
  4. hahhhhh kita ada cendawan ni kat umah, boleh la try buat goreng tepung!

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!