Advertisement

RESEPI: SWEET PALERMO GORENG TEPUNG SEBAGAI KUDAPAN/LAUK YANG ENAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini Cik TK mencuba sweet palermo dalam spagetti carbonara dan Cik TK ada juga guna dalam sayur campur. Manis rasanya, sedap! Kali ini, Cik TK buat goreng tepung pula.

Cik TK cuba hidangan ini, boleh dimakan begitu saja. Atau dimakan bersama nasi sebagai lauk. Ianya rangup dan sedap dimakan. Tetapi, kalau boleh jangan dibiar lama selepas goreng kerana ianya akan menjadi layu atau lembik.


Untuk membuatnya mudah sahaja.

Bahan-bahan:
  • Sweet palermo - dihiris (nak tukar jadi lada benggala pun boleh, tetapi Cik TK lagi suka rasa sweet palermo ni)
  • Tepung serbaguna - Kalau bab tepung serbaguna ni, Cik TK biasanya guna Bestari atau PakLong. Untuk kali ini, Cik TK guna tepung PakLong.
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
  • Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair
  • Masukkan sweet palermo yang telah dihiris tadi kedalam bancuhan tepung
  • Panaskan minyak dan goreng sweet palermo yang disalut bancuhan tepung tadi sehingga keperangan
  • Angkat dan toskan
  • Sedia dihidang!

Selamat mencuba!!!


Waktu hiris tu, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat ya!

Ini adalah tepung yang Cik TK guna kali ini
Sweet palermo yang dimasukkan ke dalam bancuhan tepung





Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. wahhh dah macam fries la pulak kejadiannya ya... menarik

    BalasPadam
  2. Palermo. Pada awalnya saya tidak faham itu apa, selepas googling. Masih tak faham lagi, hahaa.
    Apakah itu kudapan asal Italy, Cik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Palermo itu nama bahannya mas. Sweet Palermo. Kayak lada, tapi bukan. Gede saiznya. Sejenis pepper, tapi manis. Gak pedas. Rupanya kayak yang di sini mas Sweet Palermo Nak Masak Apa

      Padam
  3. Balasan
    1. boleh jadi ni uncle! Cuma bukan kentang.. hehehe~

      Padam
  4. wahhh sama saja ya seperti kami di Indonesia. Segala rupa bisa dijadikan gorengan. Gorengan itu snack yang digoreng dengan tepung berbumbu. Dari mulai tahu, pisang, tempe, sampai bayam dan kangkung pun kami goreng tepung di sini hihihi. Yang repot kalau sedang berdiet, pantangannya tepung dan minyak, waduh sedih lah hati ini :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya mba, semua yang digoreng sama tepung berbumbu itu enak banget... gorengan enoki, tempe dan tahu itu juga favoritnya gw tuh...

      Kalau lagi diet maka bye-bye la dietnya mba!

      Padam
  5. Kalau aku tebak dari gambarnya dan hasil meng-google, sweet palermo ini kalau di Indonesia kami menyebutnya paprika. Betul apa tidak ya? Hehehe

    Sama CIk, kami juga suka menggoreng paprika dengan tepung berbumbu. Rahasia enaknya harus langsung dimakan biar tetap crunchy :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya itu sejenis paprika sari. iya gw setuju tuh.. harus dimakan langsung, kalau gak crunchy-nya ilang!

      Padam
  6. Kreatif betul! Tak sangka sweet plermo boleh jadi rupa french fries!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini 'french fries' yang boleh makan macam tu saja, atau boleh makan dengan lauk. unik kan Amie?

      Padam
  7. nampak rangup dan menyelerakan , AJ follow sini ya #457 happy blogging Cik TK

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap AJ! Thanks sudi singgah dan follow!! =)

      Padam
  8. menarik cikTK..skali2 tukaq selera kan :)
    tq share resepi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2.. hehe... aah shida.. sesekali nak makan benda2 lain dari yang biasa.

      Padam
  9. Sweet pallermo? Ubi manis ye? Malas nak google..haha. Tanya tuan rumah je la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejenis lada ni awak.. tapi tak pedas langsung. Rasanya macam lada benggala manis

      Padam
  10. oooo mkn gitu je ya? x yah cicah apa2?

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!