Advertisement

RESEPI: UDANG SALTED EGG YANG MUDAH DISEDIAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kebelakangan ini Cik TK disebabkan tiada keperluan untuk keluar Cik TK hanya duduk dirumah. Disebabkan itu, Cik TK pun craving nak makan macam-macam atau dalam bahasa melayunya kita panggil mengidam. Bukan orang mengandung sahaja yang mengidam okay? Sesiapa pun boleh ya!

Tekak ni rasa macam nak makan sesuatu yang ada telur masin / salted egg. Sedapnyaaa! Jadinya terus bertanya dengan pakcik Google kan, masakan salted egg apa yang mudah dan senang untuk dibuat.

Dah puas belek, maka dapatlah hasilnya menu malam tadi 'Udang Telur Masin' ataupun 'Udang Salted Egg'! Tapi untuk hidangan ini Cik TK saja tambahkan sekali cakefish, kerana ada yang tak makan udang dirumah (alergik). Nak tahu cara membuatnya? Jom sama-sama kita belajar cara membuatnya di bawah:

Udang salted egg
Inilah hasilnya! Cubaan pertama dan berjaya!
Enak, lazat, rasa lemak-lemak gitu dan terasa flavour telur masinnya.


Resepi Udang Salted Egg


Bahan-bahan:

  • 15 ekor udang yang telah dibersihkan
  • 2 batang fishcake - Cik TK potong segitiga
  • Lada sulah secukupnya - boleh juga guna lada hitam
  • Garam secukupnya
  • Minyak secukupnya
  • Tepung jagung secukupnya
  • 3 sudu besar butter - Cik TK tukar pakai marjerin kerana butter rupanya habis
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang cili padi - hiris nipis. Tambah lagi kalau nak pedas
  • 200ml susu full cream - Cik TK pakai susu tepung Everyday.
  • Serbuk telur masin secukupnya - ini bahan paling penting! Kuantiti? Cik TK main tuang-tuang sampai dapat rasa yang Cik TK nak.
    • Note: Kalau nak pakai telur masin, gunakan beberapa biji kuning telur masin yang telah direbus dan dihancurkan.

Cara-caranya:

  • Perapkan seketika udang bersama garam dan lada sulah. Kemudian salutkan dengan tepung jagung. Fishcake juga salutkan dengan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan goreng udang dan fishcake yang disalut tadi. Jangan goreng terlalu lama. Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan.
  • Pada kuali lain, cairkan mentega atau marjerin. Kemudian tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan susu dan serbuk telur masin. Kacau rata hingga mendidih. Sambil-sambil tu, kalau perlu perasakan dengan garam.
  • Akhir sekali masukkan udang dan fishcake tadi. Kacau rata hingga kuah sedikit pekat dan semuanya bersalut. Matikan api dan sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba!



udang salted egg
Saja tunjuk lagi dari sisi lain untuk santapan mata


Catat Ulasan

27 Ulasan

  1. Terima kasih resepinya..nice warna keemasannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama cikgu... Nanti boleh try buat ni cikgu...

      Padam
  2. Salam perkenalan Cik TK..
    Alahai nampak sedap udang salted egg ni, my favorite juga apa2 yang berasaskan salted egg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal juga LZ... Hehe apa-apa berasaskan salted egg memang sedap!!

      Padam
  3. Cantik warna udang salted egg tu. Nampak sedap sangat!

    BalasPadam
  4. Sedap tu udang salted egg. Udang, salted egg mana pernah tak sedap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Berselera makan dengan nasi ni! Boleh bertambah!!

      Padam
  5. Cantik kaler udang yang disalut serbuk telur masin.. dan nampak terserlah kesedapan makanan nie..

    BalasPadam
  6. look at the colour! nampak lazat ni! thank you Cik TK

    BalasPadam
  7. Bila duduk rumah betulkan jadi mengidam pelbagai. Ni tengok juadah lazat Cik TK ni pun jadi cepat lapar boleh tau sedap sangat.
    Musim hujan ni itik tak rajin lak bertelur kalau tak boleh buat stok telur masin.

    BalasPadam
  8. wow! sedapnya. nanti nak tirulah resepi ni

    BalasPadam
  9. sangatttt nampak sedap heheh boleh cuba ni nanti

    BalasPadam
  10. nampak sedap tu. warna dia pun menarik tertarik. akak nak try masak tak berani sbb en husben akak tu choosy sikit..

    BalasPadam
  11. sgt sedap nampaknya tu, TK.
    aida x dpt la nak merasa hu hu hu hu...
    alergi resdung tahap maksima, udang is prohibited :(
    dulu kala, sepinggan udang gitu gitu aje aida habiskan.
    now, no more hu hu hu hu hu...
    kalau resepi udang lalu, sedih hati ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK pula terbalik. Dulu tak makan udang sebab alergi. Sekarang bantai makan udang sebab rasa macam okay saja bila makan udang.

      Sayangnya tak dapat makan udang, tapi mesti lebih utamakan kesihatan. Kalau ianya memudaratkan baik dijauhi.

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!