Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sarapan adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita kerana ianya membantu membekalkan tenaga untuk kita memulakan hari kita dengan lebih produktif. Cik TK tahu ada di antara kita semua yang malas nak bersarapan, apalagi nak menyediakan sarapan. Kadangkala kita bergegas nak ketempat kerja atau membuat hal-hal lain yang membuatkan kita sibuk dipagi hari. Tapi tak semestinya kena makan berat pagi-pagi. Sekurang-kurangnya minum susu dan makan biskut atau roti pun sudah okay!
Jadi kenapa kita kena sarapan? Berikut Cik TK kongsikan secara ringkas sedikit info kenapa kita kena bersarapan.
Membekalkan tenaga dan meningkatkan kadar metabolisme badan
Mengambil sarapan membantu kita untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari kita dengan lebih fokus, cergas dan juga produktif. Sarapan juga meningkatkan metabolisme dalam badan dan membuatkan badan kita bekerja lebih keras setelah perut kita kosong semalaman.
Sebagai alas perut dan mengelakkan kita makan secara berlebihan
Perut yang kosong akan menyebabkan kita makan melebihi dari apa yang kita perlukan. Ini akan menyebabkan kita mungkin mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat dan sukar untuk menurunkan berat badan.
Seeloknya kita makan makanan yang berkhasiat semasa sarapan supaya kita mendapat nutrisi yang diperlukan. Jadi, apakah contoh makanan yang bagus dijadikan sarapan? Antara makanan yang bagus untuk dijadikan sarapan adalah seperti telur, hidangan oat, pisang, roti gandum, bijirin, susu dan sebagainya.
Untuk sarapan kebiasaannya, kalau rasa malas nak sediakan atau masak apa-apa kan Cik TK makan yang simple saja. Sebagai contoh, sekurang-kurangnya rembat biskut atau roti. Biasa di rumah mesti ada roti bantal leper/roti buku atas meja. Lepas tu sapu je dengan apa-apa yang ada. Atau boleh sekurang-kurangnya sediakan bijirin dan oat dirumah. Yang penting ada sarapan!
Di bawah ini adalah contoh sarapan Cik TK pagi tadi. Cik TK guna roti buku, letak chicken floss dan mayonnaise. Terus makan. Cepat dan mudah. Kadang-kadang tu ada kaya, jem dan juga chocolate spread. Untuk minum, buat saja milo, susu atau kopi 3in1. Pada Cik TK, yang penting ada makan sarapan.
Ini adalah chicken floss (serunding ayam) yang kami dah letak dalam balang. Nak makan tinggal ambil saja |
Chicken floss ni hari tu beli di kedai bakeri. Harga tak ingat berapa. Ini pun dah habis baru nak snap gambar. Aduhaii... |
Letak je serunding dengan mayonnaise macam ini. Eh, nampak perangai anak dara ni? Malas ambil pinggan, pembungkus roti pun boleh jadi alas. |
Macam mana pula dengan kalian semua? Biasa sarapan tak pagi-pagi?
18 Ulasan
LH memang tak boleh kalau tak sarapan. Dah diajar dari kecil. Kalau tak sempat sangat, rembag roti kosong makan sambil jalan pun tak apa 😂
BalasPadamyang penting ada sarapannya! Betul tak?
Padampagi2 klu kena pancake mmg sedap, tapi i tak sempat nak buat sbb masok kerja kul 7.. so selalu pagi2 terus makan tak healthy ! NASI LEMAK hahahaha
BalasPadamwahh awalnya masuk kerja! Hehe nasi lemak kegemaran kita semua di waktu pagi!!!
Padamxpernah lagi cuba resipi ni. nanti saya cuba hehe btw bagi saya wajib ambik sarapan walaupun hanya minum. sehari tidak sarapan, saya rasa xbtenaga. emosi cepat tergangu dan tidak boleh fokus
BalasPadamwahh itulah kelebihan bersarapan.. at least minum susu ya!
Padamnampak sedap betul chicken floss ni. Kalau pedas memang nyummmm! Breakfast selalunya ikut mood, kadang heavy, kadang makan biskut je hehe
BalasPadamNext Cik TK nak beli chicken floss yang pedas. Hehe...
Padamnampak sedap tu. biasanya abe kie beli roti dgn chicken floss ni di bakery aje.
BalasPadamRoti dengan chicken floss ni memang sedap!
Padamsarapan pagi memang wajib untuk akak walaupun cuma seketul kuih atau 3 keping biskut craker... sebab sebelum makan ubat akak kene makan dulu... begitu lah kisahnya, selalu jam 10 pagi baru akak makan yang berat sikit
BalasPadamfaham faham... tak boleh makan ubat dengan perut kosong kan kak dana..
PadamPekena roti chicken floss, memang berselera breakfast.
BalasPadamRoti makan dengan apa pun semua sedap... Heheee
Padamminum pagi saya biasanya pkul 9-10 macam tu. kalau makan awal nanti perut memulas pulak. Kadang kadang skip terus lunch sekali. huhu
BalasPadamSedapnya roti dengan chicken floss. Sarapan yang simple dan sedap.
Hehe.. Sesekali Cik TK pun brunch terus kalau dirumah.
PadamIdea yang bagus. Elok juga disediakan di rumah.
BalasPadamDekat bakery pun ada jual letak floss atas bun di jual dengan harga mahal. Jimat sedia buat di rumah.
Pada cik tk, kalau buat sendiri dekat rumah itu kan ikut selera sendiri dan Cik TK ni sejenis yang kalau boleh buat dekat rumah tu, kalau ada bahan, teruskan...
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!