Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perkenalkan sushi comel dan pikachu! |
Kebelakangan ini Cik TK cuba sesuatu yang baru. Shrinky dinks. Mungkin ada yang dah pernah buat sebelum ini. Shrinky dinks ini ialah plastik yang mana kita boleh lukis dan warna ikut reka bentuk apa yang kita nak dan kemudiannya mengecut setelah dibakar. Tapi bukan sembarangan plastik. Untuk membuat shrinky dinks ini, perlukan plastik jenis polisterin/polystyrene atau plastik yang tertera lambang anak panah segitiga bernombor 6.
Macam mana Cik TK boleh terjebak? Alkisahnya, salah satu hobi Cik TK ni kan tengok Youtube. Suka la tengok orang buat masak-masak la, tengok orang buat resin la, tengok orang buat macam-macam karya. Lepas tu, terjumpa shrinky dinks ni dan tiba-tiba rasa nak cuba.
Masa mula-mula cuba tu, memang cincai habis. Banyak kesilapan. Pen tak sesuai menyebabkan warnanya pudar dan tak cantik selepas dibakar, jadi melengkung sebab lambat tekan untuk ratakannya selepas bakar dan sebagainya. Tapi Cik TK belajar dari kesilapan dan cuba perbaiki sikit-sikit dan buat 'try and error'.
Dan akhirnya, jadilah hasil seperti sushi dan pikachu di atas. Boleh guna untuk apa itu sebenarnya? Shrinky dinks yang dan siap ini boleh jadi keychain. Boleh juga jadi pin, magnet, perhiasan dan pelbagai lagi mengikut kekreatifan kalian sendiri.
Sebelum ini, Cik TK cuba guna plastik bekas kek yang kebetulan Cik TK beli dan secara tak sengaja ternampak ada segitiga dengan nombor 6 di tengahnya. Kemudian Cik TK basuh bekas plastik berkenaan dan mulakan projek. Tapi, hasilnya agak kelakar dan seganlah Cik TK nak upload di sini. Selepas itu Cik TK cuba guna plastik lain dan menjadi rupanya walaupun belakangnya jadi berbelang-belang kerana guna baking paper semasa membakarnya.
PENGALAMAN PERCUBAAN YANG MENJADI
Untuk percubaan yang seterusnya, Cik TK gunakan Shrinking Plastic yang Cik TK beli di Daiso. Terdapat beberapa saiz boleh didapati di sana. Terdapat juga jenis plastik yang transparent dan yang berwarna putih. Sepatutnya menggunakan pen jenis oil-based, tapi Cik TK tiada pen sebegitu dan oleh kerana Cik TK nak membuat hasilnya berwarna warni menggunakan pensil warna, Cik TK kikis salah satu permukaannya dengan kertas pasir yang halus. Hasilnya akan jadi seperti gambar di bawah. Bahagian yang dikikis akan bertukar dari lutsinar kepada lutcahaya.
Boleh lihat perbezaannya, sebelah kiri lutsinar tidak dikikis dan yang kanan menjadi lutcahaya setelah dikikis dengan kertas pasir. Kantoi buat sambil layan Youtube ya, layan haul. |
Permukaan yang tidak dikikis boleh terus dilukis menggunakan pen marker atau pen lain yang bersesuaian. Sekiranya kalian menggunakan unipen atau pen lukisan, biarkan ianya kering dahulu setelah selesai melukis. Kemudian, terbalikkan dan boleh warnakan di bahagian yang dikikis menggunakan pensil warna. Malah kalau nak warna guna warna putih pun boleh! Oh ya! Saiz lukisan tu agak-agak sikit saiz mana nak sebab nanti plastik itu akan mengecut kira-kira 4 atau 5 kali ganda.
Salah satu contoh. Cik TK lukis dulu pada kertas dan tekap balik lukis pada plastik guna marker pen dan warnakan (warna putih). Kalau perasan, ini percubaan yang ada kesilapan juga kerana salah potong dan lupa lubangkan. |
Pikachu semasa dalam proses pengwarnaan. Kiranya lukis di atas permukaan plastik licin (Cik TK guna unipen) dan warnakan di bawah (permukaan yang telah dikikis dengan kertas pasir) |
Salah satu percubaan juga. Entah apa rupa sushi ini hentam saja lukis. Juga guna unipen. |
Kemudian, pre-heat oven dulu. Cik TK guna kira-kira 150°C. Lapikkan dulang oven dengan aluminium foil. Percubaan sebelum ini Cik TK guna baking paper tetapi hasilnya bagi Cik TK kurang memuaskan kerana permukaan bawahnya jadi separuh transparent separuh lutcahaya. Setelah oven dipanaskan, masukkan kepingan plastik tadi. Cik TK masukkkan satu per satu supaya senang nak pantau.
Inilah dia pemandangan plastik yang sedang mengecut |
Akhir sekali, hasilnya akan menjadi seperti di bawah ini. Untuk sushi dan pikachu ni Cik TK sangat puas hati. Tapi bukan bermaksud si Rashuunn ni tak ok. Si Rashuunnn ni hasilnya okay, tapi Cik TK lupa lubangkan dia. Maka, bakal jadi pin atau magnet nampaknya.
Untuk kekemasan atau nak nampak cantik sikit atau nak nampak berkilat, boleh sapu nail top coat. Atau kalau nak nampak efek dooming boleh guna UV resin. Cik TK tak buat sebab dua-dua ni Cik TK tak ada. Nanti kalau ada baru buat.
Tinggal nak pasang besi keychain saja mereka ni |
Dia inilah Cik TK bagi nama si Rashuunn. Kenapa? Ada kisahnya tapi biarlah itu antara kami saja. Inilah perbezaan saiz yang Cik TK mentioned tadi. Kepingan plastik besar tadi mengecut kira-kira 4 kali ganda dan menjadi tebal dan keras. |
12 Ulasan
Cute.
BalasPadamThanks PC!
Padamhhahaha comel je...
BalasPadamperghh ini kena ada minat dah kerajinan nak cuba mende2 baru camni :D
Haha minat tu paling penting. Baru cantik2 semua hasilnya
Padammenarik juga..kak shida pernah belajar dlu buat benda ni ..lupa dah..
BalasPadamOhoooo boleh la buat lagi ni kak. Hehe
Padamcomel2 jaaa smua niii. nadya paling suka icon yang last tuu :)
BalasPadamHaha comel kan si rashuunn ni..
Padamcreative cik tk !! i is jealous
BalasPadamboleh try buat juga tu atie. best tau untuk isi masa lapang
PadamCik TK, kalau guna shrink jenis transparent tu kena gosok dgn kertas pasir juga ke..and kalau kita just nak print, xnak lukis kena guna shrink jenis apa..
BalasPadamSebenarnya bergantung pada apa yang awak nak buat, sy gosok dengan kertas pasir tu sebab kalau permukaan licin sy tak boleh nak guna pencil warna pada permukaan shrink plastic tu. Tapi kalau guna shrink plastik jenis matte, tak perlu gosok dengan kertas pasir. Boleh terus guna pensil warna pada permukaan matte.
PadamKalau untuk print, better pakai printable shrink plastik.
Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!