Advertisement

RANDOM: BUBUR, KARBONARA KARI DAN LAUK MEGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di hari Isnin yang ceria ini, Cik TK nak maklumkan bahawa ada berapa hari saja lagi untuk kita melangkah ke bulan Ramadan. Eh esok la... tiberrr... Mukadimah macam tak ada kaitan. Okay. Hari ini Cik TK kerja di luar sebenarnya. Tapi masih dalam kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, tak merentas negeri. 

Sebenarnya Cik TK terasa nak menulis tetapi tiada idea. Macam biasa. Haih~ Maka, apa lagi? Kita gunakan gambar-gambar yang ada didalam phone ini untuk dijadikan cerita. Dah la phone Cik TK ni penuh dengan gambar makanan. Sebab tu kalau Cik TK buat entri random sebegini banyak mengenai makanan. Waktu puasa nanti tak boleh sangat tulis entri makanan macam ini, nanti buat orang lapar. Betul tak?


BUBUR

Kadangkala Cik TK ni rasa malas nak makan. Hmm macam mana tu? Rasanya sebab mungkin banyak minum air, jadi dah kenyang air. Jadi malas makan. Eh, ye ke macam tu? Tapi malas makan pun, kena makan juga. Untuk waktu makan tengah hari Cik TK biasanya makan tak banyak. Nasi sikit atau benda selain nasi saja yang Cik TK makan. 

Contohnya seperti yang pernah Cik TK share sebelum ini. Buat 'pizza' lauk semalam dengan tortilla, sup telur dan ketam, tortilla chips cicah sardin atau mungkin juga mac and cheese. Itulah yang Cik TK buat untuk lunch. Kadang kalau malas sangat roti sapu chocolate spread. Settle!

Beberapa hari yang lepas, untuk lunch terasa nak makan bubur. Maka campak segala bahan dalam periuk, hidupkan api, biar siap. Sesekali kacau. Senang saja. Lepas tu makan sambil layan movie (time cuti la ni boleh layan). Benda panas macam ni memang slow je la Cik TK makan.

Dalam ni Cik TK letak lobak merah, ikan bilis, halia, bawang dan entah apa lagi Cik TK campak masuk dalam tu. Jangan terkejut kalau Cik TK kata Cik TK buat seperiuk. Boleh layan waktu malam sekali. Siap pernah adik pergi blender bubur yang Cik TK buat kasi anak buah (belum tumbuh gigi) makan.



KARBONARA KARI

Pernah layan tak karbonara kari? Hari tu untuk lunch Cik TK bosan tak tahu nak makan apa. Kemudian ternampak video orang buat spagetti karbonara kari di media sosial. Maka, Cik TK try juga. Sebenarnya dah dua kali Cik TK try. Kali pertama guna Maggi Kari. Kali kedua guna makaroni.

Kali pertama tu, Cik TK guna serbuk perencah kari Maggi dan 1 tin Prego karbonara. Cik TK masak dengan cara yang sama macam di ENTRI INI, cuma serbuk salted egg itu ditukar kepada perencah kari maggi dan dimasukkan awal sebelum masukkan prego. Dan tukar spagetti kepada mi maggi ini.

Hasilnya seperti di bawah. Cik TK guna cendawan shiitake dan sosej, juga ada sekeping keju sekali. Rasanya boleh tahan. Sedap juga! Boleh buat lagi nanti.

Cik TK guna ini. Maggi Kari.

Inilah hasilnya. Sedap juga. Boleh buat lagi nanti.

Percubaan kedua guna makaroni. Cara yang sama juga. Bezanya guna serbuk kari daging Adabi pula kali ini. Okay juga rasanya. Sedap! Dan boleh buat lagi nanti!

Ini lah dia hasil kedua kali menggunakan makaroni pula.



LAUK MEGI

Kadangkala ketika penyakit malas datang melanda, sememangnya ia akan memberi kesan kepada pelbagai benda dan aktiviti, termasuklah aktiviti masak. Malam tadi lauknya simple saja. Telur dadar, sardin bersama kentang dan megi kari bersama sayur pak choy. Settle! Enak, lazat, sedap dan kenyang! Kadang kala bila Cik TK cerita dengan orang yang Cik TK jadikan mi segera itu lauk ada yang memberikan reaksi yang berbeza. Bagaimana pula pendapat kalian semua?

Inilah lauk malam tadi. Simple tapi sedap!

Dalam ni megi 2 paket, jadi lauk untuk kami berlima.

Tadaaa!


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. thank you all the experiment food with maggi ni! i love to try all hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh thnaks for the appreciation atie!! Cuba la nanti. good luck!!

      Padam
  2. Sedappp! First time tengok karbonara megi, nanti boleh try hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK pun saja try lepas tengok kat fb kot rasanya

      Padam
  3. Ni bukannya pelik, ni namanya kretip! Boleh juga cheq try nanti ni 🤓👍🏻

    BalasPadam
  4. dulu kawan nadya suka makan2 cmniii waktu2 study dlu..

    BalasPadam
  5. Wah lauk meggi..serius la mkn gitubje cik TK 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe siyess kak shida. Cik TK buat sejak kecil lagi

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!