Advertisement

I'M SO INTO STATIONERIES? INI ADA SEDIKIT STATIONERY HAUL!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kalau sebut pasal stationery atau dalam bahasa melayunya alat tulis, apa yang terlintas dalam fikiran korang? Sekolah? Back to school? Baik, barangan alat tulis ini bukan sahaja untuk pelajar, malah mereka yang sudah melangkah dewasa juga masih akan memerlukan alat tulis. Sekurang-kurangnya pen dan pensil. Barangan stationery ini tidak terhad juga kepada  pen, pensil, alatan mewarna, pembaris dan pemadam malah ianya merangkumi pelbagai barangan lain termasuk tape, penebuk lubang dan sebagainya.

Baru-baru ini Cik TK ada membeli beberapa jenis stationary melalui platform Shopee. Di masa sekarang ini kita gunakan kemudahan platform shoping online yang ada, senang shopping dari rumah sahaja. Semuanya di hujung jari saja. Lebih mudah dan menjimatkan masa dalam proses pencarian barang.

Actually, kalau korang tengok barang-barang ini mungkin korang akan tertanya-tanya apa kegunaan barang-barang ini. Beberapa bulan ini sebenarnya Cik TK mula buat bullet journal yang kemudiannya menjadi seakan hybrid bullet junk journal. Pernah juga Cik TK kongsi sedikit mengenai ini dalam entri sebelum ini. Pada asalnya, tujuannya adalah Cik TK saja untuk tengok sekreatif mana ianya akan jadi dengan hanya menggunakan barangan alat tulis apa yang ada dirumah. Akan tetapi, kemudiannya Cik TK sedar yang Cik TK ni kurang sikit bab nak lukis-lukis buat hiasan ni. Maka barangan inilah yang bakal jadi 'mainan' Cik TK. Lagipun boleh guna untuk benda-benda lain juga nanti.

Di sini ada stiker, clear stamp dan washi tape. Semua ni dari satu seller yang sama. Sangat banyak pilihan alat tulis yang ada di sana.  
Sticker yang ini Cik TK beli sebagai lucky stiker, yang mana seller tu akan hantar mana-mana random stiker, dapat apa ikut nasib. RM1.19 masa tu kalau tak silap. Saja-saja try. Luckily, dapat jenis yang Cik TK nak pakai!
Ini pula antara stiker yang Cik TK beli. Yang kiri tu gambar makanan. Tengok, asyik fikir makan je kan? Yang kanan pula macam design lifestyle macam tu.
Ini pula dari satu lagi seller. Banyak pilihan clear stamp ada di sini. Bukan setakat stamp je. Banyak lagi...
Stiker ni macam setem pemandangan stail ala-ala Jepun macam tu, dan washi tape tu pula bintang emas berlatar belakangkan hitam.
Ini corak dari clear stamp tu. Cantik banyak bunga-bunga!


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. cantiknya semua clear stamps dengan washi stamps tu. suka tengok tapi tak suka beli sebab tak reti nak deco2 haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada keperluan bole la beli. Dulu pun Cik TK suka tengok, pastu entah macam mana terpengaruh terus 😅

      Padam
  2. bestnya! rs mcm nk beli jgk.. haha.. sume cantik2

    BalasPadam
  3. bestnya. cantik2 sticker. sejenis geram juga kalau masuk kedai stationary. memang selalunya section art, journal, scrapbook lah yg dituju.. Dulu rajin menulis diari dan buat gift cards sendiri.. lamanya tak berkreativiti.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. maybe leh start balik tu. bawak anak-anak join sekali belajar

      Padam
  4. Wahhh... akhirnya akak ada geng la..🥰🥰🥰

    BalasPadam
  5. Rasa macam nakkk beli jugakkk! Comel betul sticker sticker tuuu semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe bole la buat hias buku nota ke, letak mana2...

      Padam
  6. ape idea cik TK nk buat tu..hehee mesti menarik tertarik kan ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe pengaruh pinterest, youtube, tiktok, intagram semua ni.. 😅

      Padam
  7. Cantik-cantik belaka! Rasa terngin pulak nak beli. Banyak gunanya ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kalau ada buku nota ke jurnal ke apa boleh main hias-hias. Selain tu macam clear stamp ni banyak gunanya. Copkan kat kertas dan boleh jadi pembalut hadiah, boleh copkan pada kad ucapan dan sebagainya!

      Padam
  8. eee geramnya tengok stamp tuuu

    BalasPadam
  9. bleh geng dgn blogger farrah ni😊

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!