Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada petang yang ceria ini, Cik TK ingin berkongsi satu resepi lauk yang sangat mudah untuk disediakan. Kalau perasan dalam blog Cik TK ni hampir semua yang Cik TK kongsi adalah resepi yang mudah masak. Cik TK ni memang tersangat suka masak hidangan yang mudah-mudah.
Kali ini Cik TK akan kongsi resepi ikan gelama masak goreng kunyit. Enak dihidang bersama nasi dan kicap, budu dan sebagainya. Cara-caranya mudah saja.
Orang kata jangan susun macam ini masa goreng sebab nanti lambat masak sebab mereka akan sibuk bersembang |
Bahan-bahan:
- Beberapa ekor ikan gelama - dicuci bersih dan kelar sedikit badannya
- Setengah sudu teh serbuk kunyit
- Sedikit cuka
- Garam secukupnya
Cara-caranya:
- Perap ikan seketika menggunakan serbuk kunyit, cuka dan garam
- Panaskan minyak, letakkan sedikit garam pada minyak tersebut
- Goreng ikan sehingga perang keemasan
- Angkat dan toskan minyak sebelum dihidang
Selamat mencuba!!
Remark: Semasa nak edit dan upload gambar baru Cik TK perasan Cik TK lupa nak ambil gambar sesudah goreng punya. Maaf ya! Ikan ni dah selamat masuk perut...
Remark: Semasa nak edit dan upload gambar baru Cik TK perasan Cik TK lupa nak ambil gambar sesudah goreng punya. Maaf ya! Ikan ni dah selamat masuk perut...
10 Ulasan
wah sedap..tapi anak-anak tak berapa suka makan ikan gelama
BalasPadamboleh saja tukar guna ikan lain =)
Padambila goreng garing, memang layan... makan dengan kicap je pun dah berselera
BalasPadamkan kan... sedapnya...
Padamgoreng garing makan dengan nasi panas dan kicap pun dah layan
BalasPadambetul2 sedapnyaaa
PadamLetak cuka utk garingkn ikn ke cik tk?
BalasPadammungkin la kot, sebab dah biasa buat macam tu...
Padamkalo kita goreng ikan, wajib letak asam jawa sikit lumur pada ikan...
BalasPadamkira ni sama konsep macam letak cuka kan.. atau air limau nipis
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!