Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Semoga masih bersemangat untuk menjalani minggu ini! Familiar kan ayat ini? Okay, malam tadi Cik TK cuba sesuatu yang Cik TK dah lama nak cuba iaitu blooming onion! Apa tu? Pendek kata, ia adalah bawang holland yang dipotong berbentuk bunga mekar dan digoreng. Eh macam selalu betul entri makanan kebelakangan ini. Hehe...
Macam inilah rupa blooming onion |
Memang dah lama Cik TK nak cuba buat, maka malam tadi setelah satu lagi video membuat blooming onion ini lalu di recommendation youtube Cik TK maka marilah kita buat! Kebetulan bahan pun semua ada, moga menjadi!
Blooming onion
Bahan-bahannya:
- 1 biji Bawang holland
- Susu full cream atau susu tepung
- Sebiji telur
- Tepung bestari
- Minyak secukupnya
Cara-caranya:
- Potong bawang seperti gambar di bawah. Nak senang potong bahagian atas bagi rata dan terbalikkan supaya bahagian akar di atas.
- Kemudian dari akar tu kira-kira setengah inci potong bawang itu ke bawah dan buat 4 kali dengan saiz yang sama.
- Di antara ruangan itu potong 2 kali ke bawah di setiap ruangan. Maka jumlah potongan ke bawah ada 12 kali kesemuanya.
- Terbalikkan kembali dan leraikan kepingan bawang berkenaan dan jadilah seperti bentuk bunga.
Potong bahagian atas ini dulu supaya boleh berdiri diam bila diterbalikkan |
Inilah rupanya setelah dipotong. Jadilah rupanya seperti bunga mekar |
- Kemudian dalam satu mangkuk campurkan telur dan susu. Kacau dan celupkan bawang tersebut.
- Dalam satu bekas lain sediakan tepung bestari, celupkan bawang tadi ke dalam tepung pula. Pastikan rata semua bahagian kena.
- Kemudian celup kembali ke bancuhan susu dan telur, kemudian salut kembali dengan tepung bestari.
- Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan.
- Setelah selesai, angkat dan tos.
Inilah hasilnya |
Hasilnya? Cik TK rasa terlebih tepung. Macam tebal pula Cik TK buat. Nanti pandai-pandai la korang semua nak letak tepung macam mana. Tapi dari segi rasa masih okay la. Cicah dengan mayonis je. Sedap tapi serius Cik TK takkan habis kalau nak makan sorang. Nasib baik ada ramai orang di rumah masa tu.
Kalau perasan, kat tepi bawang tu ada sesuatu yng lain kan? Saja lah Cik TK tambah daun. 'Bunga' (si blooming onion) dah ada, maka Cik TK tambah salad yang digoreng tepung juga sebagai 'daun'nya. Tak ada kerja kan? =D
Okay, selamat mencuba!!!
26 Ulasan
terbayang rangup2 manisnya tu..
BalasPadamRasa manis bawang.. nyummy!
Padamlooks so delicious!!!! buat mcm mkn kudap2 ni sedapppp
BalasPadamKannn
PadamWah. Nikmat ni.
BalasPadamcantik rupa paras bawang dipotong bentuk bunga..
BalasPadamAlhamdulillah menjadi.
Padamnot bad hasilnya..pernah tgk juga org share resepi ni
BalasPadamPernah nampak resepi ini teringin nak cuba tp mesti kene makan sendiri... jd mampu tengok jelH hahahah, mesti sedap manis je kan bawang tu
BalasPadamAah kak dana, rasa manis bawang gitu.. buat onion ring pun sedap ni! 😄
Padamsaya tak makan bawang,..hanya mampu melihat..hahaha
BalasPadamAlaaa geram pulak nengokk, kita suka makan bawang! nanti nak cuba gak laaaaa
BalasPadamSelamat mencuba sis lin!!
Padamsedapnya...ranggup, cicah sos sedap..
BalasPadamCantik hasilnya. Mesti sedap ni. Nak try buatlah nanti.
BalasPadamSelamat mencuba!!
Padamsedapnya aihh
BalasPadamwushh kalu pakai tepung bestari memang bile digoreng akan jadi..mood pon happy
BalasPadamTepung bestari ni memang serbaguna! Masak apa pun boleh!
Padammakan masa hari hujan best ni..yummss
BalasPadamWah tepung bestari memang pelbagai guna, cantik blooming nya bawang tu..:)
BalasPadamhmmm look tasty!
BalasPadammenariknya cik TK! rangup2 lagi layan mkn tau!
BalasPadamTime baru masak panas2 tu sedap!!
PadamWow nampakncantik kejadiannya tu boleh buat hiasan juga tu
BalasPadamHehe alhamdulillah menjadi, cuma tepung tertebal sangat masa ni
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!