Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kini kita sudah berada dihujung bulan Oktober. Tinggal dua bulan saja lagi kita akan masuk ke tahun baru. Disebabkan keadaan semasa kini, terasa seperti tahun 2020 ini sungguh singkat.
Ada banyak benda yang dirancang untuk dilakukan tidak dapat dilakukan. Tapi ada juga hikmah dari apa yang berlaku tahun ini. Oh ya! Apa saja azam dan wishlist/bucketlist kalian yang sudah tercapai dan yang belum tercapai?
Entri kali ini sebenarnya Cik TK tiada idea nak tulis apa. Ada juga terasa nak menulis cerpen. Tapi takut ianya tidak menarik. Oleh kerana itu, kali ini Cik TK nak berkongsi perkara-perkara atau gambar secara rawak atau random yang ada dalam phone Cik TK ni sebelum Cik TK memadamnya.
Air asam jawa
Asam jawa bukan hanya untuk dijadikan penyedap dalam masakan saja. Boleh juga dijadikan sebagai minuman. Salah satu minuman kegemaran Cik TK ialah air asam jawa. Lagi-lagi yang sejuk letak ais apabila ditambah rasa pula masam-masam manisnya sikit. Terasa segar ditekak. Sangat sesuai diminum ketika cuaca panas.
Ini antara jenama yang Cik TK selalu guna. Oh ya! Perasan tak gelang tu? Itu antara gelang yang Cik TK buat seperti dalam entri ini. |
Modify lauk semalam - Meatball
Cik TK dan mama Cik TK dah biasa, bila ada lauk lebih tu modify la jadi apa-apa. Jadi nasi goreng lauk semalam tu dah biasa. Ada sup lebih letak saja mi dan bebola, jadilah mi sup. Sardin lebih semalam jadi topping 'pizza'. Okay, bukan pizza. Tapi macam pizza. Roti buku tu, letak sos, lebihan sardin dan kentang yang dihancurkan, tambah cheese dan bakar. Kan macam pizza?
Kali ini gulai kambing ni isi daging kambingnya dah tak banyak. Kuah gulainya banyak lagi. Maka, kita tambah bebola daging ataupun nama glamornya meatball jadilah satu lauk!
Tambahkan meatball menjadi satu lauk 'baru' |
Selera aneh: Keropok lekor rebus dengan dressing yuzu
Mengikut pemerhatian Cik TK, rasanya tak ramai yang makan keropok lekor yang direbus kan? Ramai yang suka keropok lekor ini digoreng. Dalam keluarga Cik TK, Cik TK seorang saja yang makan keropok lekor rebus ini. Kalau untuk Cik TK sendiri makan, kalau goreng pun Cik TK goreng separuh masak. Sebab Cik TK suka macam itu.
Satu lagi pasal keropok lekor rebus ini, Cik TK suka makan macam itu saja. Atau kadangkala cicah mayonis. Atau tuangkan dressing yuzu (rasa macam lemon) ni kat keropok lekor ni sikit. Ada yang kata pelik. Dalam rumah Cik TK pun Cik TK sorang saja buat macam ni. Haha!
Ini adalah keropok lekor yang direbus. Pedulikan meatball dua ketul yang Cik TK rebus sekali tu. |
22 Ulasan
aida suka kepok lekor rebus, TK.
BalasPadamtak berminyak. terasa lebih fresh :)
normally aida cicah dgn sos cili. mayonis pun x pernah hu hu hu hu...
aida pun guna asam jawa tu utk air asam jawa tau.
bila sakit tekak, tekak start perit, terus buat air asam jawa.
nyaman nyer pastu :)
Haaa betul!! Keropok lekor rebus tak berminyak dan rasa lagi best rasanya!
PadamHehe air asam jawa memang paling best minum bila sakit tekak!
Makan keropok lekor rebus memang sedap, rasa lebih fresh. Saya pun kadang-kadang suka cecah makanan dengan apa saja yang ada, kadang rasanya lebih sedap dan unik.
BalasPadamHehe kita geng!! Try and error, cuba mencicah dengan apa saja yang ada nak tahu rasanya macam mana.. hehe
Padamwah cik TK kreatifnya modify menu, tak membazir ye dak :)
BalasPadamHehe betul kak AJ. Sebabnya dari kecik dah diajar untuk tak membazir.
PadamKeropok lekor sedapnya lagi kalau dapat yang banyak ikan...
BalasPadamHehe aah ini pun betul PC. Lebih rasa ikan lebih sedap!
Padamrajin dia msak
BalasPadamSekali sekala je cik nor
Padambancuh pes asam jawa dengan air je ke tu? then letak ais..wow masam tu cik TK. Suka gak minum air asam jawa tapi yg ready made dalam botol tu lah.
BalasPadamSelera yang agak pelik tu cik TK. sy suka keropok lekor goreng dengan cicah sos tradisional :)
Oh tak.. masam macam tu fiza. Cik tk letak gula sikit.. heheee. Kalau beli air kat luar oun kalau ada air asam jawa pun kadang layan juga!
PadamHehe yang goreng pun sedap!
Ada pernah rasa dressing Kewpie roasted sesame. Bolehlah beli ada tambahan yuzu. Sedap pada tekak atau tidak.
BalasPadamPada cik tk, yang dressing yuzu ni ala-ala lemon rasa dia. Sedap juga. Sesuai main cicah2 dengan benda2 rebus.
Padamakk suka keropok lekor rebus, nak pulak ada pencicah khas dia, mmg layan..yuzu ni pernah minum air dia je kalau ke resto korea..sedapnya meatball gulai daging..
BalasPadamMinuman yuzu ni mesti sedap kan.. boleh bayang seakan lemon rasa dia.
Padami suka gila air asam jawa.. klu rasa mcm tak sihat,nak deman, mmg cari air asam jawa....
BalasPadamRasa best je kat tekak kannn... Heheee
PadamLamanya tak makan keropok lekor. Kena cari ni.
BalasPadamHehehee silakan silakan...
PadamCombination yg sodapp
BalasPadamHeheeee kann
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!