Advertisement

IT'S JUNE!! LOCKDOWN DAN SELAMAT HARI GAWAI!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja sudah masuk bulan Jun kan? Terasa masa sangat cepat berlalu. Dalam masa beberapa bulan ini sejak awal 2021, banyak perkara yang telah berlaku dan diharap pada masa akan datang, keadaan akan menjadi lebih baik dari yang sekarang. 


ANNIVERSARY?


Oh ya! Sebenarnya, kalau nak tahu, pada tarikh yang sama ini iaitu 1 Jun tahun lalu adalah tarikh di mana Cik TK memunculkan diri semula di blogosphere setelah beberapa tahun menghilang dengan entri 'Mula Membuang Habuk dan Sawang'. Boleh tak dianggap sebagai anniversary ni?

Sebelum ini, Cik TK menghilang beberapa tahun itu adalah sebab yang tidak dapat Cik TK elakkan sebenarnya. Kesibukan di dunia realiti adalah salah satu penyebab yang mengekang sebenarnya. Kemudian pada tahun lalu (2020), entah macam mana sebenarnya Cik TK secara tidak sengaja terbuka kembali blog Cik TK yang Cik TK sendiri dah lama tak buka. Cik TK pun tergerak di hati untuk membaca entri-entri lama yang mana ianya membuatkan Cik TK teringat kenangan-kenangan lama yang telah Cik TK lupakan. Dan disebabkan itulah Cik TK rasa nak cuba untuk kembali menulis walaupun mungkin hanya Cik TK sendiri baca. Sambil-sambil itu Cik TK pun boleh perbaiki cara penulisan Cik TK juga. 


TOTAL LOCKDOWN


Hari ini juga merupakan hari di mana negara kita mula Total Lockdown, yang mana tujuannya adalah untuk membendung penularan virus Covid-19 yang semakin hari semakin membimbangkan kita semua. Semoga dengan pelaksanaan total lockdown ini keadaan menjadi terkawal dan reda. 

Semoga kita semua juga bekerjasama memainkan peranan yang penting dalam memastikan rantaian Covid-19 ini putus. Sentiasa pakai topeng pelitup muka, jaga SOP, duduk rumah dan hanya keluar jika perlu. Selalu gunakan hand sanitizer dan apabila keluar beli barang, balik terus mandi! Sama-sama kita semua boleh lakukan ini!


SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI, GAYU GURU GERAI NYAMAI!


Hari ini (1 Jun) juga merupakan hari perayaan bagi masyarakat Dayak yang mana Hari Gawai atau Gawai Dayak ini merupakan pesta menuai yang mana ianya disambut setiap 1 Jun untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Perayaan ini disambut oleh peribumi Dayak yang terdiri dari kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu (kaum Kayan dan Kenyah) serta komuniti Dayak di Kalimantan Barat.

Oleh itu, Cik TK ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Gawai! Gayu Guru Gerai Nyamai' kepada semua yang menyambut perayaan ini. Ayat 'Gayu Guru Gerai Nyamai' ini merupakan bahasa Iban yang bermaksud panjang umur, kesihatan yang baik dan sentiasa sejahtera. Sebelum ini Cik TK ada tulis serba sedikit juga mengenai sejarah perayaan gawai ini di entri Serba Sedikit Mengenai Hari Gawai. Jemputlah baca jika berminat ya!


Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. oh.. samalah kita... kakmim pun thn lepas jugak br buat comeback setelah lama menyepikan diri di alam blog ni... tp kakmim sekitar julai kot... hehehe... selamat berpkp cik TK!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe sama-sama kita baru buat comeback! selamat berpkp juga ya kakmim!

      Padam
  2. Selamat hari Gawai buat mereka-mereka yang menyambutnya.

    BalasPadam
  3. Saya ada membuat giveaway terbaharu. Sudikanlah menyertai. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Hahah sama la kan.. Kita pun lama menghilang sbb majok ngan blog hahaa.. Ni aktif blk pun sbb nak update citer jalan2 sekali covid melanda.. Huuwaaaa dh kita continue dgn citer pasal uyum je la ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhuuuu nanti lepas keadaan ni reda boleh la cerita pasal jalan-jalan...

      Padam
  5. Selamat berlockdown cik TK. Semoga terus aktif berblog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuu selamat ber-lockdown juga je awak.. terima kasih!

      Padam
  6. Balasan
    1. sama-sama kita duduk rumah, putuskan rantaian covid!

      Padam
  7. Selamat mematuhi arahan sepanjang lockdown.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama kita ber-lockdown, moga keadaan jadi lebih baik selepas ini

      Padam
  8. Balasan
    1. hehe salam pkp penuh kak shida..! huhuuu moga cepat keadaan ini reda

      Padam
  9. happy june cik TK :)
    lockdown ni cik TK keje ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK work from home... tapi tak menyempat pula nak update blog... 😅

      Padam
  10. Selamat menyambut anniversary ber-blogging kembali, Cik TK. :)
    Salam PKP juga.

    BalasPadam
  11. Selamat hari raya blogger cik tk...3 perayaan sekali gus kite bulan ni dan selamat berlockdown 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya jugaaa!! Take care ya cikgu!

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!