Advertisement

IT'S JULY!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sekejap sahaja sudah masuk bulan Julai. Dah melebihi setengah dari tahun 2021 ni. Laju je masa ni berjalan. Dalam tak sedar umur Dhia, anak buah Cik TK tu masuk setahun hujung bulan nanti. Cepat je rasa dia membesar. Alhamdulillah membesar dengan sihat dan sejak minggu lepas dah pandai berjalan. Lepas tu bila keluar muzik iklan tv kadang tiba-tiba nampak dia berjoget. Comel sangat! Bab makan pula, dia suka nak mencuba makan makanan yang sama macam apa yang kami makan walaupun belum tumbuh gigi. Tapi tak ada la nak bagi semua jenis. Bagi apa yang agak-agak dia boleh makan. Seronok tengok perkembangan dia hari-hari. 

Eh tiba-tiba dok bercerita pasal anak buah saja pula. Apapun, selamat menyambut bulan Julai. Negeri yang Cik TK tinggal sekarang ni dalam status PKPD bermula 3 Julai yang lalu. Moga dengan pelaksanaan PKPD di negeri ini harap keadaan akan cepat reda. Korang yang sedang membaca entri ini pula, jaga diri baik-baik.  Jangan keluar jika tiada urusan penting dan sentiasa ikut SOP ya! Ok, take care!

Catat Ulasan

30 Ulasan

  1. masa berlalu dgn cepat sepanjang PKP ini... sedar2 dah tua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la kejap je masa berlalu. anak buah pun nak setahun dah, rasa kejap je dia membesar

      Padam
  2. Cepat betul tahun 2021 berlalu tanpa kita sempat betul-betul nikmati

    BalasPadam
    Balasan
    1. ...dan kita asyik penuhkan dengan duduk dirumah.. huhuuuu rindu nak travel!!!

      Padam
  3. duk umh.. kelip2 mata.. dh masuk bulan baru.. gitu la cite nya.. haha..
    mmg kejap je masa berjalan.. eh bkn berjalan.. masa berlari.. hahaha

    BalasPadam
  4. 'time & tide wait for no man'..rasa sekejap je dah separuh tahun..

    seronok ada anak buah kecik..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la macam tak terasa separuh tahun dah berlalu.. huhu

      best, jadi leka selalu main dengan dia. tengok gelagat dia seronok!

      Padam
  5. dah setahun kan, rasa sekejap je masa berlalu..ni nanti sekejap dah tahun 2022..huhu

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. Dah berada di bulan Julai kita semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga bulan ini dan bulan akan datang akan jadi lebih baik untuk kita semua

      Padam
  7. betullah. sekejap je dah masuk julai. half years gone by.

    BalasPadam
  8. Kejap je kan da masuk julai.. take care tau cik TK��

    BalasPadam
    Balasan
    1. cik nadya pun sama.. take care #kitajagakita

      Padam
  9. Kejap je kan masa berlalu, tup tup dah masukkk bulan 7. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk hidup sampai sekarang :)

    BalasPadam
  10. Betul.. Sekejap je masa berlalu.. Dah pun bulan Julai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga bulan ini jadi lebih baik dari yang sebelumnya

      Padam
  11. Rindunya kat anak-anak buah bila baca entry cik TK ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la time sekarang ni kalau rindu nak jumpa susah kalau jauh. moga keadaan ini reda cepat, boleh jalan sini sana

      Padam
  12. semoga bulan julai adalah bulan yang baik dan dipermudahkn urusan kita semua!

    BalasPadam
  13. Cepat betul masa berlalu. Rupanya lama juga kita berkurung, memerangi Covid-19. Cepatlah covid balik kampung halamannya. Mudah-mudahan Julai memberikan harapan baru yang sudah tentunya yang baik-baik saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amiinnn.. moga-moga begitu ya kak amie, moga cepat reda keadaan ini

      Padam
  14. dan sy komen di sini di hari terakhir Julai😓

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!