Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini Cik TK nak kongsi satu lagi resepi yang mudah, iaitu spagetti carbonaraa cheese. Mudah sahaja untuk disediakan. Resepi ini mudah sahaja kerana Cik TK menggunakan Prego Carbonara dan resepi ini mungkin agak banyak sebab kebiasaan Cik TK adalah memasak untuk 7 orang, kerana itulah jumlah orang yang ada dalam rumah ini.
Seperti yang diterangkan di atas, resepi untuk untuk kira-kira 7 orang makan. Jika jumlah orang yang makan itu kurang, sila kurangkan kuantiti ikut selera kalian.
SPAGETTI CARBONARA CHEESE
Bahan-bahan:
- Sebungkus spagetti (Cik TK kebiasaannya guna Angel hair yang 500g)
- Garam secukupnya
- Minyak zaitun secukupnya
- 1 biji bawang Holland - dihiris
- 1/4 biji lada benggala (Cik TK biasa guna yang kuning atau merah)
- Cendawan shiitake - dipotong
- Apa-apa isi yang kalian ingin guna. Macam Cik TK, suka guna sosej dan filamen ketam. Kalian boleh sahaja guna ayam, daging kisar dan sebagainya.
- 2 tin prego carbonara (tin biru)
- Air secukupnya
- Tepung jagung (Jika perlu)
- 3 keping cheese (atau lebih mengikut selera)
Cara-caranya:
- Dalam satu periuk, isikan air bersama sesudu kecil garam dan sedikit minyak zaitun. Setelah mendidih masukkan spagetti. Setelah masak angkat dan lalukan pada air paip dan toskan. Ketepikan.
- Pada kuali lain, dengan sedikit minyak zaitun, tumis bawang holland hingga layu, kemudian masukkan lada benggala, cendawan shiitake dan apa-apa isi yang kalian guna.
- Selepas itu, masukkan 2 tin carbonara berkenaan. Kacau bersama air secukupnya. Ikut kekentalan kuah carbonara yang kalian mahu. Andai kata ianya cair, boleh guna air bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuahnya semula. Tambah garam jika perlu.
- Akhir sekali, masukkan cheese dan kacau.
- Isi spagetti ke pinggan masing-masing dan tuang kuah carbonara cheese berkenaan.
- Sedia dihidang. Selamat mencuba!!!
Kami panggil ni pinggan UFO. Selalu guna untuk hidang spagetti. |
10 Ulasan
dah msk tu x nk ajk sy mkn ke?😆
BalasPadamHehe meh meh jom makan!!
Padamtengok pun dah terliur. Faveret anak-anak ni.
BalasPadamPeberet kami jugaaa!!
Padamthanks for the resepi :)
BalasPadamYou're welcome!!!
Padammasakan carbonara memang tak pernah mengecewakan...
BalasPadamYa betul tu! Sentiasa di hati ni.. sedapnyaaa
Padamsedapnya :)
BalasPadamlama betul shida xmsak pasta ni..
Boleh la buat lepas ni.. hehe
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!