Advertisement

MENCUBA SAMYANG CARBONARA CHEESE UNTUK PERTAMA KALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Samyang carbonara cheese
Inilah watak utama kita kali ini. Samyang Carbonara Cheese

Dua hari yang lalu dalam entri yang ini ada Cik TK mentioned yang Cik TK keluar beli barang kan? Actually Cik TK pergi teman mama ke kedai bahan bakeri, nak beli barang-barang untuk buat roti dan bahan-bahan lain untuk kami buat makan-makan dirumah. Memang asyik makan je kerja kan sekarang ni. Walau tak lapar pun tetap makan. Sesuai dengan perkataan Kuchisabishii! (Lihat entri sebelum-sebelum ni untuk maksudnya)  

Untuk yang sentiasa follow blog Cik TK ni mesti perasan yang Cik TK ni bukan jenis yang layan makanan pedas-pedas ni. Maka makanan pedas-pedas seperti samyang ni memang Cik TK tak makan sangat. Akan tetapi, entah kenapa tiba-tiba bila nampak samyang pink ni tiba-tiba nak rasa. Jadinya akhirnya masuklah kebakul sekali.

Shopping!
Inilah barang-barang yang kami beli masa tu. 

Jadinya inilah hasil shopping kami di sana. Ada serbuk koko, serbuk keju, serbuk salted egg, breadcrumb, chicken floss, chocolate spread dan sebagainya. Jangan terkejut ada jarum peniti, butang dan tali merah tu (chinese cord) sebab barangan jahitan pun ada dijual di sana termasuklah benang kait, barangan untuk kraft dan sebagainya. Okay kita balik ke tajuk asal. Samyang Carbonara Cheese ni kalau tengok dari packaging dia ada perkataan 'Hot Chicken Flavor Ramen'. Maka haraplah tak pedas sangat ye.

Samyang carbonara cheese

Pertama sekali selepas bungkusannya dibuka maka inilah isinya seperti gambar di bawah. Ada mee dan dua bungkusan perencah yang mana satu tu ada cili dan satu lagi tu serbuk carbonaranya. Kemudian Cik TK masak ikut instruction yang ada di packagingnya. Ikut panduannya, rebus mee untuk 5 minit, keluarkan airnya dan tinggalkan agak-agak 8 sudu air macam tu. Kemudian masukkan perencah-perencah dan kacau. Siap! 


Maka jadilah hasilnya seperti di bawah ini. Sosej tu saja Cik TK tambah. Rasa dia? Sedap! Bagi Cik TK rasa pedas dia tak menyengat macam yang pedas terkejut tu kan. Maksudnya rasanya tak pedas sangat, lidah Cik TK masih boleh tolerate la. Lagi sebab ada rasa carbonara dan sikit rasa cheese tu jadi rasa macam seimbang rasa pedas dan rasa creamy carbonara tu. Siap Cik TK boleh habiskan sambil menikmati rasanya dan tanpa minum air. Lepas ni boleh la layan lagi... 

Samyang carbonara cheese
Jom makan!
Samyang carbonara cheese
Habis licin!


Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. Anak-anak bujang Kak Amie rajin beli mee samyang. Kakak tengok jew diorang makan. Tak tahu apa rasanya, sebab macam kepedasan jew anak-anak makan, jadi kakak tak berani cuba...hehehee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah anak-anak kak amie suka pedas ye.. Cik TK pun tak berani nak makan yang pedas2 sangat.. sebab nanti mesti keluar masuk toilet

      Padam
  2. Saya lagi suka Samyang Cheese daripada carbonara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK pernah cuba yang cheese juga. Tapi.. pedas.. last2 adik Cik TK yang habiskan..

      Padam
  3. alahaii..mcm sedap je ni..tp sisyat belum pernah try lagi makan samyang ni :-)

    BalasPadam
  4. Kawan-kawan yang dah cuba mereka kata sedap.Tapi PC tak mencuba lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada peluang nanti boleh cuba. Luckily yang pink ni sedap, tak pedas sangat.

      Padam
  5. samyang ni aida da try kaler kuning & hitam tu kot.
    pink ni belum lagi TK.
    aida x brape makan, pedas!
    anak2 dara berdua tu la suka sgt request beli samyang ni.
    makan la diorang 3 beradik je. aida kekadang rasa sesudu ajer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uii yang kuning dan hitam tu pun Cik TK tak larat nak makan.. pedas!!! Adik Cik TK yang jadi tukang perabih kalau yang pedas sangat macam tu... Dia suka sangat pedas2 ni

      Padam
  6. Macam sedap je. Takut nak makan, sebab jenis tak tahan pedas. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tahan. Sedap juga yang ni. Tak pedas sangat

      Padam
  7. Pernah cuba masa viral dulu. memang sedap! tak cukup sebungkus :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann rasa nak tambah je.. Tapi beli satu je masa tu nak try kann

      Padam
  8. i pernah one time tu, addcited dgn nips... tapi yg purple punya ... tiap hari beli and makan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo yang peanut dan raisin kannn.. Cik TK biasa pilih yg kosong macam ni.

      Padam
  9. Saya tak mampu makan samyang. Lidah tak tahan pedas. Tapi warna pink mesti tak berapa pedas kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah yang pink ni kurang pedas. Yang lain sy pun tak tahan pedasnyaaa

      Padam
  10. Kalau tak pedas sangat, bolehlah cuba nanti.. Teringin juga sebenarnya cuma risau pedas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni okay la tak pedas sangat. Kalau pedas Cik TK pun tak tahaaaannnn.... Huhuuu

      Padam
  11. pedas tak?
    nampak menarik tu.
    kalau tak pedas, boleh buat stok kat rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pedas sangat. Lidah Cik TK still boleh tolerate.

      Padam
  12. Lama.dah mama x makan samyang. Perut tak.tahan. tapi teka nak. Cane tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha faham faham. Mamapp bileh je try yang ni. Tak pedas sangat. Kalau pedas Cik TK pun tak tahan.. huhuuu

      Padam
  13. Salam cik TK .. Nampak sedap gak yang ni. KakYa lum try lagi yg ni nnt nak try jugak laaa tgk kena ke tak ngan selera .

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!