Advertisement

RESEPI: SUP TELUR CHINESE STYLE BERSAMA ISI KETAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam entah kenapa, teringin nak makan sup sirip ikan yu. Cik TK dah kenapa? Benda tak pernah makan tiba-tiba nak makan? Memang tak la kan.. Lagipun, beberapa spesis ikan yu adalah spesis yang dikategorikan sebagai spesis yang terancam berikutan diburu kerana siripnya. Beberapa tahun sebelum ini pun sudah banyak kempen 'Tak Nak Sirip Ikan Yu' dijalankan di negara kita.

Maka untuk resepi kali ini Cik TK nak kongsi hidangan yang orang kata mempunyai cara masak dan rasa yang seakan sama dengan sup sirip ikan yu, iaitu Sup Telur Chinese Style. Ada beberapa nama untuk hidangan ini sebenarnya. Ada yang panggil Sup Isi Ketam, Egg Drop Soup, Egg Drop Crab Soup dan macam-macam lagi. Cik TK pula panggil 'Sup Sirip Tanpa Sirip' sebab resepi sup sirip tetapi tiada sirip yu terlibat dalam pembikinannya.

Orang kata sup ini pun baik untuk orang yang tengah rasa demam ke atau tak sedap badan. Boleh juga dijadikan pilihan apabila kurang selera makan.

sup telur chinese style bersama ketam
Sekali sekala makan macam ini pun best juga!


Sup Telur Chinese Style Bersama Isi Ketam


Bahan-bahan:
  • 1L air rebusan ayam (atau boleh juga guna air bersama kiub ayam)
  • Beberapa batang filamen ketam (ikut selera sendiri nak letak banyak mana) - dicarik-carik atau hiris-hiris
  • 2 ketul cendawan shiitake - potong kecil/hiris
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • Lada hitam atau lada sulah
  • Garam secukupnya
  • 2 atau 3 titik minyak bijan (optional)
  • Bancuhan tepung jagung (kuantiti ikut selera sendiri - untuk pekatkan sup)
  • 1 atau 2 biji telur - dipukul

Cara-caranya:
  • Semua bahan kecuali minyak bijan, tepung jagung dan telur direbus semuanya hingga mendidih. Sambil tu perasakan dengan garam dan lada sulah/lada hitam.
  • Kemudian masukkan telur sikit demi sikit sambil sup itu dikacau-kacau.
  • Kemudian masukkan bancuhan air tepung jagung sehingga menjadi kepekatan yang diinginkan. 
  • Akhir sekali titikkan sedikit minyak bijan. Kalau tak nak letak minyak bijan pun tak apa. Boleh skip saja dan terus hidang!

Selamat mencuba!!

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. uish sedap ni makan panas panas lagi

    BalasPadam
  2. Saya tak cukup semangkuk hirup sup begini.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. memang sedap ni wak. buat la nanti wak, senang je nak buat.

      Padam
  4. Terliur sungguh saya tengok ni. Dapat hirup panas2 satu nikmat 😍

    BalasPadam
  5. uish sedap ni, TK.
    aida ada simpan resepi ni tapi buat aje lom tau.
    kalau kat kedai ada, sure amik semangkuk :)

    BalasPadam
  6. yesss, ada alternatif macam ni lebih baik daripada kita makan ikan yu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak.. lagipun ikan yu pun ada spesisnya yang terancam.

      Padam
  7. Senang ajer resepinya. Bahan-bahan pun ada dalam peti ais tu. Boleh la nanti nak buat. Hehehe...

    BalasPadam
  8. Menu sedap dah..tapi ketam tu lah, shida alergik..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaa ye ke? Huhuu.. Walaupun dengan filamen ketam yang sejuk beku ek? Sebab cik tk pun tak makan ketam, tapi makan yang filamen ni.

      Padam
  9. Tengok orang buat macam sedap je. Terasa ingin nak mencuba buat nak rasa sendiri kesedapannya. Bolehlah cuba nanti. fillet ketam tu sy suka makan.

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!