Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam hidup ini, terkadang kita tertanya-tanya persoalan-persoalan seperti:
- Kenapa dia lagi pandai sedangkan asyik nampak dia main saja?
Kenapa semua orang suka berkawan dengan dia padahal dia biasa-biasa saja? Kenapa dia kahwin dulu, sedangkan dia paling pendiam dan pemalu antara geng-geng kita? Kenapa hidup dia bahagia sahaja bagaikan tiada kerisauan?- Kenapa apa yang dia minta selalu saja dia dapat?
Semua persoalan di atas ini hanyalah contoh semata-mata. Kenapa begini dan kenapa begitu. Timbul banyak persoalan yang menyebabkan kita mula membandingkan dan mempersoalkan kenapa nasib mereka lebih baik berbanding kita.
Akan tetapi, tahukah kalian mungkin mereka juga berfikir sebegitu, ingin berada ditempat kalian. Mungkin apa yang kita lihat itu juga bukanlah realiti yang sebenar. Apakah yang berlaku disebalik tabir hidup mereka, kita tidak tahu.
Seperti contoh persoalan di atas tadi. Kenapa dia lagi pandai sedangkan nampak dia main-main? Adakah kalian tahu apa yang dia buat dirumah? Mungkin dia sentiasa mengulangkaji pelajaran. Jenis fokus dirumah dan main di kelas. Kita tidak tahu. Sama seperti apa yang dia minta selalu dapat. Kenapa? Mungkin dia selalu berusaha yang terbaik untuk semua yang dia lakukan. Oleh kerana itu dia dapat apa yang dia nak. Kenapa orang suka berkawan dengan dia? Mungkin dia ikhlas dan baik hati. Jadi orang pun suka dekat dengan dia.
Kebahagiaan. Kita semua mengejar bahagia. Seperti persoalan di atas. Kenapa dia kelihatan bahagia sentiasa bagaikan tiada kerisauan? Kita bukan tahu apa yang ada di dalam hati dia. Di sebalik tabir juga, dibelakang pandangan kita atau maksud lainnya, dirumah. Bukannya kita tahu apa yang berlaku. Kenapa si pendiam dan pemalu itu kahwin dulu? Pendek kata, jodoh dia dah sampai dan dia sudah bersedia untuk berumahtangga.
Tahukah kalian, sementara kalian berfikir seberapa beruntungnya orang lain dimata kalian sudah pasti ada juga yang merasakan bahawa kalian sangat bertuah untuk banyak sebab. Contohnya seperti ada keluarga yang menyayangi kalian, masih ada tempat berlindung, masih ada kesempatan melancong dan makan sini sana, masih boleh berdiri melangkah ke depan dan sebagainya.
Jadi kesimpulannya di sin, cuba tanya pada diri kita apa kelebihan dan kekurangan kita. Sudah pasti kita semua ada kekurangan. Tapi kita juga ada kelebihan masing-masing. Oleh kerana itu, bersyukurlah dan hargailah dengan apa yang kalian ada sekarang. Mungkin kalian rasa orang lain itu lebih baik, kalian juga boleh cuba perbaiki diri supaya boleh menjadi lebih baik dari yang sekarang.
32 Ulasan
Manusia sememangnya akan ada perasaan seperti itu, bila kurang bersyukur dengan apa yang diperolehi..
BalasPadamOleh itu kita kena latih diri kita supaya sentiasa bersyukur.. sama-sama kita kita perbaiki diri
PadamNadia selalu compare juga dengan orang lain, lagi lagi dari segi masa untuk bersuka ria ! btw , boleh minta tolong ke post latest nadia https://nadiajamhari.blogspot.com/2020/11/help-me.html . Terima Kasih
BalasPadamHehe done nadia!
PadamUii bersuka ria..! Jom kita enjoy!!
Pelanggan : kuih di sana lagi murahlah. Kenapa awak tak jual murah macam di sana?
BalasPadamPeniaga : (Dalam hati : Kenapa tak beli kuih di sana sahaja? Kenapa datang sini nak buat perbandingan?)
Kadang-kadang ini berlaku. Kalau pasal penjualan barang ini semua tempat tak boleh nak jual harga yang sama kerana kos bahan mentah yang berlainan.
Padamrezeki setiap insan telah ditentukan oleh Allah. Jadi x perlu dibanding2kan.
BalasPadamBetul tu abam kie..
PadamBetul itu jangan banding diri dengan orang lain.
BalasPadamDia dapat sesuai dengan dirinya.
Semua orang ada kelebihan dan kekurangan sendiri NA.. Apa yang dia peroleh itu mengikut usahanya dan nasibnya
PadamSetiap manusia yang di lahirkan ada kelebihan dan kekurangan. Masing masing ada kekuatan.
BalasPadamBetul tu.. masing-masing ada kekuatan sendiri
Padammasalahnya bukan semua orang nak mengaku kekurangan... huhu
BalasPadamBetul juga tu uncle
PadamBetul, berhenti membanding untuk peace of mind. banding sikit2 takpe :)
BalasPadamBanding secara positif tak apa... Yang boleh membuatkan kita terus berusaha ke depan
Padamkadang2 tak nak bandingkan dengan orang lain, tapi susah. lagi2 bila tengok bestnya orang lain nak apa2 senang je dapat hahaha. tapi memang tak boleh la macam tu xD
BalasPadamPada pendapat Cik TK, kita boleh bandingkan secara positif supaya kita boleh cuba untuk berusaha supaya jadi berjaya macam orang lain.
PadamMmg x dinafikan kdg2 kita selalu membandingkan kita dan org2 sekeliling kita.. tipulah kalau x kan? Caranya fokus je dgn kehidupan kita xyah sebok jaga tepi kain org lain
BalasPadamBetul tu kakmim.. memang tak dinafikan.. tapi kita boleh ambil perbandingan yang positif supaya kita boleh jadikan contoh untuk diri kita sendiri
PadamKadang-kadang benda ni datang tanpa dipinta. Tapi betullah bila kita stop bandingkan diri kita dengan orang lain, kita akan rasa lebih bahagia :)
BalasPadamKita kena belajar untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada
PadamTerima seadanya segala kelebihan dan kekurangan diri. Adakalanya suka juga banding-banding, tapi dah tua-tua ni dah takkisah dah...ahaks!
BalasPadamTerima diri dan bersyukur dengan apa yang kita ada...
PadamSetuju dengan pendapat Amie di atas. Bila dah tua-tua, dah tak pikir dah bebda-benda ni semua. Rezeki dia, tak payah nak banding-banding. Syukur apa yang ada.
BalasPadamBetul tu SR. Moga kita semua sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada...
PadamBetul. Kena stop banding-bandingkan diri dengan orang lain.
BalasPadamMarilah kita usaha sama-sama perbaiki diri...
PadamBersyukur tu tenang dari membandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Bersyukur dengan apa yang ada :)
BalasPadamBetul tu fiza. Kita kena tanam dan amalkan rasa syukur dalam hati kita.
Padambetul..xperlu la nk dibanding2kn..semuanya akn mgeruhkn lg keadaan saja..
BalasPadamBetul tu.. Semua ada kelebihan dan kekurangan sendiri
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!