Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jom layan 'pizza' lauk semalam ini |
Apa khabar hujung minggu kalian semua? Hari ini Cik TK nak kongsi sesuatu yang simple sahaja. Tapi sebelum itu, Cik TK nak tanya. Apa yang kalian semua buat dengan lebihan lauk semalam? Kalau kami, selamat jadi nasi goreng semalam selalunya. Kali ini, jadi topping 'pizza'!
Cik TK guna kulit tortilla, ke nama dia roti tortilla? Pendek kata, tortilla wrap la sebagai base dia. Kemudian sapu sos cili diserata permukaan wrap ini. Untuk topping ini boleh la guna apa-apa saja yang kalian nak letak. Mcam Cik TK ni, letak lauk kentang goreng sambal semalam yang dah dilenyekkan. Dalam tu, cili dan bawang semua dah ada. Bebola ikan pun ada dalam tu. Cincang je.
Kemudian Cik TK saja hiris sosej sikit sebagai tambahan. Gaul semua susun je atas kulit tortilla tadi. Kemudian Cik TK letak mayonis dan terus letak kepingan keju cheddar yang dikoyak-koyak. Selepas itu, masak atas kuali tanpa lekat, tutup kuali masa masak.
Maka jadilah macam pizza. Tapi rupanya bila potong dengan pisau tak berapa cantik pula. Maka Cik TK potong dengan gunting dapur. Ingatkan tak besar sangat maka okay lah ini untuk seorang. Rupanya kenyang betul ya!
Rupa selepas main 'hias-hias' |
24 Ulasan
Alhamdulillah.. dpd membazir kan dpt jd menu bekfes di pg minggu mcm ni
BalasPadamBetul betul...
PadamIni salah satu cara elak pembaziran makanan. Alhamdulillah.
BalasPadamBetul tu PC. Selagi boleh digunakan, kita recycle saja!
Padamwushh sedap tu...hari tu saya buat gak pizza tapi guna roti gardenia..hahahhaa..macam2 kepelbagaian kita boleh buat kan sis?
BalasPadamHehe sebelum ni pun Cik TK buat guna roti gardenia. Memang sedap!!
Padamwahh..boleh jadi idea ni
BalasPadamMacam2 lagi boleh buat tu sebenarnya...
Padamrajinya dia..:)
BalasPadamHehe.. sekali sekalaa
PadamSedapnya nampak..uiii, bernas idea ni 🤤
BalasPadamBolehla kan.. gunakan saja apa ada dirumah
Padamcheezy nya ya Rabbi! bolehhhhhh kenyang satu hari makan ni
BalasPadamCik TK pakai cheddar. So tak dapat nak main tarik2.. lain kali nak pakai mozarella. Then syiok sikit boleh tarik cheese.. =D
PadamSedap tu pizza guna kulit tortilla. Kalau Kak Amie memang suka pizza kulit tipis, dan garing.
BalasPadamHehe betul kak Amie.. memang sedap!!
Padamnampak sedap. kalau dah rajin, apa pun jadi noh
BalasPadamHehe yang penting ada rasa nak buat. Then try je buat!
PadamWaduhh sedap ni
BalasPadamAlhamdulillah sedap ni mamapp
Padamrajinya!
BalasPadamSaja-saja sekali sekalaaaa
Padamwat sdiri bole ltk extra ..especially part cheese..yummy
BalasPadamHa ni betul. Bahan ikut selera kita sesuka hati.. extra cheese, extra topping! nyummy!!!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!