Advertisement

RESEPI: SUP PAK CHOY DAN CENDAWAN HITAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar hujung minggu kalian semua? Apa saja yang kalian buat? Cik TK seperti biasa. Bila duduk dirumah ini banyak aktiviti menternak. Menternak apa tu? MENTERNAK LEMAK.

Jadinya setelah kita asyik makan makanan yang pelbagai seperti ayam korea cheese, takoyaki, udang salted egg, roti dengan chicken floss dan sup telur chinese style dengan isi ketam yang mana semuanya tiada kehadiran bahan berkhasiat yang penting seperti sayur (klik setiap nama makanan untuk resepinya), kali ini Cik TK akan kongsi satu resepi lauk sayur. Sedap dimakan bersama nasi hangat dan ikan goreng!

Cik TK pun tak pasti lauk ini dipanggil sejenis sup sayur atau sayur masak air. Tak apa, Cik TK panggil 'Sup Pak Choy dan Cendawan Hitam' saja ya? Oh ya! Ada yang panggil cendawan ini cendawan hitam, ada juga yang panggil ini telinga kera. Kalian panggil apa?

sup pak choy dan cendawan hitam

Sup Pak Choy dan Cendawan Hitam

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 3 batang pak choy - hiris
  • Segenggam cendawan hitam - ceraikan dan bersihkan
  • Garam, lada sulah, minyak dan air secukupnya

Cara membuatnya:

  • Tumis bawang hingga layu.
  • Masukkan air dan masukkan pak choy dan cendawan setelah mendidih. 
  • Perasakan dengan garam dan lada sulah.
  • Setelah masak, boleh terus dihidang.

Selamat mencuba!!


Sup pak choy dan cendawan hitam


Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. Bila dah menternak lemak, bersilat di dapur..
    Rajin Cik TK masak, nampak sedap semuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah.. ni masa rajin ni masak macam2...

      Padam
  2. Terima Kasih kongsi idea masakan Sayur. Ada nampak Kulat ni di jual di tamu pasar pagi tapi tak tau sangat nak masak macam mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cendawan ni masuk lauk sayur masak lemak pun sedap

      Padam
  3. Sedap tu sup pak choy dengan cendawan hitam. Macam dah lama tak nampak cendawan hitam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa macam kat pasaraya ada sekali ngan area paket cendawan tiram.

      Padam
  4. Sedap ni..memang favourite 😘

    BalasPadam
  5. Akk suka makan sayur air macam ini.

    BalasPadam
  6. Saya panggil cendawan telinga kera.

    BalasPadam
  7. suka makan sayur yg soup dia mcm ni..sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. simple je kannn.. nak buat pun senang dan tak makan masa.

      Padam
  8. simple resipi dia. boleh cuba. tapi to be honest kan tak penah beli cendawan tu sbb tak penah makan. tkut tak sedap. so rasa dia dap tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada kami sekeluarga sedap! Cendawan ni buat sayur masak lemak (letak sohun, kubis dll) pun sedap juga!

      Padam
  9. Sedap nye cendawan hitam. Nanti nak try lah resepi ni.
    Thanks sharing resepi :)

    BalasPadam
  10. cendawan itam ni aida x pernah masaknya.
    yg makan dgn mee hot plate tu kan, TK?
    kalau betul, yummy sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh bukan ni. Kalau yang dekat hot plate tu biasanya shiitake.

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!