Advertisement

JUST ANOTHER RANDOM STORIES

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar anda semua di pagi Isnin yang ceria ini? Kepada yang keluar bekerja (dilokasi atau yang WFH), yang bersekolah, yang menjalani kelas online dan sebagainya, selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab anda! Yang mana keluar tu sila patuhi SOP yang telah disediakan ya! 

Hari ini Cik TK masih lagi bersiaran dari rumah dan entah kenapa Cik TK ketandusan idea untuk menulis entri hari ini. Maka Cik TK akan membuat random stories berdasarkan apa yang terlintas dikepala ini.

Sesi jalan-jalan sekejap

Ini adalah semasa Ogos hari tu rasanya. Kami keluar mencari barang di sebuah mall. Di sana siap ada kawasan berkolam ikan dan berflora. Maka duduk lepak la sebentar menikmati keindahan panorama ikan dan kura-kura yang senang seronok berenang dikolam berkenaan.

kolam ikan dan kura-kura

Kemudian kami terus ke destinasi mencari apa yang diperlukan sebelum singgah menjamu selera disebuah restoran untuk makan tengah hari. Pada waktu ini kami ke Sushi King. Tekak kami selera makanan Jepun masa tu. Kami makan sushi dan Cik TK mencuba menu kiryu udon (tak ingat nama penuh menu ini apa) ini untuk kali pertama. Sedap! Kawan Cik TK depan ini (Cik AM) pula makan gyudon kalau tak silap.

Kiryu Udon


Emoticon/Emoji dalam komen blog dan blogpost

Baru-baru ini Cik TK terbaca dalam blog rakan blogger kita Cik Kaella mengenai memasukkan emoticon dan emoji ke dalam blog post. Entri mengenainya boleh dibaca di sini. Kemudian Cik TK pun terus mencuba dan inilah hasilnya! Menjadi!! 😉 Cara ini rupanya bukan hanya untuk blog post. Malah di ruangan komen juga boleh! Lepas ini bolehlah Cik TK memeriahkan blogpost dan komen dengan emoticon/emoji. 😁

Cara untuk membuatnya senang sahaja. Pada keyboard kalian, tekan butang Windows dan ' : ' (titik bertindih) secara serentak. Maka keluarlah pilihan emoticon dan emoji seperti di bawah. Kaomoji juga ada kalau kalian nak tau. Dulu zaman muda remaja (eh dah tua ke?) Cik TK suka guna kaomoji ni. Sebab dia sangat comel!

Tekan ikut anak panah di dalam gambar iaitu butang Windows dan butang ' : '

Pilihan Kaomoji
Antara pilihan Kaomoji yang ada

Pilihan Emoticon dan Emoji
Antara pilihan emoji dan emoticon


Menulis Sallallahu 'Alaihi Wasallam (S.A.W) dalam tulisan arab 

Baru-baru ini Cik TK terjumpa satu video tak ingat sama ada dalam twitter atau instagram menunjukkan cara bagaimana menulis selawat nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad dalam tulisan Arab dengan menggunakan Microsoft Word.

Caranya mudah saja. Taip perkataan 'Muhammad' dan kemudian taip 'fdfa'. Selepas itu tekan butang 'Alt' dan huruf 'X' serentak, lihatlah hasilnya.

menulis s.a.w dalam word





Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Terima Kasih share macam mana nak gunakan kaomoji dan emoji. Juga menulis untuk Nabi Muhammad. Good tips.

    BalasPadam
  2. selama ini saya bingung gimna menulis pakai emot di PC, ternyata ada cara nya toh 😁, makasih mbak

    BalasPadam
  3. Wah! Tambah ilmu baru. Banyak sangat fungsi butang keyboard yang saya tak tahu nak gunakan selama ini.

    BalasPadam
  4. terus try yg Cik TK ajar hat emoji tu..yeay, jadi..tantiu 😘

    BalasPadam
  5. wahhh menarik, terima kasih atas ilmu baru tu ye cik TK

    BalasPadam
  6. Lama tak pegi Sushi King..
    Kat sini tak ada.

    BalasPadam
  7. Gyudon tu macam kuetew ke? Macam nak trylah next time gi Sushi King

    BalasPadam
    Balasan
    1. gyudon tu nasi dan daging. yang macam kuey tiaw tapi lagi lebar tu kiryu udon. Sedap menu tu. Nanti cuba la.

      Padam
  8. Menarik shopping mall ada landskap cantik. Terima kasih atas ilmu baru ni. Dah cuba yang tutorial kaella tu. Menjadi. Kaomoji tak cuba lagi.

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!