Advertisement

RESEPI: SPAGETTI CARBONARA SALTED EGG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hujung minggu datang lagi! Apa rancangan kalian untuk dua hari ini? Apapun rancangan kalian, jangan lupa luangkan masa berkualiti untuk keluarga yang tersayang ya! 

Dalam entri dua hari lepas Cik TK ada sebut mengenai nak buat Spagetti Carbonara Salted Egg kan? Okay inilah dia! Betul-betul Cik TK buat! Okay resepi kali ini Cik TK buat untuk kuantiti 3 orang, bukan untuk 7 orang seperti yang biasa Cik TK kongsikan sebelum-sebelum ini ya! Untuk cara membuatnya sebenarnya sama macam Spagetti Carbonara Cheese sebelum ini, cuma tukarkan cheese itu dengan serbuk salted egg. Apapun, jom semak resepinya di bawah:



Spagetti Carbonara Salted Egg


Bahan-bahannya:

  • Sebungkus spagetti (Kali ini Cik TK guna Angel hair 400g)
  • Garam secukupnya
  • Minyak zaitun secukupnya
  • 1 biji bawang Holland - dihiris atau dicincang
  • Apa-apa isi yang kalian ingin guna. Macam Cik TK, kali ini guna sosej sahaja. Kalian boleh sahaja guna ayam, daging kisar, filamen ketam dan sebagainya.
  • 1 tin prego carbonara (tin biru)
  • Air secukupnya
  • Tepung jagung (Jika perlu)
  • Serbuk salted egg (Kuantiti mengikut selera)

Cara-caranya:


  • Dalam satu periuk, isikan air bersama sesudu kecil garam. Setelah mendidih masukkan spagetti. Setelah masak angkat dan lalukan pada air paip dan toskan. Ketepikan, gaul sedikit dengan minyak zaitun.


  • Pada kuali lain, dengan sedikit minyak zaitun, tumis bawang holland hingga layu, kemudian masukkan sosej dan apa-apa isi yang kalian guna. 
  • Selepas itu, masukkan 1 tin sos prego carbonara. Kacau bersama air secukupnya. Ikut kekentalan kuah carbonara yang kalian mahu. Andai kata ianya cair, boleh guna air bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuahnya semula. Tambah garam jika perlu.
  • Akhir sekali, masukkan serbuk salted egg dan kacau.
  • Isi spagetti ke pinggan masing-masing dan tuang kuah carbonara salted egg berkenaan.
  • Sedia dihidang. Selamat mencuba!!!


Memasak spagetti carbonara salted egg
Inilah rupanya ketika memasak kuah untuk spagetti carbonara salted egg ini.



Catat Ulasan

36 Ulasan

  1. sedap makan spagheti hidang panas-panas ni. nice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
  2. Tq kongsi resepi. Tak pernah terfikir nak tambah salted egg. Nanti boleh cuba, suruh anak bujang masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kak Amie! Tu la menarik juga rupanya rasanya bila tambah salted egg! Selamat mencuba! Rajin anak bujang masak!

      Padam
  3. Anak bongsu akak peminat tegar spahgeti...boleh try resepi ni.Tq share resepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama.. sila sila.. selamat mencuba!!! ^_^

      Padam
  4. Terimakasih ssudah kongsi resepi, cik

    BalasPadam
  5. sedapnya. lagi kalau kuah dia pekat tu kan. rasa salted egg tu buat tambah lagi sedap. kalau saya, tak letak tepung jagung :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah bila pekat kan, lagi best rasa salted egg dia!

      Padam
  6. Wuaah ... gimana bisa nolak nih seandainya disodorkan spagetti carbonara selezat ini ...
    Auto bikin laper :)

    Thanks resepnya, kak.

    BalasPadam
  7. masa pkp dulu pernah masak skali ... tapi i tak pandai masa so tak sedap huhuhu

    BalasPadam
  8. wow! tak pernah pula tau..aippp semalam abru wat carbonara..ishh nk cuba la salted egg pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohoo sedapnyaaa! Sila sila.... Selamat mencuba AD!

      Padam
  9. Sekarang nie salted egg dah dikembangkan lagi, memang sedap kalau dimakan dengan spagetti kan.. adooiii terliur pulak rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sama macam cheese yang mana orang create macam2 hidangan, Cik TK rasa salted egg pun boleh di-explore ni..

      Padam
  10. Saya suka salted egg. Tapi so far masak tak pernah guna lagi yang serbuk. Kukus telur kuning pastu hancurkan masuk dalam masakan. Guna serbuk lagi mudah nampaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK pula tak pernah lagi guna telur masin yang real. Nanti bila2 beli telur masin boleh try!

      Padam
  11. Hadoi.. hadoi.. sedapnya cik TK.. meh lah anta sini sepinggan.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. *keluarkan pintu doraemon* eh tak tau koordinat.. 😅😅😅

      Padam
  12. Ya Allah, sedapnya. Semalam baru buat, tapi rasa macam tak puas makan bila nampak pos cik ti ni hehe.

    BW here and follow :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe boleh buat lagi nanti tu.. hehe...

      Thanks sudi singgah dan follow!

      Padam
  13. menggodanya nampak.. silky2 gitu memanggil2..

    BalasPadam
  14. Uii hujan2 ni makan mi sup panas terutamanya, sedap!! Nikmatnya rasa!

    BalasPadam
  15. menarik! boleh cuba nanti cik tk! tq atas perkongsian respi ni :)

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!