Advertisement

RESEPI: SOS KEJU, SESUAI UNTUK DICICAH DENGAN APA PUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini teringin nak makan sesuatu yang ada keju lagi. Sebulan ini asyik makan makanan yang berkeju saja ye Cik TK? Mac and Cheese la, Spagetti Carbonara Cheese la... Tak cukup dengan makanan berkeju. Yang ber-salted egg pun ada juga! Udang Salted Egg la... Mana tak naik berat? Eh dapat idea, lain kali boleh buat Spagetti Carbonara Salted Egg pula ni!   (✿◡‿◡)

Tapi kali ini Cik TK nak buat sos keju sahajalah. Lepas tu goreng nugget dan fries, makan cicah dengan sos keju ni. Banyak lagi cara boleh makan dengan sos keju ni. Nak makan dengan ayam goreng pun boleh. Nak letak dalam burger atau sandwich pun boleh. Ikut selera masing-masing.

Ini Cik TK buat pun sebenarnya cincai saja. Sebab nak cepat. Cara-caranya pun mudah saja. Setengah bawang holland dicincang-cincang dan ditumis dengan sedikit marjerin. Kemudian ikutkan sepatutnya, masukkan susu full cream. Kuantiti ni boleh ikut selera masing-masing. Nak banyak letak banyak. Tapi Cik TK tak letak susu full cream ni, Cik TK ganti dengan bancuhan susu tepung Everyday saja.

Kemudian masukkan serbuk lada hitam, garam dan serbuk keju, kuantiti ikut selera.  Cik TK juga saja-saja tambah 2 keping keju cheddarOh ye, bukan Cik TK tak mahu beritahu kuantiti tadi, tapi Cik TK pun main agak-agak saja. Sambil kacau, sambil rasa dan tambah apa yang patut. Selepas itu, Cik TK kacau selalu sampai dia jadi agak pekat. Siap dan sedia dihidang!

Sos keju untuk cicah

Pada masa ini nugget dan fries yang digoreng dah habis dimakan. Berdekatan kami ada balang keropok ikan dan keropok ikan tamban yang telah digoreng. Maka layanlah keropok ikan cicah bersama sos keju, pun sedap juga!!!


Catat Ulasan

35 Ulasan

  1. sedapnya..suka makan dgn nugget..

    BalasPadam
  2. Waah.. Sos keju ni awet berapa lama cik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga kurang pasti soal tu. Karna sesudah dibikin itu waktu siang, paling lama biasanya malam juga udah habis semua. beberapa kali dibikin belum pernah sempat juga disimpan dikulkas.

      Padam
  3. wah boleh try ni Cik TK anak-anak kak ana suka nau cicah2 cheese ni :)

    BalasPadam
  4. Macam senang je. Favorite ni sos cheese. Kena cuba buat.. ^^

    BalasPadam
  5. Boleh try ni heheh sblm ni xpnh try cheese + kropok ikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila.. pada lidah Cik TK ni memang sedap. Nanti dila try

      Padam
  6. Asalkan rasa sedap, ngap sajalah kan.

    BalasPadam
  7. best, akak suka cicah kentang atau nugget

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn dengan nugget memang ngam betul rasa dia kak dana!

      Padam
  8. wah mudah sgt ni.
    aida minta izin copy & paste resepi kat laptop ekk.
    kekadang teringin nak sos keju ni.
    nak beli serbuk, byk sgt.
    nak beli yg cecair, tak jumpa yg sedap.
    kalu buat gini, boleh la ikut rasa kita, kan.
    tq for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh boleh.. silakan..

      Kalau yang macam ni.. memang best sikit sebab ikut selera sendiri je apa nak tambah2. Alhamdulillah Cik TK buat macam ni, laju jugalah family makan.

      Padam
  9. saya pun kadang craving nak makan something with cheese. Tapi keropok ikan cicah cheese rare tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Kadang cicah mayonis, sos cili, pendek kata apa2 yang selera time tu

      Padam
  10. nachos! cicah dgn sos ni,, mmg sedap gila

    BalasPadam
  11. Sedapnya.. apa pun kena nie buat cicah..

    BalasPadam
  12. tq share resepi, boleh cuba hujung minggu ni :)

    BalasPadam
  13. sedap tu mkn dgn nuget ke kentang ke :)
    tq sharing cik TK :)

    BalasPadam
  14. Nmpk sedap yee. Sy pn sllu mcm ni la olah2 resepi kalau sedap tulis dlm blog nti senang nak repeat hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe Cik TK pun buat benda yang sama! Nanti senang nak rujuk balik!

      Padam
  15. Wahh kena belajar buat jugak laa nanti

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!