Advertisement

RANDOM: MENGISI MASA LAPANG DENGAN???

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Random kali ini bukan pasal makanan! Hari ini Cik TK nak kongsi beberapa kisah random yang lain dari kebiasaan Cik TK iaitu Seni. Eh ini kategori Seni ke? Tak apalah, kita layan saja bebelan Cik TK kali ini. Mana tahu entri kali ini bermanfaat dan berguna untuk sesiapa...

STIKER DARI LEBIHAN STIKER


"Gunakan sampai dah tak dapat digunakan lagi". Kadang Cik TK ada tabiat macam itu. Barang-barang digunakan sampai betul-betul habis atau rosak baru buang. Rosak sikit pun macam... "boleh pakai lagi ni...". Cuba bayangkan, tali beg putus selagi boleh jahit ia dijahit. Purse koyak selagi boleh pakai lagi Cik TK pakai. Sampaikan kertas, pun selagi boleh pakai tu simpan. Tapi sebenarya bukan untuk semua jenis barang. Ianya jenis barang yang dirasakan selagi boleh guna tu, guna.

Yang Cik TK nak jadikan cerita kali ini, pasal kertas stiker. Secara kebiasaannya, kertas stiker ni ada bahagian lebih-lebih tu kan selepas kita dah cabut stikernya. Kebetulan lebihan ini kali ini warna putih, maka ambil pen terus main lukis-lukis dan gunting. Kemudian boleh la ianya digunakan di mana-mana. 

Sebagai contoh, di sini Cik TK lukis tumbuhan dan siput. Tak la besar sangat hasilnya, tapi comel je Cik TK rasa.
Lebihan-lebihan seperti ini maksud Cik TK tu. Kiranya gunakan barang semaksima mungkin.

Mungkin ada yang berfikir apa kegunaan ini sebenarnya. Cik TK gunakan stiker ini untuk dilekatkan dalam bullet journal Cik TK. Tapi, nama je la bullet journal. Dalam tu bertampal-tampal dan jadi bullet-junk journal hybrid sudah. Contohnya seperti di bawah ini.
Semuanya hitam putih sebab bulan ni buat tema monokrom. Maka Cik TK buat hitam, putih dan kelabu sahaja.

MENCUBA ZENTANGLE


Sebenarnya, masa BBW (Big Bad Wolf) sebelum ini banyak-banyak bulan lalu Cik TK ada beli satu buku berkenaan belajar membuat tangle. Pernah Cik TK kongsi dalam entri ini. Tapi seperti biasa, buku yang Cik TK beli ni biasanya akan duduk diam dalam plastiknya beberapa bulan sebelum Cik TK buka untuk baca. Apa punya perangai entah ni... 😅

Jadi beberapa hari lepas baru Cik TK buka dan cuba buat tangle ini. Nampak sangat tak berapa menjadi kan... Cik TK pun actually tak tahu apa Cik TK buat, mungkin sebab tak berapa faham dan kurangnya imaginasi. Apapun, Cik TK masi akan cuba lagi, sebab banyak corak yang boleh dicuba didalam buku ini.

Semasa buat ini, konsentrasi agak terganggu maka kalau perhatikan betul-betul ada corak yang agak lari
Sama juga kisahnya seperti gambar pertama. Ada corak yang agak lari kerana kurangnya fokus. 'Easily distracted' masa tu bak kata orang putih.

AWAN YANG TAK BERADA DI LANGIT


Terpengaruh dengan Pinterest (lebih tepatnya boleh rujuk pin ini), maka tercuba buat ini dan bagi Dhia (anak buah Cik TK) main dengan hasilnya. Kira macam plushie versi kertas (tutorial sebenar guna tisu, tapi Cik TK guna kertas maka jadi hasilnya keras sikit berbanding dari dalam video di Pinterest), bahkan isi di dalamnya pun sebenarnya serpihan kertas dan span. Kitar semula dan guna semula apa yang boleh. Dah beberapa minggu item ini masih ada dengan Dhia. "Tengok ni Dhia, awan comel datang!!!".

Saja-saja cuba dan terhasillah ini. Tadaaaaa!



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. comel2 semuanya...kreatif..daebakk!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks kak nohas!! Saja2 isi masa lapang dengan mencuba perkara baru!

      Padam
  2. Kerja-kerja macam ni perlu kreatif dan teliti. Kalau saya, sekejap je dah bosan.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe ni pun Cik TK ikut mood.. Cik TK memang suka try buat macam-macam

      Padam
  3. Wahhh cantik2. Kreatifnyaaa 🥰

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!