Ahad, 15 November 2020

RESEPI: TORTILLA CHIPS CICAH SARDIN, SESUAI DIMAKAN SAMBIL BERBORAK SAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar hujung minggu kalian? Buat apa saja tu? Cik TK seperti biasa, semalam sempat me-merathon-kan diri ke dunia anime sekejap. Anime apa pulak Cik TK layan kali ini? Nantilah kalau rajin Cik TK update! Hari ini, tidak pasti lagi apa perancangannya.

Okay kita balik ke tajuk asal entri ini. Semalam ceritanya Cik TK jumpa tortilla wrap yang dah expired dalam peti sejuk. Tapi jangan risau, masih elok lagi ni. Maka puas memikir macam mana nak habiskan sebab sayang kalau buang. Jadinya inilah hasilnya, Tortilla Chips Cicah Sardin! Tortilla wrap itu dipotong-potong dan digoreng, makan cicah dengan sardin seperti ini. Nak tahu cara buatnya? Jom semak resepinya di bawah!



Tortilla Chips Cicah Sardin


Bahan-bahan:

  • Tortilla wrap - Ikut selera sebanyak mana kuantitinya. Dipotong-potong jadi segi tiga seperti dalam gambar di bawah
  • Bawang holland - Setengah biji, dihiris
  • Bawang putih - 2 ulas, cincang
  • 1 tin sardin - Cik TK guna tin kecil saja, asingkan ikan dan sosnya
  • Sos tomato - 1 sudu makan
  • Cili padi - Cik TK guna 2 tangkai saja. Kalau nak pedas letak lebih
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-caranya:

  • Tortilla wrap yang telah dipotong itu digoreng sehingga kekuningan. Kemudian, angkat dan tos. Ketepikan.
  • Tumis bawang holland dan bawang putih, kemudian masukkan ikan sardin (tanpa sosnya). Goreng sambil hancurkan, hingga garing.
  • Kemudian masukkan sos sardin, sos tomato dan cili padi berkenaan. Tambah air secukupnya.
  • Perasakan dengan garam jika perlu. Sedia dihidang!

Wrap yang dipotong-potong
Tortilla wrap yang telah dipotong-potong menjadi segi tiga
Tortilla Chips Cicah Sardin
Tadaaa! Hidang macam ni kemudian makan ramai-ramai sambil borak.
Masa ini kami ada bertiga saja. Boleh tahan 5 keping tortilla wrap juga pakai ni.
Yang dalam gambar ni agak-agak baru 3 keping tortilla wrap.



26 ulasan:

  1. selalu klu p tgk wayang, wajib beli ni hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best layan sambil tengok movie ni.. nyummy!

      Padam
  2. wah sedap ni cicah dengan kuah sardin pula tu..yummy:D ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak buat cicah dengan sos keju pun sedap ni!

      Padam
  3. La, tak terpikir saya nak buat camni, kat tortilla wrap. Selalu guna bungkus benda je. Hehe.. Thank you, Cik TK, atas resepinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 SR! Sama la, sebelum ni guna buat wrap je

      Padam
  4. Saya agak bingung pada awalnya, setelah search di google, ternyata Tortilla adalah Lumpia dalam bahasa Indonesia. Sedangkan, bawang holland, dalam bahasa Indonesia addalah Bawang Bombay :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK juga ada membaca resep2 dari Indonesia, kadang juga terkeliru kalau membaca nama bahan masakannya. Tapi seru deh belajar perkataan baru. Contohnya seperti merica (lada sulah), jahe (halia), kepiting (ketam), cumi-cumi (sotong), terigu (tepung gandum) dan banyak lagi.

      Tortilla ini sejenis roti untuk bikin kebab, burrito dan wrap itu mas. Kalau lumpia itu bukannya kulitnya agak tipis ya, kayak popia kalau di Malaysia.. kalau bawang holland pula, itu bawang bombay yang warna kuning mas. Bawang kuning itu lebih manis rasanya.

      Padam
  5. Bijak bestari idea ni, cheq suka ni 😋

    BalasPadam
  6. wow, series nampak sedap dan menarik. ada local twist gitu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe betul! Nak cicah pakai sos keju atau sour cream pun sedap juga ni

      Padam
  7. Wow! So addictive! I never thought of using sardines as a dip.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sardine ni sedap dimakan bermacam-macam cara PH, termasuklah cara ini.

      Padam
  8. Ya Allah, nampak tempting sangat. Kena cuba buat ni.
    Thanks, Cik TK 😘

    BalasPadam
  9. Kudapan ringkas dan sedap. Sedap tu tortilla cicah sambal sardin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Rasa dia pun ngam, sedap je. Sardin ni boleh masak buat macam2! Tetiba rasa nak karipap sardin. 😅

      Padam
    2. karipap sardin = ohsem, TK.
      kalau beli kat gerai, wajib aida beli karipap sardin :)

      Padam
  10. menarik..menu cmni sekali hadap ramai2 mmg cepat habis hehee..kan CIk TK..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak shida, kami makan bertiga masa ni cepat betul habis.

      Padam
  11. ha ha ha ha sedap naw naw ni TK.
    kalau aida dgn anak-anak, sardin memang feveret kami no 1.
    di cicah dgn sardin, ni within 10 minit licin ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab sentuhan sardin itu jadi nyummy! Sedap! Kannnn

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!